Written by AbangNara | April 30th, 2014

Lama tak bercerita mengenai Johan As’ari selepas percintaannya dengan Lana Nordin berakhir. Pelakon kacak ini dilihat lebih mendiamkan diri selepas kontroversi tersebut. Mungkin Johan lebih banyak muhasabah diri selepas sering gagal dalam percintaan. Iyerlah kalau dah banyak kali cinta berakhir di tengah jalan, kenalah buat “spot check” terhadap diri sendiri juga. Manalah tahu ada kekurangan dalam diri yang perlu dibaiki.

johan asa'ari

Buat anda yang meminati pelakon ini, Johan As’ari memaklumkan yang dirinya masih solo dan kini lebih matang dalam percintaan. Kata Johan menerusi portal GUA:-

Saya masih lagi solo dan belum mempunyai kekasih. Soal jodoh dan ketentuan, saya serahkan urusan tersebut pada Allah. Apa yang menjadi keutamaan saya, restu dari kedua ibu bapa. Itu amat bermakna.

Saya rasakan sekarang, ‘silence is golden’. Lepas apa yang saya lakukan, saya sedar diri. Saya minta maaf sekiranya saya ada buat salah dan silap. Saya telah mencuba sebaik mungkin untuk memperbetulkan khilaf yang saya lakukan. Alhamdulillah, kini semuanya semakin baik.

Tidak. Saya pernah keluarkan kata-kata, ‘tanpa cinta, mungkin saya bukan seorang manusia yang baik’. Itu bermaksud, cinta itu sendiri mematangkan saya. Semua perkara terjadi, jika tiada cinta, tiada rasa kasih dan sayang, rasanya perkara itu akan jadi macam tidak memuaskan. Saya lebih matang dalam menghargai cinta

johan

Bila Abang Nara baca kata-kata Johan, memang penuh madah sungguh. Power sungguh ayat yang dituturkan olehnya. Memang kalau anda seorang perempuan, boleh cair dibuatnya. Diharap kegagalan dalam percintaan yang lalu benar-benar memberi pengajaran buat Johan. Semoga kalau bertemu cinta selepas ini, ia adalah yang terakhir dan akan dihalalkan terus dengan ikatan perkahwinan. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | April 30th, 2014

Hebat. Awesome. Mantap. Akhirnya yang ditunggu-tunggu kembali jua. Setelah mendapat sambutan yang amat hangat ketika kali pertama dianjurkan pada November 2013, kini MYSALE kembali dengan promosi Flash Frenzy pada 4 hingga 6 Mei ini. Flash Frenzy yang merupakan salah satu acara jualan terbesar di Australasia sememangnya ditunggu-tunggu kerana diskaun sehingga 80% ditawarkan untuk setiap promosi yang akan dilancarkan setiap setengah jam. Terbaik kan?

mysale flash frenzy

Jadi kalau anda berniat untuk membeli barangan seperti pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, aksesori, produk kecantikan, patung, barangan rumah dan cenderamata (lebih daripada 8 kategori produk ada di MYSALE), simpan dulu duit anda dan tunggu Flash Frenzy daripada MYSALE ini. Namun anda harus pantas bertindak apabila promosi ini bermula kerana takut barangan akan habis dijual seperti pisang goreng panas. Ini kerana pada kali pertama promosi Flash Frenzy ini dianjurkan tahun lalu, satu item terjual setiap 2.2 saat. Ini bermakna setiap seminit lebih kurang 30 barangan terjual menjadikan Flash Frenzy sebagai acara jualan secara talian paling berjaya tahun lalu. Hebat kan?

mysale flash frenzy

Untuk tempoh 3 hari bermula 4 Mei sehingga 6 Mei, 10.5 juta ahli MYSALE akan berpeluang membeli pelbagai produk daripada 60 jenama tempatan dan antarabangsa. Antara jenama-jenama yang akan turut serta ialah Coach, Bonds, Revlon, Zara, Quiksilver, Havaianas, Pandora, Dermalogica, Rayban, Redken, Australian Leather Uggs, Luxor Linen, Fitflop, Desigual, Thomas Sabo, Charlie and Me dan banyak lagi. Kesemua produk ini akan dijual dengan diskaun yang pastinya mengujakan anda semua. Nasihat Abang Nara, bolehlah mula lawati laman web MYSALE untuk tengok-tengok dulu apa barangan yang anda ingin beli ketika Flash Frenzy kelak. Jangan sampai putih mata tak dapat beli sudahlah nanti. Hehehe.

