Written by AbangNara | March 25th, 2014

Malam semalam, Perdana Menteri Malaysia, , Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membuat pengumuman mengenai insiden MH370.  Pesawat tersebut telah disahkan hilang di Lautan Hindi. Dengan pengumuman ini, seluruh dunia bersedih dan media sosial menjadi tempat perkongsian rasa terhadap apa yang telah berlaku.
mh370

Selebriti-selebriti tempatan juga mengambil peluang ini untuk berkongsi rasa sedih dengan berita tersebut. Kebanyakannya telah berkongsi gambar “hitam” menandakan kesedihan di akaun Instagram masing-masing. Kata-kata yang ditulis oleh selebriti-selebriti tempatan sangat memilukan hati. Antara yang telah berkongsi rasa ialah Nur Fazura, Siti Nurhaliza, Harith Iskandar dan ramai lagi.

mh370

mh370
mh370
mh370
mh370

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada semua penumpang dan krew pesawat MH370 yang beragama Islam. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Written by AbangNara | March 24th, 2014

Ya memang kasihan menjadi insan yang bernama Hanez Suraya di saat ini. Semua benda yang dilakukan pasti mendapat tentangan daripada orang ramai. Seperti yang pernah Abang Nara beritahu, sebelum ini ada pihak yang mengecam dan mengugut mahu melempar telur ketika teater Projek Kahwin yang melibatkan Hanez Suraya.

hanez suraya

Namun Hanez menerusi Utusan Malaysia semalam tidak menunjukkan rasa gentarnya terhadap ugutan tersebut. Kata Hanez:-

Saya tahu mengenai hal ini sejak selepas berlangsungnya sidang media mengenai penjelasan isu merampas suami orang tempoh hari. Ada pihak nak serang saya dengan telurlah, kasutlah, macam-macam yang saya dengar. Bagi saya, kalau nak baling, balinglah.

Tapi kena ingat, pihak Istana Budaya (IB) pun ada kawalan yang ketat. Kalau bercakap, gunalah akal. Jangan main cakap saja. Bukanlah saya minta hal itu berlaku tapi kita kena fikir.

hanez

Hanez juga memaklumkan yang walaupun ditimpa kontroversi ini, dirinya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Tambah Hanez lagi:-

Saya masih keluar. Tidaklah sampai mahu berkurung saja di rumah. Kalau tidak, susahlah nak buat kerja. Setakat ini Alhamdulillah, saya selamat dan tak ada apa-apa berlaku. Namun saya ambil langkah berhati-hati. Kalau keluar saya akan pastikan berteman. Romie juga berpesan agar saya tidak keluar berseorangan, demi keselamatan

Rasanya tak mungkin tragedi baling telur akan berlaku di Istana Budaya kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanez tak perlu risau. Cuma mungkin ketika keluar berjalan-jalan kena berhati-hati sedikit. Mana tahu ada pihak yang bengang sehingga mengambil keputusan memarahi Hanez di khalayak ramai.

Written by AbangNara | March 24th, 2014

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Terharu Abang Nara membaca luahan kata-kata Ammar Alfian di BiPop semalam. Siapa sangka, pelakon yang penuh kontroversi ini berazam untuk menjadi budak baik. Selama ini sememangnya imej “bad boy” sinonim dengan Ammar. Semoga azam Ammar kali ini akan menjadi kenyataan dan bukannya sekadar omong kosong.

ammar alfian

Kata Ammar Alfian:-

Apa yang terjadi selama ini membuktikan mungkin yang kita rasakan OK tidak semestinya OK pada mata orang. Lumrah dalam hidup, bukan semua sukakan kita dan berusaha mencari kesilapan demi kesilapan. Saya bukan manusia sempurna dan saya ada niat untuk berubah.

Menjadi figura awam, saya kian sedar satu persatu cerita lama akan diselongkar, selain setiap gerak geri kita diperhatikan. Dulu saya sinonim dengan imej “bad boy” tetapi kini saya nak memulihkan semula reputasi untuk jadi “good boy” pula. Tapi perubahan itu saya tak lakukan secara drastik.

Saya tak mahu dianggap sekadar cakap tak serupa bikin. Tapi sebagai manusia saya layak untuk berubah. Saya mahu lebih fokus kepada kerjaya. Saya tak nafikan dulu saya memang kaki “clubbing” tetapi sekarang saya cuba kurangkan. Saya cuba kurangkan aktiviti sosial termasuk yang melabelkan saya sebagai kaki perempuan.

ammar

Baguslah ada niat untuk berubah. Kalau dulu memang penuh dengan kontroversi, kali ini kurangkanlah. Tumpukan pada lakonan. Kalau setakat popular kerana kontroversi tak guna juga kan? Kepada Ammar, berusahalah. Yang penting, jangan pedulikan kata-kata orang. Yang nak berubah adalah kita. Tak gitu?

Written by AbangNara | March 24th, 2014

Amboi kenapa la sweet sangat pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini? Boleh menimbulkan rasa cemburu (ok gurau jer). Seronok sungguh melihat aksi romantis dan bersahaja mereka berdua ketika bercuti/berbulan madu ke United Kingdom baru-baru ini. Banyak sungguh tempat yang mereka berdua sempat lawati.

scha dan awal

Walaupun sedang hamil, Scha nampak masih aktif dan bersemangat menemani suaminya berjalan-jalan.  Orang kata banyak berjalan nanti senang ketika nak beranak. Abang Nara tengok raut muka Scha nampak gaya anak yang dikandung seperti berjantinakan perempuan. Sama-samalah kita nantikan kelak.

scha dan awal

Semoga percutian merangkap bulan madu ini mengeratkan lagi hubungan Awal dan Scha. Seronok Abang Nara melihat keceriaan mereka berdua. Semoga kekal “sweet” sepanjang masa. Lepas ini bolehlah mula cari barang baby. Abang Nara berani jamin keseronokan ketika melakukan pencarian. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Selfie dengan sellotape kini jadi trend