Written by AbangNara | September 29th, 2015

Seminggu dua ini negara kita Malaysia diselubungi oleh jerebu. Fuh!!! Abang Nara setiap hari hantar Aariz pergi sekolah dan menggeleng-gelengkan kepala melihat ketebalan jerebu. Sampai mata pun pedih ketika memandu. Tahap jerebu kali ini memang agak teruk. Bayangkan toll gate kat Jalan Duta tue pun Abang Nara boleh tak nampak. Memang menakutkan.

rakuten

Dengan anak 3 orang yang masih kecil, Abang Nara perlukan sesuatu untuk memastikan kualiti udara di dalam rumah tidak menjadi teruk kerana jerebu. Kita yang dewasa ini boleh lagi tahan tapi budak-budak memang lebih sensitif. Enggan mengambil risiko, Abang Nara terus buka salah satu laman web membeli belah kegemaran Abang Nara iaitu Rakuten Malaysia. Misi kali ini ialah mencari air purifier untuk membersihkan udara di dalam rumah.
rakutenCari punya cari, akhirnya Abang Nara jumpa air purifier yang dijual oleh WowBay. Harga murah sangat-sangat. Abang Nara terus klik dan beli. Sambil-sambil tue, Abang Nara ushar lah lagi apa produk yang ada dijual oleh WowBay ini. Memang not bad. Banyak yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Produk-produk WowBay semua comel-comel. USB ada, kipas kecil, earphone dan macam-macam lagilah.

rakuten

antara produk yang dijual di WowBay

Selepas 3 hari, air purifier Abang Nara pun tiba di rumah. Pantas dan tuntas sungguh WowBay punya perkhidmatan. Comel tak air purifier yang Abang Nara beli?

rakuten

Sebabkan anak Abang Nara selalu main di ruang tamu, Abang Nara letaklah air purifier ini di kabinet tv. Memang terasa perbezaan sebelum dan selepas guna air purifier. Udara terasa lebih segar. Thumbs up!!!

rakuten

Korang tak minat air purifier yang macam Abang Nara beli nie? Don’t worry. WowBay menyediakan 4 lagi pilihan untuk anda. Setiap orang memang mempunyai ‘taste’ yang berbeza. Yang penting harga tak sampai RM100 pun. Sekali sekala beli untuk kesihatan kita sekeluarga apa salahnya kan? Lebih-lebih lagi time jerebu macam nie.

rakuten

pilih je yang mana korang suka

Kalau korang ingat dulu, Abang Nara pernah cerita tentang kelebihan Rakuten yang menyebabkan Abang Nara selalu shopping kat sini. Dengan tagline “Shopping Is Entertainment”, Abang Nara paling suka dengan program rewards Rakuten Super Points. Beli je apa-apa akan dapat points dan points ini boleh digunakan untuk dapatkan diskaun bila korang buat pembelian seterusnya (1 points bernilai RM1).
rakutenLagi best, kalau korang selalu tengok Facebook Rakuten, ada macam-macam promo untuk dapatkan lebih banyak Rakuten Super Points (RSP) nie. Boleh gandakan 10 kali lah, 16 kali lah. Contohnya macam ketika sambutan Hari Malaysia baru-baru nie Rakuten bagi free 16 RSP untuk setiap pembelian RM100. Maknanya korang dapat RM16 free-free macma tue je.rakuten

Best kan www.rakuten.com.my nie? Banyak sangat kelebihannya. Memang selalu sangat Rakuten buat promosi tak masuk akal. Yang terbaru tak lain tak bukan ialah kempen MycyberSale yang menjanjikan diskaun sehingga 90%. Gulp!!!

rakuten

MyCybersale ini adalah kempen kerjasama antara Rakuten dan MdEC yang bermula hari ini (28 September 2015) sehingga 2 Oktober 2015. Harga yang ditawarkan ketika kempen ini memang boleh menyebabkan korang shopping tak berhenti. Murah gila-gila. Lagi banyak korang beli, lagi banyak penjimatan. Kalau dalam bahasa omputih, Shop More! Save More!. Abang Nara tengah ushar kot-kot ada diskaun untuk PS4. Itu memang target Abang Nara dari awal tahun lagi.

rakuten

Nasihat Abang Nara, sentiasa pastikan laman web www.rakuten.com.my terbuka untuk dapatkan ‘daily flash sale’, produk pada harga RM10 (bukan produk cikai-cikai ye), 50% diskaun dan macam-macam lagilah. Sila tekan ‘refresh’ berulang-ulang kali supaya korang tak terlepas promosi-promosi awesome ini. Ingat, Rakuten MycyberSale ini telah bermula hari ini sehingga 2 Oktober nanti. Pastikan korang sediakan duit secukupnya. Jangan nak nangis kalau tak dapat beli barang yang korang nak pada harga murah tak ingat. Selamat membeli belah!!!

