Written by AbangNara | April 26th, 2014

Setelah mengharungi pelbagai rintangan dalam percintaan, akhirnya kira-kira jam 6 petang hari ini (26 April Sabtu), Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah sah bergelar suami isteri. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Hanya dengan sekali lafaz, Fizz turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada Almy Nadia.

almy nadia fizz fairuz nikah

Pada tengah hari sebelum pernikahan, majlis pertunangan telah pun dilangsungkan untuk pasangan ini. Jutaan tahniah diucapkan buat Fizz dan Almy atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah!!!

Written by AbangNara | April 25th, 2014

Minggu ini ramai sungguh selebriti yang bercerita mengenai dosa dan pahala. Satu perkembangan yang sihat kerana kelihatan usaha untuk mereka belajar lebih mendalam mengenai agama Islam. Rebecca Nur Islam yang sebelum ini dikecam kerana memakai pakaian sendat dan bertudung, tampil memaklumkan penyebaran gambar miliknya itu menyebabkan masyarakat mendapat dosa percuma.

rebeca nur islam

Sebenarnya Abang Nara agak pelik juga kerana sebelum ini Rebecca Nur Islam ada memaklumkan yang dia sudah menjual kesemua baju seksi miliknya. Ini bermakna baju merah ketat ala-ala “Teletubbies” ini mungkin baru dibeli olehnya. Menerusi akaun Instagramnya, Rebecca menulis:-

Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai. Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan

becca

Walaupun akaun Instagram adalah “private”, para pengikut yang sedia ada masih lagi mampu melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Rebecca Nur Islam. Itu yang bila ada gambar pelik sikit terus tersebar seperti goreng pisang panas. Kalau taknak benda sebegini berlaku lagi, Abang Nara nasihatkan tutup sahaja akaun Instagram. Tak pun “block” semua follower dan pastikan yang mengikuti anda hanya ahli keluarga sahaja. Itu adalah langkah yang terbaik pada pandangan Abang Nara.

Written by AbangNara | April 25th, 2014

Ya susah sungguh menjadi Nur Fathia. Dikurniakan wajah cantik, populariti dan kekasih yang hensem pastinya membuatkan orang lain cemburu. Baru-baru ini kalau anda perasan, cerita kegagalan Fathia menghadiri satu sesi penggambaran telah pun tersebar di dada akhbar. Tindakan Fathia yang tidak menghadiri sesi itu menyebabkan pihak terbabit mengalami kerugian wang ringgit dan juga masa.

nur fathia

Menerusi Harian Metro hari ini, Fathia melahirkan rasa kekecewaan dan kebengangannya kerana tersebarnya cerita tersebut. Menurut Fathia, pihak yang menjaja cerita itu telah pun mengesahkan masalah itu selesai pada hari kejadian. Kata Fathia:-

Saya betul-betul tak faham kenapa macam-macam benda timbul yang memburukkan nama saya satu persatu. Seolah-olah macam ada satu sabotaj untuk menjatuhkan saya.

Bukannya saya tak datang langsung cuma lambat sedikit. Sebenarnya saya mengalami lelah teruk pada hari fotografi itu dan mereka sudah dimaklumkan.

Apabila tiba di lokasi, mereka batalkan sesi itu kerana sudah lambat tapi mereka cakap semuanya okey sebab mereka faham kelewatan itu ada sebab kukuh.

Tapi saya tak sangka pula ada yang menjaja cerita dan burukkan saya ke luar selepas itu.

nur fathia

Biasalah itu manusia. Kadang-kadang mulut cakap lain, hati fikir lain. Tak boleh nak salahkan mereka juga. Mungkin Fathia lepas ini perlu lebih menepati masa dan memaklumkan secepat mungkin sekiranya ada sebarang kelewatan. Ambil ini sebagai pengajaran dan anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan seorang selebriti.

P.S: Pembungkusan jenama terkenal untuk produk asas

Written by AbangNara | April 25th, 2014

Akhirnya penantian orang ramai berakhir juga. Bekas model seksi, Felixia Yeap yang mencuri perhatian sejak kebelakangan ini apabila tampil berhijab dan menutup aurat telah membuat pengakuan bakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan yang akan datang. Sebelum ini, banyak pihak yang tertanya-tanya dan beranggapan Felixia sengaja mencari publisiti dengan berjubah dan memakai tudung.
felixia yeap peluk islamAbang Nara suka mendengar penerangan Felixia Yeap mengenai pemakaian jubah dan bertudung yang telah menjadi cara hidupnya sejak kebelakangan ini. Memang pedih ulu hati membacanya sekiranya anda seorang Muslimah yang tampil berpakaian seksi dalam kehidupan seharian anda. Kata Felixia Yeap menerusi Harian Metro:-

Jika tiada halangan, Insya Allah saya akan mengucap kalimah syahadah pada Ramadhan ini bersempena tarikh lahir saya pada Julai depan. Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya upaya mencari masa untuk membaca buku agama. Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas da ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam.

Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya.

Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi.

felixia yeap peluk islam

Selepas memeluk Islam kelak, apa yang tinggal untuk Felixia Yeap adalah seorang lelaki bergelar suami yang mampu membimbingnya dan mendalami agama Islam. Abang Nara yakin mampu memenuhi tanggungjawab itu sayangnya diri ini sudah tidak “available”. Jadi Abang Nara bagi can kat jejaka-jejaka lain di luar sana untuk membimbing Felixia Yeap. Hehehe. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.

P.S: Honda City baharu catat rekod jualan

Page 5 of 30« First...34567...102030...Last »