Written by AbangNara | July 23rd, 2014

Pemergian Zizan Razak sebagai pengacara Melodi baru-baru ini menyaksikan tempatnya digantikan oleh Sherry Alhadad dan Zulin Aziz. Jangan tanya Abang Nara siapa mereka berdua ini. Memang Abang Nara tak tahu dan tak kenal. Namun yang pasti gandingan Awal Ashaari dan 2 orang pengacara baru ini telah pun ke udara untuk 2 episod. Nampak gayanya daripada maklum balas yang diberikan secara online, ia adalah satu gandingan yang mengecewakan.
melodi baru

Diakui bukan senang untuk mengacarakan program hiburan nombor 1 Malaysia lebih-lebih lagi jika anda adalah muka baru dalam dunia hiburan. Awal Ashaari sendiri mengakui agak sukar untuk mencari keserasian dengan Sherry dan Zulin. Menariknya komen-komen pedas dan kritikan padu yang diberikan oleh penonton Melodi telah membuatkan Sherry tersinggung. Kata Sherry menerusi Mstar Online:-

Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?

Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik.

Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yang sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yang tidak kena tempat.

Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yang perlu dicakap yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yang hendak dicakap itu.

Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yang komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu.

Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik.

melodi baru

Secara jujur, Abang Nara akan bagi Sherry dan Zulin peluang sehingga 5 episod untuk melihat sejauh mana keserasian mereka berganding dengan Awal. Sekiranya tiada peningkatan, diharap pihak TV3 akan mula serius berfikir untuk mencari pengganti. Kalau boleh panggil balik Dira Abu Zahar pun bagus jugak. Abang Nara suka melihat gaya Dira mengacarakan Melodi dulu. Apa pula kata anda? Siapakah calon paling sesuai untuk mengacarakan Melodi bersama Awal?

P.S: Proton keluar model baru akhir tahun ini

Written by AbangNara | July 23rd, 2014

Memang satu tindakan yang gila sekiranya Ramona Zamzam berniat untuk mengacau hubungan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang bakal berkahwin dalam masa 2 minggu ini. Tak masuk akal betul untuk Ramona menjadi pemusnah untuk bakal rumahtangga yang dibina. Ini semua gara-gara Ramona memuat naik gambar dirinya bersama Dazrin menerusi Instagram baru-baru ini sehingga menimbulkan kemarahan para peminat.

dazrin dan ramona

Abang Nara faham ‘concern’ para peminat. Ramona Zamzam memang cantik orangnya. Memang boleh bikin hati para jejaka cair orangnya. Namun Abang Nara percaya Ramona dan Dazrin tak akan buat kerja gila untuk jatuh cinta di saat ini. Pastinya kemesraan yang ditampilkan sekadar tuntutan kerja. Terang Ramona menerusi Harian Metro:-

emang saya bengang. Ini benda mengarut. Satu Malaysia pun tahu mereka akan kahwin dalam masa dua minggu. Takkan saya gila nak kacau hubungan mereka.

Hakikatnya saya dan Dazrin memang dah kenal lama. Kami memang akrab bila jumpa di lokasi tapi tak ada yang lebih seperti disalah ertikan pihak tertentu.

Kebetulan kali ini kami berlakon bersama dan jadi rapat di set sebab sama kepala, itu saja. Saya profesional dan tahu menghormati status dia yang bakal berkahwin tak lama lagi.

dazrin

Diharap penerangan Ramona Zamzam ini akan dapat menenangkan hati para peminat Dazrin dan Amyra Rosli. Untuk makluman, Dazrin dan Amyra akan bergelar suami isteri pada 8 Ogos ini. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Kiki didenda RM5,000 dan 240 jam kerja komuniti

Written by AbangNara | July 22nd, 2014

Johan As’ari ini pada pandangan Abang Nara seorang yang pandai mencuri tumpuan orang ramai. Tak kiralah tumpuan peminat ke, media ke, pengguna laman sosial ke, Johan As’ari ada cara untuk mendapatkan publisiti. Terbaru, nama Johan As’ari kembali disebut-sebut apabila dia berkongsi gambar dirinya bersama bekas kekasihnya, Shila Amzah di Instagram.

johan dan shila

Dengan caption “aku tanya apa khabar.???? @shahilaamzah #respect #keepsmiling #keepshining #always” gambar mereka berdua ini telah menyebabkan peminat-peminat mereka berbelah bahagi. Ada yang mahu melihat bekas kekasih ini kembali bersama, ada yang kata Johan As’ari umpama jilat ludah sendiri dan macam-macam lagi reaksi yang diterima.

johan dan shila

johan dan shila

johan dan shila

Kalau sekadar berkawan, Abang Nara tak nampak mana silapnya. Namun kalau ingin kembali bercinta, Abang Nara nasihatkan agar Shila Amzah fikir sedalam-dalamnya. Jangan pisang berbuah 2,3 kali. Lagi-lagi anda seorang wanita yang nilai harga diri amat tinggi. Jangan mudah menerima cinta lelaki yang pernah mengecewakan anda. Amboi!!! Power tak ayat Abang Nara? Hehehe.

Written by AbangNara | July 22nd, 2014

Ok ini agak kelakar juga sebenarnya. Ada peminat yang menyamakan fesyen yang digunakan oleh Yuna untuk muka depan majalah Cosmopolitan adalah serupa dengan kartun Barney and Friends. Kasar juga persamaan yang diberikan. Mentang-mentanglah Yuna memakai baju serta tudung berwarna ungu. Abang Nara tengok nampak bergemerlapan je. Klasik!!!
yuna cosmopolitan

Namun setiap kali Yuna tampil menghiasi majalah atau berkongsi imej terbarunya, pasti ia membuatkan para peminat penyanyi hebat ini berbelah bahagi. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang menjadi orang tengah. Yang menyokong gembira dengan gaya ‘international’, yang membantah kecewa Yuna tidak seperti dahulu dan macam-macam lagi.

yuna cosmopolitan

Secara jujur, walaupun dulu Abang Nara pernah menyatakan rasa tidak gemar dengan imej ‘international’ Yuna ini. Setelah difikir-fikirkan balik, mungkin gaya sebegini yang diterima oleh masyarakat luar sana. Sekali pandang memang nampak ‘up to date’, mengikuti perkembangan fesyen dan ada tarikan tersendiri. Mungkin Yuna lebih mengerti apa yang dimahukan oleh peminat luar negaranya. Jadi kita selaku peminat, sokonglah setakat mana termampu.

yuna cosmopolitan

Apa pun Abang Nara suka dengan video klip lagu ‘Come Back’ daripada Yuna. Sempoi je. Lagu pun best. Memang boleh layan.

Tertanya-tanya juga sama ada Yuna sudah pulang ke Malaysia untuk berhari raya. Kalau dah, selamat kembali diucapkan.
yuna cosmopolitan

P.S: Cepat-cepat beli baju raya untuk dipakai pada hari raya 3, ke 4 dan seterusnya di www.hidy.com.my. Selesa sangat kain yang digunakan. Kalau pergi berjalan raya tak adalah melekit peluh. Yang penting kecantikan anda tetap terserlah. Cepat-cepat beli untuk ia dihantar sebelum korang balik kampung. Banyak lagi di www.hidy.com.my.