 
Written by AbangNara | September 29th, 2015

MyCyberSale2015 adalah kempen jualan online terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDec). Kempen ini akan berlangsung sepanjang 28/09/2015 sehingga 03/10/2015. Di bawah ialah gambar ketika majlis pelancaran MyCyberSale oleh MDec dan juga KKMM.

mycybersale

Nile.com.my, Malaysia trusted online shopping telah pun dijemput untuk menjadi salah satu vendor premium bersempena #MyCyberSale2015 ini. Sepanjang tempoh kempen ini, nile.com.my akan memberikan diskaun sehingga 90%. Untuk menambahkan lagi keyakinan para pembeli, nile.com.my juga akan memberikan penghantaran PERCUMA menggunakan Poslaju untuk pembeli Semenanjung Malaysia dengan pembelian minimum RM48.

Jom kita tengok apakah tawaran-tawaran awesome yang boleh didapati di nile.com.my:-

mycybersale

Men Tee pada harga RM17.90. Tawaran bermula pada 29/09/2015 jam 11 pagi dengan kuantiti terhad sebanyak 120 helai sahaja.

mycybersale

HANIYA 3 Colour Patchwork Chiffon Blouse- Orange diskaun sehingga RM19.90. Tawaran bermula pada 30/09/2015 jam 11 pagi dengan kuantiti terhad sebanyak 120 helai sahaja.
mycybersale

Men Rider/Leather Jacket dijual pada harga RM33.90. Tawaran bermula pada 01/10/2015 jam 11 pagi dengan kuantiti terhad sebanyak 150 helai sahaja.

mycybersale

Canvas Shoes hanya RM15.90 sahaja pada tarikh 01/10/2015 bermula jam 2.00 petang. Kuantiti adalah terhad iaitu sebanyak 200 pasangan sahaja.

mycybersale

OL Woman Heels harga #mycybersale2015 price hanya RM19.90 pada 02/10/2015 tepat jam 11 pagi. Terhad kepada 100 pasang sahaja.

mycybersale

Crocodile Pattern 3-in-1 Pieces Bag harga selepas diskaun cuma RM29.90. Tawaran bermula pada 02/10/2015 jam 2 petang. Terhad kepada 500 unit sahaja.

mycybersale

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kempen #MyCyberSale2015 ini, anda boleh mendapatkan PENGHANTARAN PERCUMA dengan Poslaju dengan hanya pembelian minimum sebanyak RM48 di nile.co.my (hanya untuk pembeli Semenanjung Malaysia sahaja). Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh klik di sini.

Kalau tak nak terlepas sebarang promosi dan informasi terkini, bolehlah ikuti nile.com.my di laman sosial di bawah. Selamat membeli-belah diucapkan, lebih-lebih lagi di hujung tahun sebegini:-

mycybersalemycybersalemycybersale

Ikuti akaun rasmi nile.com.my di WeChat

mycybersale

Ikuti akaun rasmi nile.com.my di Line

mycybersale

 
Written by serenity | September 28th, 2015

Baru-baru ini, selebriti Abby Abadi menceritakan pengalamannya membeli kek dari restoran Secret Recipe untuk sambutan majlis hari jadi anaknya. Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana dia meragui status halalnya. Ini ialah kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.


 photo abbyabadisr.jpg

Seorang peminat mempertikaikan kenyataan Abby namun dia tetap mempertahankannya.

 photo 1.jpg
Kami menyangkakan disebabkan terdapat keraguan dalam diri Abby mengenai status halal kek-kek tersebut dia akan membuangnya, rupanya dia tetap menghidangkan kek itu untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran anak-anaknya iaitu Maria Danisha dan Marissa Dania.

 photo 11312145_1631367953793675_966995465_n.jpg
 photo 11850271_1048116011879834_305754781_n.jpg

Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal. Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.

Mungkin selepas ini Abby patut belajar membuat kek supaya dia dapat memastikan kesemua bahan yang digunakan ialah halal. Tak susah pun buat kek, kan? Sejam saja dah siap.

Atau pesan saja kek yang dibuat di rumah oleh pembuat-pembuat kek yang bertebaran di Facebook dan Instagram dari awal. Sekiranya tidak cukup masa, majlis sambutan boleh dilambatkan sehari dua. Yang penting tiada syak dan was-was, ya tak? Kredit gambar, Instagram Abby Abadi

Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015

 
Written by AbangNara | September 28th, 2015

Dasyat. Mak aih. Terkejut dan tergumam. Namun inilah buktinya rakyat Malaysia menyokong filem tempatan sekiranya filem tersebut memang betul-betul bagus. Dalam masa 11 hari, filem Polis Evo telah pun berjaya mengutip RM8 juta. Filem lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish ini ternyata mempunyai aura yang tersendiri sehingga berjaya menghasilkan kutipan yang teramat memberangsangkan ini.

polis evo

Berdasarkan jajaran kutipan, nampak gayanya Polis Evo boleh mengalahkan filem The Journey yang merupakan filem Malaysia tertinggi kutipannya. Untuk makluman, The Journey berjaya mengutip RM17 juta selama 56 hari tempoh tayangan. Berdasarkan maklumbalas yang Abang Nara baca di laman sosial, rata-rata memberi 5 bintang untuk filem Polis Evo ini. Tonton trailer di bawah:-

Sekiranya anda berkesempatan, silalah ke pawagam sebagai tanda sokongan anda untuk filem tempatan yang berkualiti. Diharap pada masa hadapan, akan ada lebih banyak filem sebegini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Polis Evo terutamanya pengarah, Ghaz Abu Bakar.