Written by AbangNara | November 24th, 2014

Berita permohonan pengesahan lafaz cerai yang dituntut oleh isteri Eizlan Yusof, Vie Santie sememangnya mengejutkan ramai orang. Abang Nara sampai ke hari ini masih tidak percaya. Iyerlah, mereka berdua telah lama berkahwin dan kelihatan amat bahagia di samping 3 orang cahaya mata. Kedua-duanya pun gagal dihubungi oleh pihak media untuk memberikan komen mengenai pergolakan rumah tangga mereka.

eizlan yusof

Namun berkata menerusi BiPop semalam, Eizlan Yusof memaklumkan yang dirinya sedang berusaha keras untuk mempertahankan mahligai yang dibina. Kata Eizlan:-

Susah nak komen! Aku sayang dia dan family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya. Aku tak boleh komen apa-apa buat masa ini, aku down gila. Nantilah ya.

Aku ‘down gila’ macam mana aku nak cakap. Aku tak nak semua terjadi, nantilah. Sorry sangat! Ya aku sedang mempertahankan perkahwinan aku, sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mermpertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai.

eizlan yusof dan isteri

Semoga usaha Eizlan Yusof untuk mempertahankan perkahwinannya akan membuahkan hasil. Rugi sangat-sangat kalau dah ada kahwin lama-lama serta dah ada cahaya mata tetapi berakhir dengan penceraian. Kalau ada masalah boleh dirunding. Insya Allah boleh selesai dengan cara baik. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | November 24th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Syarif Sleeq yang telah pun selamat bergelar suami kepada Sharifah Malak Aimana Mahdaly atau lebih dikenali sebagai Malaque dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Alkaff Mansion. Menariknya, majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini telah pun disiarkan secara langsung di laman web dan YouTube.

gambar kahwin syarif sleeq

September lalu, seorang lagi anggota kumpulan Sleeq iaitu Alyph telah pun selamat berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Azzah Fariha.  Majlis persandingan dan makan malam Syarif Sleeq berlangsung dengan amat meriah sekali dengan beberapa persalinan yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Abang Nara suka yang pakaian Aceh. Klasik!!!

gambar kahwin syarif sleeq

Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Project2Pi.

P.S: Gambar musang di bulatan Artik yang amat menakjubkan

 
Written by AbangNara | November 24th, 2014

Kes buli yang berleluasa sejak kebelakangan ini sememangnya menjadi perbualan ramai. Banyak video yang telah tersebar menyebabkan ada pihak yang menyalahkan filem-filem gangster adalah punca perkara ini berlaku. Teringat pula kenangan Abang Nara masa kat zaman sekolah dulu. Masa itu belum lagi ada filem gangster namun pembulian masih berlaku. Cuma mungkin tidak seganas seperti yang dilakukan oleh budak singlet hitam itu.

sharnaaz kes buli

Kesempatan bertemu Sharnaaz Ahmad di majlis tayangan filem Gila Baby baru-baru ini telah digunakan sepenuhnya untuk bertanyakan pendapat pelakon hebat ini mengenai kes buli. Menarik juga pandangan yang diberikan oleh Sharnaaz. Sekali sekala selebriti tanah air kita bagi pendapat mengenai isu semasa memang menarik juga kan?

[flowplayer id=”30418″]

Apa pula kata anda? Kalau boleh kongsikanlah pengalaman anda dibuli/membuli di asrama dulu. Mana tahu boleh dijadikan pengajaran.

Written by AbangNara | November 24th, 2014

Hati ibu mana yang tidak kecewa, sedih dan pilu apabila anak sendiri dikritik dan di’usik’ tanpa sebarang sebab. Abang Nara memahami perasaan Scha Al Yahya apabila tindakannya yang sering berkongsi gambar anaknya, Lara Alana di laman sosial mendapat kecaman daripada sesetengah pihak. Niat untuk berkongsi kebahagiaan yang sedang dikecapi disalaherti oleh orang lain. Bak kata Abang Nara sebelum ini, kenapa susah sangat sesetengah manusia ini untuk merasa gembira untuk orang lain?

scha al yahya

Membaca luahan hati Scha Al Yahya mengenai isu ini membuatkan hati Abang Nara turut rasa sedih. Buat anda yang suka mengutuk tak tentu pasal, silalah baca dan cuba fahami isi hati seorang ibu. Semoga lepas ini tak ada nak kutuk-kutuk dah.

Macam mana boleh timbul saya dan Awal cuba cari publisiti serta mengeksploitasi Lara, sedangkan pengikut kami lebih ramai? Untuk pengetahuan semua, Instagram dan Facebook Lara adalah jurnal untuk kami berkongsi perkembangan anak dengan peminat.

Ramai juga selebriti buka akaun laman sosial untuk anak mereka, bahkan yang bukan artis lebih ramai berbuat demikian. Bagi saya, apa yang kami buat tidak salah selagi gambar yang dikongsi benda elok dan bagus. Jadi kenapa pula ia perlu dipertikai dan jadi isu?

Saya sedih apabila Lara sering ‘diusik’. Saya tak sangka ada segelintir manusia yang dengki dan tidak boleh tengok orang lain bahagia. Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, saya ambil pendekatan bertenang.

Saya selalu ingatkan diri, jangan ambil pusing dengan apa orang cakap dan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan. Yang suka mengutuk, biarlah mereka dengan dunia mereka. Yang penting, saya dan Awal gembira dengan kurniaan Allah terhadap kami.

Benda sebegini tak perlu dilayan. Lagipun ramai sayang lara dan selalu mendoakan kami. Apabila difikirkan semula, ramai juga gembira dan terhibur dengan kewujudan Instagram dan Facebook Lara.

awal dan scha

Mungkin yang asyik mengutuk ini masih lagi belum bergelar ibu/bapa. Jadi tak faham perasaan ingin merakamkan detik-detik anak sendiri membesar. Bagi Abang Nara, setiap orang berhak buat keputusan sendiri mengenai hal ini. Kalau tak suka, bolehlah unfollow. Tak perlu nak kritik apa bagai. Apa pendapat anda?

P.S: Mazda 2 sedan 2015 dipratonton

Page 7 of 35« First...56789...2030...Last »