Written by AbangNara | February 28th, 2014

Akan berangkat menunaikan umrah, Lisdawati sempat memberi jawapan kepada sebuah video Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mempunyai bukti mengenai apa yang telah terjadi. Video Sharnaaz ini telah pun dimuatnaik menerusi laman YouTube Harian Metro baru-baru ini. Menariknya Lisdawati juga menggunakan saluran yang sama untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharnaaz.
sharnaaz dan lisadawBerikut ialah video Sharnaaz menunjukkan bukti baru-baru ini.


Dan ini antara sari penting kata-kata Lisdawati di dalam video terbarunya:-

Ok saya sebenarnya taknak merumitkan lagi keadaan. Maca inilah, lagi banyak statement keluar nanti, lagi macam-macam tohmahan yang datang. Yang kena jugak, saya sekeluarga

Orang kat luar suka jadi hakim. Okay. Macam inilah. Dia menunjukkan keberaniannya untuk minta maaf kepada saya. Di sini pun saya masih tertanya-tanya apa salah saya. Dia cuma mengemukakan pendapat dia.

Ok di sini kalau anda rasa saya bersalah, ok sekarang juga saya berani katakan saya minta maaf. Di dalam video itu, terlalu banyak penipuan. Tolong jelaskan kepada saya dan saya nak anda bersihkan nama saya selepas saya balik dari umrah.

Awak kata nak saman saya semaksimum mungkin, jangan sampai benda itu berbalik balik pada anda.

Sila tonton video di bawah untuk temubual penuh antara Harian Metro dan Lisdawati:-

Apa pun, diharap kemelut yang melanda Lisdawati dan Sharnaaz ini tidak menjejaskan tumpuan Lisdawati untuk menunaikan umrah. Sampai di sana kelak, jangan fikir hal-hal ini. Tumpukan kepada perkara ibadah sepenuhnya. Balik nanti fikirkanlah semula. Mana tahu dapat ilham untuk menyelesaikan perkara ini apabila berada di sana kelak.
edz
P.S: SABTU 1 March. Opening SALE sempena pembukaan butik baru EDZ di Wangsa Melawati KL. RM50 cash vouchers untuk 50 pelanggan pertama. Diskaun sehingga 70%. Hampir kesemua design baju ada diskaun! Tel: 03-40119476 Lokasi: http://www.edz.com.my/index.php/edz-wangsa-melawati

Written by AbangNara | February 28th, 2014

Alhamdulillah. Abang Nara suka dengan usaha Sharol Shiro ingin menjernihkan hubungannya yang telah keruh dengan Jep Sepahtu. Kemelut yang melanda mereka berdua ini bermula sejak MLM2013 yang lalu dan sehingga ke hari ini masih belum ada penyelesaian. Namun kalau sudah ada niat untuk berbaik semula pun dah kira cukup baik bagi pandangan Abang Nara.

sharol shiro

Melalui penjelasan Sharol di Harian Metro hari ini, cara kerja mereka berdua yang berbeza menyebabkan berlakunya perang dingin ini sedangkan hubungan mereka sebelum ini agak rapat. Terang Sharol:-

Sebenarnya isu saya dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar besarkan oleh sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.

Bagaimanapun penyertaan dalam MLM mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu.

Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari situlah tercetus isu perang dingin. Segelintir peminat turut terpengaruh. Apa pun saya taknak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin.

sharolMenariknya Sharol dan Jep rupanya telah mengenali antara satu sama lain sejak ujibakat Raja Lawak musim ke 3. Ketika itu Sharol gagal manakala Jep berjaya. Kata Sharol lagi:-

Buat masa ini Jep memang enggan jumpa saya, tapi saya akan tetap berusaha untuk bertemunya. Di pihak saya memang bersedia kalau ada salah. Bayangkan saya kenal dia sejak uji bakat RL3 dan sayangkan hubungan ini.

Kami sama-sama cuba nasib tapi saya gagal. Apabila Sepah bertanding, saya adalah penyokong kuat mereka. Jadi saya memang mengharapkan segala-galanya pulih seperti sediakala dan berharap Jep positif untuk menyelesaikan perbalahan ini.

Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan. Lagipun Jep dan Sharol kedua-duanya sedang mencipta nama dalam dunia lawak tempatan. Tak cantik dan tak moleklah kalau bergaduh sebegini. Abang Nara rasa kalau mereka berdua bergabung untuk satu program mesti akan meletup punya. Dua-dua pun otak lawak tahap tertinggi. Mesti menarik kan? Harap-harap ada pihak yang sudi menggabungkan mereka satu hari nanti.