mysale flash frenzy

Satu lagi tips dari Abang Nara untuk menjadi pembeli terawal ialah dengan memuat turun applikasi MYSALE di Google Play untuk smartphone Android anda dan juga di Apple Store untuk iPhone anda. Khas untuk pengguna applikasi MYSALE, promosi Flash Frenzy akan dimulakan awal sejam berbanding di laman web. Jadi anda lebih berpeluang untuk mendapatkan produk kegemaran berbanding pembeli-pembeli lain. Jangan risau untuk membuat pembelian menerusi applikasi MYSALE kerana ia terbukti selamat, berkesan dan pantas.

mysale flash frenzy

Jadi tunggu apa lagi? Kosongkan tarikh 4 Mei anda dan bersiap sedia dengan computer atau pun smartphone anda untuk merasai sendiri kehebatan dan kemeriahan Flash Frenzy dari MYSALE ini. Wife Abang Nara siap nak minta cuti untuk membeli-belah sempena promosi hebat ini. Katanya mana nak dapat diskaun sehingga 80% untuk produk-produk hebat ini. Korang pun apa lagi? Jangan lupa layari www.mysale.my untuk informasi lanjut.

Written by AbangNara | April 29th, 2014

Ya kali ini kita masih bercakap mengenai media sosial. Kali ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh Diana Danielle telah menjadi bahan perbualan hangat di kalangan para peminat sekaligus menimbulkan kontroversi. Gambar tersebut yang menunjukkan kemesraan antara dirinya dan suami, Farid Kamil menyebabkan banyak pihak rasa kurang senang. Gambar di bawah dimuat naik dengan caption “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p“. 

farid kamil dan diana danielle

Antara komen-komen yang diberikan oleh para pengikut akaun Instagram Diana Danielle ialah “kemesraan antara suami isteri tidak baik dipaparkan di khalayak ramai“, “walaupun dah halal, bukan untuk tontonan umum” dan komen-komen yang seumpama dengan itu. Namun ada juga yang menyokong Diana Danielle dengan melahirkan rasa “sweet” melihat kemesraan pasangan ini dan tak salah kerana mereka adalah suami isteri bukannya pakwe makwe.

farid kamil dan diana danielle

Diana Danielle bagaimanapun telah tampil memberi penjelasan dengan menjawab salah satu komen daripada seorang pengikutnya yang bernama Liza:-

Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them

farid kamil dan diana danielle

Abang Nara lihat gambar Diana Danielle dan Farid Kamil di atas agak romantis dan menunjukkan kebahagiaan mereka. Bab hukum tak tahulah apa sebab tak arif dalam hal ini. Yang pasti, Abang Nara gembira melihat mereka gembira di samping anak tercinta. Semoga kebahagiaan itu terus berkekalan buat selamanya.

Written by AbangNara | April 29th, 2014

Terkejut juga Abang Nara apabila membaca per”gaduh”an antara pelakon jelita, Nur Fazura dengan seorang wartawan hiburan sebuah suratkhabar tempatan di Twitter hari ini. Semuanya gara-gara artikel wartawan tersebut yang menampakkan seolah-olah Fazura cuba lari daripada ditanya mengenai isu “bercium di KLIA‘ ketika temuramah sempena pelancaran wangian produk terbaharu Lux.

fazura dan wartawan

Menariknya wartawan tersebut tidak mengambil langkah berdiam diri sebaliknya turut memberikan respons terhadap kata-kata Fazura.

fazura dan wartawan

Namun Abang Nara respek dengan Fazura yang telah pun memaafkan perbuatan wartawan tersebut. Walaupun kebanyakan peminat Fazura memohon Fazura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan tersebut, namun Fazura lebih senang untuk menamatkan isu ini dengan memberi kemaafan. Memang terbaik!!!
fazura dan wartawan

Sesungguhnya artis dan wartawan memerlukan antara satu sama lain. Gaduh panjang-panjang pun tak guna. Artis perlukan publisiti dan wartawan perlukan cerita mereka. Kalau ikut peribahasa, bak aur dengan tebing. Semoga ada pengajaran yang diambil daripada kontroversi ini.