Written by AbangNara | November 30th, 2015

Minggu ketujuh Gegar Vaganza 2 (GV2) akhirnya telah berlangsung semalam. Minggu ini persembahan para peserta tidak berada di tahap tertinggi kerana kebanyakan peserta mengalami sakit tekak. Antaranya Faradhiya dan juga Acong Sweetchild. Kalau sebelum ini untuk 2 minggu berturut-turut tempat pertama diungguli oleh Siti Nordiana, kali ini tiba giliran Faradhiya pula mendapat tempat teratas. Faradhiya telah membawakan lagu Enter Sandman nyanyian Metalicca.

gegar vaganza

Di tempat kedua pula ialah Nassier Wahab manakala di tempat ketiga ialah Siti Nordiana. Haiza pula mendapat tempat keempat. Antara Azian dan juga Acong, akhirnya Acong terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di peringkat separuh akhir minggu hadapan kerana mendapat tempat terakhir. Namun langkah Acong berjaya diteruskan apabila Dato’ Seri Vida menggunakan kuasa imuniti miliknya untuk menyelamatkan Acong. Ini bermakna Acong akan turut sama berentap pada minggu hadapan.

gegar vaganza

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, yang layak ke final ialah Faradhiya, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Siti Nordiana dan juga Haiza. Kelima-lima peserta ini mempunyai aura yang tersendiri. Memang sengit. Fuh!! Tak sabar nak tengok separuh akhir Ahad ini. Sama-sama kita nantikan. Apa pendapat anda? Adakah wajar Acong diberikan imuniti?

Written by Bella | November 30th, 2015

Tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pertunangan mereka,  Akim dan Stacy membuat keputusan untuk mempercerpatkan tarikh perkahwinan mereka  pada bulan Februari tahun hadapan selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua belah pihak.

Akim memberitahu beliau akan mengadakan dua majlis sahaja iaitu majlis akad nikah di kediaman Stacy di Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Bahru.

Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan.  Bagaimanapun, tarikh nikah saya akan umum bila kad jemputan siap untuk diedar tidak lama lagi.

Menurut Stacy pula , keputusan mereka  membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat  itu juga disebabkan mahu mengelak fitnah.

Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah.

Benda yang baik tidak salah untuk dipercepatkan apatah lagi jika pasangan itu ingin mengelak daripada fitnah bukan? Semoga segala persiapan hari bahagia Akim dan Stacy berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | November 30th, 2015

Pernah tak anda terasa bosan kerana menjalani ruti seharian yang sama setiap hari? Contohnya macam setiap hari bila naik keretapi nak gi kerja, anda dah tak peduli dengan persekitaran. Badan anda terasa macam telah diprogram. Bergerak secara automatik. Mesti pernah kan? Sekarang adalah masa untuk anda memecahkan kerutinan itu dan hidup dengan lebih bermakna!!!

Apabila kita sudah semakin meningkat masa, ada kalanya kita menyesali sesuatu yang kita tidak pernah lakukan. Tak ke sedih bila umur 65 dan penyesalan itu semakin membuak kerana kita tidak benar-benar menikmati kehidupan? Jadi sebelum terlewat, marilah kita melakukan sesuatu agar tidak menyesal di kemudian hari dan agar hidup kita lebih bermakna.

Untuk mencapai kehidupan yang tiada penyesalan, setiap langkah kecil perlu diambil kira. Contohnya pemakaian yang bagus. Dengan memakai baju yang selesa, kemas dan cantik, ia akan memberi kita lebih keyakinan. Apabila kita melihat ke cermin di waktu pagi dan berasa diri ini awesome, keawesomean itu akan berkekalan sepanjang hari.