P.S: Pembunuh ditangkap hasil bantuan burung kakak tua

Written by AbangNara | February 28th, 2014

Cepat sungguh masa berlalu. Dalam diam sudah 4 bulan Scha Al Yahya hamil. Masih teringat lagi Abang Nara betapa gembiranya para peminat Scha ketika Awal Ashaari mengumumkan berita kehamilan isterinya. Kini sudah tamat trimester pertama. Orang tua kata-kata fasa bahaya sudah berjaya ditempuhi. Insya Allah semuanya akan selamat.

baby bump scha

Sedikit sebanyak memang sudah kelihatan “baby bump” di perut Scha Al Yahya. Tak sabar rasanya nak melihat kandungan pelakon ini makin membesar. Wajah Scha juga sejak kebelakangan ini memang lebih berseri-seri berbanding biasa. Makin terserlah ciri-ciri keibuan. Semoga semuanya berjalan lancar buat Scha sehingga hari kelahiran kelak.

baby bump scha

Lagi beberapa gambar Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
kznabihahP.S: Wow. Cantik-cantik jubah muslimah yang ditawarkan di KZNabihah ini. Abang Nara suka bentuk bunga di bahagian bawahnya. Kesemua jenis saiz ada. Tak kiralah anda berbadan kecil atau besar. Harganya pun sangat berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Tak percaya? Layari www.kznabihah.com sekarang untuk lihat dengan mata anda sendiri.

 
Written by AbangNara | February 28th, 2014

Bertemu dengan Hidayah Hassan kira-kira satu tahun lalu membuka mata Abang Nara. Tak sangka di sebalik usia mudanya rupa-rupanya Hidayah adalah pemilik jenama kasut yang sedang meningkat naik iaitu Cipela. Orangnya sangat baik, peramah dan paling penting, berwawasan untuk melihat jenama Cipela terbang tinggi dengan jenama-jenama kasut yang lain.

cipela

Wife Abang Nara yang turut sama bertemu dengan Hidayah melahirkan rasa kekagumannya dengan rekabentuk dan mutu kasut-kasut yang dihasilkan oleh usahawan muda ini. Memang terasa keunikannya. Kini selepas setahun pertemuan kami, Hidayah mengorak satu langkah lagi ke hadapan dengan pembukaan kedai HiDY yang bakal dirasmikan esok, 1 Mac 2014 (Sabtu).

hidy story

Khas buat pembaca BeautifulNara, Hidayah telah bermurah hati untuk memberikan beberapa hadiah misteri buat anda semua. Ada beberapa cara untuk memenanginya. Antaranya:-

1. 3 pembaca BeautifulNara yang terpantas menghantar email ke [email protected] dengan kod “naracolourfulandchic” akan memenangi hadiah misteri daripada HiDY store. Tak perlu buat apa-apa just hantar je email sekarang!!!

2. 3 pembaca BeautifulNara yang hadir ke majlis perasmian HiDY store esok dan berjumpa dengan Abang Nara pada jam 12 tengah hari, akan mendapat hadiah misteri. Mungkin dapat kasut CIPELA, mungkin dapat HiDY tunic dan macam-macam lagilah. Korang cuma perlu ambil gambar dengan Abang Nara dan upload di Instagram dengan hashtag #hidystore dan tag @hidycollection @cipelashoes, Senang je kan?

3. Dan untuk 10 lagi pembaca BeautifulNara yang datang ke HiDY store pada 1 atau 2 Mac ini, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri. Cuma perlu hantar email ke [email protected] untuk mendapatkan kod yang perlu ditunjukkan apabila anda hadir ke sana. Senang sangat. Hantar email sekarang so Abang Nara boleh bagi terus kat korang kodnya.

cipela

Abang Nara berani jamin korang akan berpuas hati dan gembira dengan pilihan kasut, pakaian dan fesyen yang bakal dijual di HiDY store esok. Dengar cerita ada diskaun sehingga 70%. Tunggu apa lagi? Jom lah ke sana beramai-ramai. Abang Nara pun akan ada di sana esok. Kita jumpa di sana ye. Nanti mana tahu Abang Nara boleh pujuk Hidayah untuk bagi hadiah misteri lagi kat korang. See you guys!!!

P.S: Kalau korang datang silalah guna [email protected] @cipelashoes dan guna hashtag #hidystore, #hidycollection, #cipelashoes di laman sosial korang untuk memeriahkan lagi suasana.

 

Page 1 of 291234567...Last »