Written by Bella | October 20th, 2015

Baru-baru ini ada orang kenamaan telah menaja beberapa artis untuk menghadiri kursus kahwin. Antara artis yang terlibat ialah Anzalna Nasir, Stacy, Tasha Shilla dan Marsha Milan Londoh.

Tidak terkejut sebenarnya jika Anzalna, Stacy  dan Marsha hadir ke kursus kahwin, tetapi Tasha Shilla? Ye, memang tidak salah pun beliau hendak sertai kursus tersebut tetapi ramai yang bertanya adakah Tasha bakal mengumumkan satu berita gembira tidak lama lagi?

Kalau Marsha memang kita tahu beliau sedang menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki Melayu dan mungkin perancangan untuk bernikah itu sudah ada.

Adakah Tasha sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati baru tetapi merahsiakan hubungan mereka.

Harapnya Tasha tidak berselindung dan memberitahu perkhabaran gembira itu nanti bila beliau sudah bersedia. Meskipun beliau terlibat dengan banyak kontroversi liar, namun Tasha masih lagi seorang wanita yang menginginkan kebahagiaan dalam hidupnya.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by AbangNara | October 20th, 2015

Hanya mengalami kecederaan dalaman apabila terlibat dengan kemalangan baru-baru ini, Fara Mendoza melalui URTV telah meluahkan isi hatinya tentang persepsi orang ramai terhadapnya. Secara jujur, Abang Nara juga mempunyai tanggapan yang kurang elok tentang Fara Mendoza. Iyerlah, baju pun pakai baju adik, selalu pergi kelab malam dan macam-macam lagilah. Sedikit sebanyak apa yang dikongsikan oleh Fara menerusi laman sosialnya mempengaruhi persepsi orang ramai.

fara mendoza

Ikuti luahan hati Fara Mendoza di bawah ini:-

Kepada pihak luar sana yang masih memandang negatif terhadap saya, henti-hentikanlah Cukup-cukuplah buat spekulasi dan tuduhan yang bukan-bukan tentang saya. Kalaulah yang menuduh itu mengenali saya secara dekat, barulah mereka tahu siapa diri saya sebenarnya.

Saya tahu saya bukannya baik sangat. Ada yang menilai saya secara luaran melalui penampilan saya. Jangan ingat apabila saya berpakaian seksi itu saya murah. Jangan fikir apabila kontroversi melanda saya, itu bermakna saya gilakan publisiti murahan.

Paling penting, jangan hanya kerana saya digosip dengan mana-mana lelaki dan sering ke kelab dulu menunjukkan saya ini murah. Saya bukanlah wanita jalang!.

Seksi dan menggoda itu tidak semestinya jalang atau murah. Jangan hanya sekadar memandang luaran. Kenal dulu hati budi barulah menilai.

Saya juga sudah tidak ke kelab malam kerana banyak perkara buruk boleh berlaku apabila ke tempat itu. Saya tidak menyalahkan kelab malam atau mereka yang berkunjung ke sana, tetapi saya sendiri rasa sudah tidak sesuai untuk ke sana lagi.

fara mendoza

Apa pun Abang Nara gembira kerana Fara Mendoza sudah tidak pergi ke kelab malam. Sekurang-kurangnya ia satu permulaan yang baik untuk menjadi insan yang lebih baik. Sememangnya pakai seksi bukanlah bermakna kita jalang. Namun bila dah terdedah sana sini sepanjang masa, sedikit sebanyak ia mempengaruhi persepsi orang lain. Mungkin lepas ini Fara boleh berhenti memakai baju ‘adik’ dan mula mengenakan baju sendiri. Tak gitu?
fara mendoza

P.S: Comel dan cantiknya Bamboo Bottle by Raef nie. Memang sesuai sangat dijadikan doorgift, makanan ringan dan perhiasan. Confirm tetamu yang yang datang majlis anda akan gembira kalau dapat cenderahati daripada Raef’s ini. Nak tahu lebih lanjut? Whatsapp ke 0111- 311–7632 atau LIKE Facebook Bamboo Bottle by Raef.

Written by Bella | October 20th, 2015

Dikenali sebagai seorang yang cukup tegas dalam pendiriannya, Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak kisah akan kritikan orang ramai setelah tampil dengan imej lebih ranggi dengan mewarnakan rambutnya “blonde”.

Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya.

Mengakui pernah terasa hati dengan pelbagai komen terhadapnya di media sosial, TMJ bagaimanapun tidak lagi ingin ambil pusing mengenai perkara berkenaan setelah melalui satu pengalaman baharu yang menyedarkan beliau tentang “keyboard warrior”.

Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya.

Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya. Setelah melihat rupa “keyboard warrior” tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain.

Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia. Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka.

Apa yang dikatakan oleh TMJ itu sangat padu! Memang orang akan cari setiap kesalahan kita apatah lagi jika seseorang itu terkenal dan mempunyai pangkat, tapi kita tidak perlu ambil peduli akan komen negatif itu, nanti mereka senyaplah juga kan?

Sumber Berita : Facebook Johor Southern Tigers

Written by Bella | October 20th, 2015

Ingin menenangkan fikiran selepas ditimpa pelbagai kontroversi, Tasha Shilla baru-baru ini telah bercuti ke Phuket, Thailand bersama keluarga beliau.

Keindahan pulau di Phuket memang tidak dapat dinafikan lagi dan mempunyai pemandangan laut yang cukup memukau.

Tasha juga sempat berkongsi beberapa foto sekitar percutian beliau di Phuket. Jom kita lihat foto percutian tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram Tasha Shilla

 
Page 20 of 55« First...10...1819202122...304050...Last »