Written by AbangNara | December 23rd, 2014

Tanyalah mana-mana wanita di dunia ini, salah satu impian mereka sudah tentu mahukan badan yang langsing dan ramping. Tak pernah lagi Abang Nara dengar ada perempuan yang gembira dan melonjak sakan apabila kegemukan melanda diri. Semuanya nak slim. Semuanya nak kurus. Tak dinafikan wanita yang berbadan langsing tampak lebih yakin, menarik dan mampu membuatkan kaum Adam di luar sana jatuh cinta.

slimming

tapi taknaklah kurus sangat sampai nampak tulang macam nie. Seram!!!

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kaum Hawa ialah selulit pada bahagian-bahagian tertentu seperti paha, perut dan lengan.. Itu belum kira bab kulit nampak gelebeh semacam je. Tak tegang dan licin langsung. Lagi sedih bila macam-macam usaha telah dilakukan namun lemak-lemak di bahagian ini tak hilang-hilang. Pedih hati dibuatnya. Iyerlah, kaum Hawa kan mementingkan kesempurnaan luar dan dalam. Kalau muka dah cun, body pun tentu nak cun melecun jugak kan?

Walaupun diri ini seorang lelaki, Abang Nara ambil tahu juga mengenai produk-produk pelangsingan yang berada di pasaran. Macam-macam jenis ada. Ada yang dalam bentuk pil, ada yang dalam bentuk serbuk, ada yang jenis kena pakai korset dan macam-macam lagilah. Kalau Abang Nara disuruh buat pilihan, memang pening kepala dibuatnya. Tak tahu mana satu yang betul-betul berkesan dan tak memberikan kesan negatif kepada badan. Iyerlah selalu produk-produk ini harganya memang agak mahal. Jadi kalau nak beli, kenalah beli yang terbaik kan?

slim

Jadi setelah membuat sedikit kajian yang lebih mendalam, Abang Nara mendapati Body Trim Fluid daripada London Weight Management ini adalah antara produk yang terbaik untuk kaum Hawa di luar sana. Ini bukan sembang kosong. 2 sebab utama kenapa Abang Nara berani cakap begini ialah:-

 1. London Body Trim Fluid ini mampu membakar lemak tepu dalam badan selama 12 jam. Pagi sebelum gi kerja pakai sekali, lepas itu sebelum tidur pakai lagi sekali. Ini bermaksud lemak anda akan dibakar selama hampir 24 jam. Power kan?
 2. Cara penggunaannya yang amat mudah. Tak complicated langsung. Cuma perlu gunakan sebanyak mana yang anda rasa sesuai dan urutkan dalam pergerakan memutar pada lengan, perut, paha dan pinggul anda. Senang begitu!!!

slim

Pasti ramai yang terkejut dengan harga yang terpampang di atas iaitu RM360. Memang mahal. Abang Nara pun akan fikir 18 juta kali untuk laburkan duit sebanyak itu. Kalau Abang Nara beritahu yang korang boleh dapatkan Body Trim Fluid yang mengandungi rumpai laut, horse chestnut dan teh hijau (semuanya berfungsi untuk beri impak maksima) pada harga RM28 SAHAJA, mesti korang suka kan?

slim

Yeahhh. Hanya RM28 sahaja. Promosi untuk bulan Disember ini khas untuk kaum Hawa yang berusia 22 tahun ke atas dan tak pernah mencuba London Weight Management. Korang akan dapat satu botol Body Trim Fluid 150ml bernilai RM360 dan juga satu sesi pelangsingan badan daripada pakar LMW. Syok kan? Untuk menebus promosi HEBAT ini, silalah klik di sini dan isikan maklumat peribadi anda. Nanti pihak LMW akan hubungi anda secepat mungkin.

slim

Tunggu apa lagi? Kalau nak cari lebih banyak info mengenai Trim Body Fluid ini, bolehlah ke www.londonweight.com.my. dan juga Facebook London Weight Management. Banyak testimony-testimoni mereka yang sudah berjaya di sana. Korang pun boleh mendapatkan bentuk badan impian anda. Silalah bertindak segera.

Written by AbangNara | December 23rd, 2014

Makin tampak muda Noniswara yang kini tampil dengan imej bertudung. Selepas sah bercerai secara taklik pada tahun 2013, kelibat Noniswara memang jarang kelihatan. Rupa-rupanya Noniswara mengambil kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama anak-anak tercinta. Kini tampil kembali, Noniswara sudah bersedia untuk berlakon semula.

noniswara bertudung

Comel kan? Kalau tak kenal mesti ingat anak dara lagi. Untuk makluman, Noniswara telah mula bertudung sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Kata Noniswara:-

Niat bertudung asalnya sudah lama apatah lagi melihat anak perempuan saya bertudung menguatkan lagi keinginan untuk sama-sama berhijab sepertinya. Alhamdulillah hati saya terbuka untuk melakukannya sebulan sebelum Ramadan yang lalu dan saya bertudung sepenuhnya.

noniswara bertudung

Pasti ramai yang gembira dengan perubahan Noniswara ini. Semoga makin dimurahkan rezeki dan mana tahu, bertemu jodoh kembali. Lagi beberapa gambar pelakon jelita ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber Harian Metro.

P.S: Romantik sungguh lelaki ini. 365 nota cinta untuk setiap hari sepanjang tahun

 
Written by serenity | December 23rd, 2014

Sekiranya anda mengikuti perkembangan bayi Awal Ashaari dengan isterinya Scha Al-Yahya, mungkin ada ialah salah seorang pengikut Instagram Lara Alana. Namun tup-tup baru-baru ini akaun Instagram itu tidak kelihatan lagi. Ke manakah ia menghilang agaknya?

