Written by AbangNara | February 25th, 2014

Sehebat mana pun seorang lelaki, kalau dia menyerang seorang wanita, lebih-lebih lagi yang sedang hamil, maka dia bukanlah seorang lelaki sejati. Abang Nara tak percaya Sharnaaz Ahmad sanggup melakukan perkara sedemikian. Walaupun sebelum ini Sharnaaz sering digambarkan sebagai lelaki garang dan panas baran, namun Abang Nara pasti Sharnaaz tahu menghormati seorang wanita.

sharnaaz dan nisdawati

Semalam kecoh di dada akhbar mengenai dakwaan Nisdawati yang dirinya diserang oleh Sharnaaz Ahmad di lokasi penggambaran sebuah drama. Memang ramai yang bersimpati terhadap Nisdawati lebih-lebih lagi pelakon wanita itu sedang hamil. Namun menerusi portal Murai, Sharnaaz memaklumkan dia tidak akan melakukan perkara sebegitu kepada seorang wanita. Kata Sharnaaz:-

Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita. Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.

Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu. Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada. Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar

lisdawati

Sementara itu menerusi Harian Metro hari ini, pihak polis berkata yang mereka tidak akan melakukan siasatan terhadap laporan polis yang telah dilakukan. Menurut pihak polis, perkara ini adalah salah faham dan bukannya ugutan. Nampak gayanya jalan penyelesaian hanya akan ada sekiranya pihak terbabit bertemu muka untuk berbincang. Gaduh lama-lama pun tak guna, lebih baik cuba untuk mencari jalan keluar daripada kontroversi ini. Tak gitu?
eleganP.S: Tercari-cari foundation terbaik untuk wajah anda? Apa kata cuba Naturactor Cover Face yang sesuai untuk semua jenis kulit, tidak berminyak dan tahan lama. Ia adalah 100% original dan diimport dari Meiko Jepun. Sekali guna, pasti wajah anda berseri-seri bak puteri. Informasi lanjut layari Facebook Naturactor atau boleh follow Instagram Elegance Cosmetics atau hubungi segera Zunita di talian 0133986129.

Written by AbangNara | February 25th, 2014

Ya kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, pastinya anda tahu berita mengenai kekasih Hanez Suraya yang sedang bertebaran dengan begitu pantas sekali. Khabarnya kekasih yang bakal dikahwini itu adalah suami orang yang mempunyai 2 orang anak. Memang terkejut beruk Abang Nara apabila membaca dakwaan tersebut. Takkanlah Hanez kejam sangat sehingga mahu menghancurkan rumahtangga orang lain.

hanez suraya

Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya mendakwa dirinya difitnah oleh bekas isteri kekasihnya itu. Kata Hanez:-

Sebenarnya lelaki itu adalah seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan bukan suami orang seperti yang didakwa. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-macam selepas saya mendedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?

Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang.

hanez suraya
Khamis ini, Hanez Suraya akan membuat satu sidang media untuk menerangkan kontroversi ini. Hanez berharap dengan penjelasan itu kelak, masyarakat akan mengetahui cerita sebenar. Abang Nara pun tak sabar nak tahu siapa yang betul. Sama-sama kita nantikan.

P.S: Kompilasi aksi hero dalam dunia sebenar

Written by AbangNara | February 25th, 2014

Rancangan Dapur Panas kendaliannya telah pun dikritik oleh Chef Wan baru-baru ini. Namun Nik Michael memberitahu Berita Harian yang dia tidak terasa hati sedikit puntedengan teguran daripada Chef Wan. Malah, Nik cuba melihat teguran tersebut daripada sudut positif. Respek Abang Nara dengan Nik Michael. Tak cepat melatah dan tenang menghadapi situasi sebegini.
nik michaelKata Nik Michael:-

Kalau kita lihat berdasarkan komennya itu, ia lebih menjurus kepada soal produksi. Tegurannya membabitkan soal set dan kualiti program. Apa yang boleh saya katakan, program Dapur Panas bukan seperti rancangan masakan biasa. Konsepnya sangat berbeza apabila saya perlu memasak untuk sesuatu kerjaya. Kebetulan waktu itu ia membabitkan kerjaya perancang perkahwinan. Sebab itulah ada pelamin di set terbabit.

Kita kena sedar penonton sekarang bukan seperti dulu. Rancangan memasak bukan saja ditonton golongan suri rumah, sebaliknya diikuti pelbagai generasi termasuk golongan muda. Jadi program memasak kena melalui perubahan kandungan, seperti menyelitkan unsur travelog dan bukannya sekadar memperkenalkan bahan masakan semata-mata

nik michaelAbang Nara setuju dengan kata-kata Nik Michael itu. Salah satu program masakan kegemaran Abang Nara ialah “East Bites West” yang dikendalikan oleh Chef Wan. Seronok lihat Chef Wan bertarung dengan chef-chef lain sambil menaiki caravannya. Mungkin lepas ini Nik Michael boleh cuba buat program yang seumpama ini tetapi di Malaysia. Mesti menarik sangat-sangat.

Written by AbangNara | February 24th, 2014

Perghhhhh~~~ Memang jiwang dan romantis tahap gaban kata-kata yang diluahkan oleh Rozita Che Wan bersempena dengan hari lahir suaminya, Zain Saidin. Memang confirm cair punya. Kata-kata yang ditulis menerusi akaun Instagramnya menzahirkan rasa bertuah dirinya mendapat seorang suami seperti Zain. Abang Nara pasti Zain Saidin terharu dan tersentuh dengan kata-kata cinta daripada isterinya ini.

zain saidin

Memasuki umur 30 tahun, Zain Saidin membuatkan Rozita Che Wan terasa seperti seorang remaja kembali selepas perkahwinan mereka. Tulis Che Ta:-

Whenever i think of how lucky i am to have a handsome,charming,loveable,cute and hot guy like you as my husband,i feel like a teenager again..could any girl ask for more? Im going to make sure that u have the widest and happiest birthday ever! Happy Birthday my love.

Di dalam sebuah gambar lain, Rozita Che Wan juga turut berjanji akan mencintai suaminya itu sehingga akhir hayatnya. Tulis Che Ta lagi:-

Happy Birthday sayang..im so proud being ur wife..will love u till i die.

zain saidin

Romantik kan? Abang Nara pun nak cuba jadi seromantis mereka apabila hari jadi wife yang tercinta kelak. Sikap romantik sebegini sememangnya harus dicontohi untuk memastikan perkahwinan yang dibina sentiasa hangat. Lagi beberapa gambar sekitar sambutan hari jadi Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Pasangan ditemukan semula di ambang kematian

 
Page 7 of 29« First...56789...20...Last »