Mengenakan pakaian yang sesuai sekarang tidaklah mahal mana dan sangat berpatutan. Anda boleh mendapatkan rekaan baju muslimah dengan rekaan terbaru serta bergaya apabila mengenakan pakaian muslimah HANIYA.

haniya

Haniya Three Tone Mix Colors Blouse diperbuat daripada chiffon berkualiti tinggi yang lembut, ringan dan senang untuk digosok. Keunikan pakaian ini ialah campuran 3 tona warna di bahagian hadapannya. Ia boleh didapati pada harga RM36.90 sahaja.

haniya

Haniya Mix Color Bohemian Blouse didatangkan dengna corak bohemian eklusif di bahagian hadapan dan belakang. Blouse serba baru ini dijual pada harga RM36.90 dengan 5 saiz bermula dari S sehingga XXL. Boleh didapati dalam warna biru, Coffee dan Khakis. Memang perfect kalau digandingkan dengan beg di atas daripada nile.com.my.

haniya

Haniya Geomatrical Tribal Jubah mempunyai rekaan corak yang amat unik padanya. Penggunaan chiffon berkualiti tinggi memudahkan lagi anda menggosoknya. Malah kehadiran zip memudahkan ibu-ibu yang breastfeed anak-anak mereka. Dengan hanya RM76.90, anda boleh tampil lebih yakin dan menawan dengan pakaian muslimah ini.

haniya

Haniya Mixed Colors Long Dress/Jubah mempunyai rekaan istimewa di bahagian sudut kanan yang menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainya. Zip di bahagian depan memudahkan ibu-ibu yang menyusukan anak. Pakaian muslimah ini amat sesuai untuk waktu kasual dan juga penggunaan ke pejabat. Cuma RM75.90 sahaja.

haniya

Haniya Ruffles Cuff Bohemian Blouse kini boleh dimiliki pada harga serendah RM36.90 sahaja. Bahagian bawahnya dicetak dengan corak bohemian yang menambahkan keunikan si pemakainya. Pergelangan tangannya juga unik dengan rekaan gathered ruffle. Namun rekaan ini hanya terhad kepada 150 helai sahaja dengan saiz bermula dari S sehingga XXL.

haniya

Haniya Cotton Floral Blouse direka dengan corak berbunga-bunga yang menyerlahkan keanggunan dan kelembutan si pemakainya. Kain chiffon berkualiti tinggi digunakan untuk memastikan ia tidak melekat pada badan. Hadir dengan 3 warna berbeza dengan saiz S-XXL, blouse ini dijual hanya pada harga RM34.90. Murah kan?

haniya

Haniya Tribal Printed Design Blouse mempunyai bentuk “A” di bahagian hadapannya dan rekaan “curve” di bahagian belakanganya. Kain chiffon berkualiti tinggi digunakan untuk memudahkan penggosokkan dan juga pembasuhan. Sesuai digunakan untuk ke pejabat dan juga waktu kasual. Cuma RM36.90 sahaja.

Di atas ini hanya beberapa sahaja daripada banyak lagi kolesi terbaru HANIYA Muslimah Wear. Kalau berminat nak tengok lebih lanjut, boleh ushar banyak lagi blouse dengan <klik di sini>, untuk jubah <klik di sini>, atau untuk skirt <klik di sini>. Kesemuanya ini dibawa khas oleh nile.com.my, laman membeli belah onlin yang boleh dipercayai.

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan hari anda dengan pemakaian yang lebih menarik untuk hidup lebih bermakna. Selamat bershopping!!!

Written by Bella | November 30th, 2015

Selepas beberapa tahun hidup sebagai seorang ibu tunggal, Nabila Huda akhirnya mengakui bakal menamatkan zaman janda dengan kekasihnya yang merupakan pengurus kepada restoran Kulcats sekitar bulan Disember ini.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Nabila yang mesra disapa sebagai Abil enggan mendedahkan tarikh sebenar kerana banyak lagi urusan mengenai majlis perkahwinannya  belum selesai.

Abil juga berkata beliau tidak akan berkahwin secara senyap dan akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis raja sehari beliau.

Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini. Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai.

Tunggulah sehingga kad diedarkan. Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi  Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger pada 6 Disember 2008 sebelum bercerai sekitar tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Abil, semoga perkahwinan anda kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

Sumber Berita: Kosmo!

Page 2 of 5012345...102030...Last »