A photo posted by Awal Ashaari (@awalashaari) on

Buat masa ini saya peribadikan seketika akaun Lara. Ini kerana terlalu banyak orang yang berbalah di ruangan komen. Mereka bergaduh sesama sendiri. Orang tidak menjual barang atau meniaga di situ, sebaliknya bergaduh. Jadi saya ambil pendekatan memadam semua pengikut, menukar nama Instagram Lara dan mahu berehat seketika. Buat masa ini biar saya tunggu dan fikir dahulu sama ada mahu menjadikan Instagram Lara ‘public’ semula atau biarkan ‘private’ sahaja. Itu adalah Instagram seorang anak kecil. Segelintir orang di luar sana begitu cepat menghakimi dan menghukum. Saya suka berkongsi. Bila orang suka dan sayang Lara, perkara itu menyenangkan hati saya. Ada juga sesetengah orang mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang bapa. Jadi buat masa ini biarlah saya dan Scha senyapkan dahulu dan berfikir apa yang mahu dilakukan seterusnya.

Entahlah mengapa pergaduhan antara pengikut sering berlaku di ruangan komen Instagram para artis sehingga ia kini satu lumrah di mana-mana akaun Instagram artis yang popular. Mungkin Awal telah mengambil tindakan yang betul kerana bayi Lara tidak mengerti apa-apa dan tidak perlu menjadi punca perang komen antara pengikut.

Dalam pada itu, sebelum ini Awal pernah disalah erti mengeluarkan komen tentang senario industri hiburan yang lebih mengutamakan pelawak sebagai pengacara anugerah atau program. Menerusi ruangan gosip Berita Harian pada Ahad, khabarnya pasangan suami isteri ini telah disenarai hitam oleh pihak Astro kerana dakwaan telah melanggar kontrak. Awal memberikan penjelasan kepada portal GUA:

Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini. Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro.

Dia juga tidak tahu bagaimana cerita itu boleh tercetus:

Saya tak tahu macam mana cerita tersebut boleh keluar. Sama ada cerita itu timbul kerana buah mulut orang atau cerita itu terjadi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan cara kerja kami suami isteri. Setakat ini tiada hitam putih yang menyatakan kami digam. Saya sedia berbincang mengenai isu gam ini. Perihal gam ini sangat besar dalam karier seseorang artis. Kalau benar digam, itu ibarat periuk nasi ditutup dan saya tak mahu perkara ini berlaku.

Sememangnya benar yang artis digam akan mengalami masalah untuk mendapatkan peluang memberikan khidmat kepada industri. Sekiranya terdapat sebarang salah faham mungkin ia perlu diselesaikan antara pihak stesen televisyen dengan Awal Ashaari dalam kadar segera. Mengikut pemerhatian kami, kadang kala stesen televisyen mengambil pendekatan berdiam diri sekiranya menyenarai hitamkan artis, kecuali dalam kes Hanez Suraya di mana Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar secara terbuka menyatakan tidak akan mengambil artis yang menimbulkan kontroversi dan tidak disukai orang ramai.

Written by AbangNara | December 23rd, 2014

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2014 akan meninggalkan kita. Seperti biasa Abang Nara akan membuat beberapa artikel ‘recap’ untuk kita mengimbau kembali apa yang terjadi sepanjang tahun ini. Di kesempatan ini juga Abang Nara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan pengomen BeautifulNara kerana terus aktif memeriahkan blog ini. Kehadiran anda sememangnya membuatkan Abang Nara teruja (terutama yang bagi komen dengan penuh ilmiah).

10 artikel

Setiap tahun ribuan komen diterima daripada anda semua untuk artikel-artikel di BeautifulNara. Sesetengah artikel mencapai ratusan komen dengan pelbagai pendapat diutarakan. Apabila ada kesempatan, Abang Nara akan membaca komen-komen tersebut. Kadangkala kagum juga dengan pendapat bernas sesetengah pengomen. Apa pun, marilah kita saksikan 10 artikel paling popular (paling banyak komen) di BeautifulNara sepanjang tahun 2014.

hanez surayaBoleh dikatakan tahun 2014 adalah milik Hanez Suraya yang dihimpit kontroversi bersama suami orang, Romie. Daripada 10, 3 artikel berkaitan pelakon ini mendapat komen terbanyak. Untuk makluman, hubungan Hanez dan Romie sudah pun tamat. Hanez sendiri sudah meminta agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan bekas suami Liyana Manan itu. Agak menarik untuk tahun ini apabila surat terbuka daripada seorang pembaca BeautifulNara mendapat reaksi yang hangat daripada anda.

rita rudaini

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, artikel yang berkaitan dengan Rita Rudaini pastinya mendapat sambutan hangat daripada para pembaca BeautifulNara. Kemungkinan besar ramai yang boleh merasakan kesakitan dan kepedihan hati ibu tunggal ini. Nama Abby Abadi juga turut menjadi perbualan sekali lagi apabila perkahwinannya gagal buat kali kedua. Tambah kecoh apabila bekas suami Abby mendakwa dicederakan oleh pelakon ini.

fizo omar

Selepas berkahwin, Fizo Omar dan Mawar menerima banyak teguran dan kritikan daripada mereka yang gemar mencari kesalahan pasangan ini. Adatlah bila pasangan sama cantik sama berjaya, pasti ada yang cemburu. Apa pun, semoga tahun 2015 dunia hiburan Malaysia akan berkurangan daripada segi kontroversi sebaliknya lebih dipenuhi dengan kisah kejayaan. Nantikan rangkuman daripada Abang Nara untuk kisah-kisah paling hangat sepanjang tahun ini. Minggu ini kita buat ‘recap’ tanpa henti. Selamat membaca.

Page 10 of 37« First...89101112...2030...Last »