Written by AbangNara | September 25th, 2013

Apabila mengetahui Sherry Ibrahim mempunyai kekasih yang berasal dari Mauritius, Abang Nara dengan segera membuat carian untuk mengetahui serba sedikit tentang negara tersebut. Rupa-rupanya Mauritius adalah sebuah pulau yang terletak di benua Afrika. Bahasa rasmi Mauritius ialah English dan Perancis. Mungkin Sherry Ibrahim jatuh cinta apabila mendengar kata-kata pujangga versi Perancis daripada teman lelakinya itu.

sherry ibrahim

Sudah memasuki umur 30 tahun, Sherry mengakui yang dia sudah berbincang dengan kekasihnya mengenai perkahwinan. Namun sayangnya kerana ingin memberikan tumpuan pada kerjaya masing-masing, mereka berdua masih belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Kata Sherry:-

Kami ada berbincang pasal kahwin, tapi dia belum lagi bercadang untuk melamar saya dalam tempoh terdekat ini. Saya pula tidak mahu memberi tekanan kepadanya kerana lelaki memang tidak suka bila mereka didesak dalam soal kahwin.

Apa yang penting, kami bahagia sekarang dan saling menghormati antara satu sama lain. Kami juga ingin fokus pada karier masing-masing terlebih dulu kerana saya percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Tuhan. Saya pasrah kepadaNya.

Setakat ini, ibu bapa kami sudah tahu dengan hubungan ini dan tidak menghalang dengan siapa saya ingin berkawan. Apa yang penting, mereka ingin lihat saya bahagia. Sepanjang tempoh lebih setahun kami menjalinkan hubungan, semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin jika jodoh kami sudah sampai.

sherry ibrahim

Umur 30 untuk wanita Melayu memang sudah agak lambat jika tidak berkahwin lagi. Namun oleh kerana kekasihnya orang asing, maka Sherry belum boleh dikategorikan sebagai anak dara tua. Mungkin kalau ada yang kenal dengan kekasih Sherry, boleh tolong alihbahasakan dan hantarkan kata-kata Sherry di atas kepadanya. Barulah dia tahu yang Sherry dah bersedia untuk kahwin bila-bila masa sahaja.
sherryP.S: Gila betul BestBuyWorld Malaysia ini. Dahlah macam-macam jenis barangan ada (alat solek, minyak wangi, dompet, skincare), kesemuanya pula dijual dengan harga MURAH sangat-sangat. Tak percaya? LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk mempercayainya.

Written by AbangNara | September 25th, 2013

Ok ini adalah satu berita yang sangat mengejutkan. Dalam diam, rupa-rupanya Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah menyambung kembali percintaan mereka yang terputus di tengah jalan. Malah, Fizz Fairuz telah membuat pengakuan bahawa mereka berdua bakal berkahwin pada tahun hadapan.
fizz fairuz
Nampaknya dugaan, ujian dan kontroversi yang melanda perhubungan mereka selama ini tidak dapat memadamkan bara cinta di dalam hati masing-masing. Inilah namanya jodoh. Bergaduh besar mana pun, kalau dah tertulis, memang kahwinlah juga. Kata Fizz Fairuz:-

Kami dah bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, Insya Allah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin.

Tapi sebelum tu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah. Insya Allah saya rancang nak kahwin tahun depan,

fizz fairuz

Diharap kali ini Fizz Fairuz benar-benar serius dan tidak lagi mempermainkan hati Almy Nadia. Sama-samalah kita doakan agar perancangan untuk berkahwin akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Buat Almy dan Fizz, tahniah Abang Nara ucapkan.

P.S: Nissan Grand Livina 2013 dilancarkan, harga bermula RM86,880

Written by serenity | September 25th, 2013

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah semalam meluluskan bantahan awal bapa aktres terhadap permohonan harta sepencarian yang dikemukakan oleh Wan Nor Azlin bagi pihak ibunya yang telah meninggal dunia.

Menurut Hakim, Mohamed Fouzi Mokhtar dalam keputusannya, tuntutan Wan Norazlin Wan Mohd Hussin tidak munasabah dan wanita itu tiada hak di sisi undang-undang, serta mahkamah juga memerintahkan kes yang difailkan sebelum ini dibatalkan serta kos guaman ditanggung oleh Wan Norazlin.
Wan Nor Azlin, 45, diwakili peguamnya, Mahyuddin Md Zahari, sebelum ini memfailkan injunksi terhadap bapanya, Wan Mohd Husin Wan Ibrahim, 76, daripada menjual sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Wan Mohd Hussin berkata bersyukur dengan keputusan mahkamah:-

Saya tiada duit. Sejak jual rumah saya hidup merata-rata.

Sebelum ini, Wan Mohd Hussin memberitahu dia tinggal di rumah itu dengan isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia pada tahun 2008, di mana dia mengajak anak perempuannya itu yang bertatus ibu tiga anak tinggal bersama.

Sepanjang tinggal di rumah tersebut Wan Nor Azlin tidak pernah membayar sebarang bil atau sewa bulanan.

Pada pertengahan 2011, Wan Mohd Hussin memberitahu anaknya dia ingin menjual rumah tersebut dan rumah perlu dikosongkan untuk memudahkan proses pindah milik.

Bagaimanapun, Wan Nor Azlin dikatakan gagal berpindah keluar dan mendakwa dia memiliki kepentingan terhadap rumah itu kerana memasang kabinet dapur dan almari pakaian.

Dakwanya, Wan Nor Azlin juga memusnahkan iklan mengenai jualan rumah tersebut dan mengganggu pembeli berpotensi yang datang untuk melihat rumah tersebut untuk menghalang sebarang proses jualan.

Selain itu, Wan Nor Azlin turut mendapatkan kaveat persendirian bagi menghalang jualan rumah, bagaimanapun kaveat itu diketepikan oleh mahkamah. Selepas itu, transaksi jualan berlaku antara Wan Mohd Hussin dengan seorang pembeli.

Bagaimanapun, wang jualan rumah tersebut disekat oleh bank kerana terdapat kaveat kedua dari Wan Nor Azlin terhadap rumah itu, menyebabkan bapanya terpaksa ‘hidup merata’ selepas itu kerana menghadapi masalah kewangan.

Ditemui selepas itu, Wan Nor Azlin berkata akan mempertimbangkan membuat rayuan dan berkata:-

Saya mahu duit saya kembali. Itu sahaja.

Kredit info Sinar Harian.


Teater Muzikal ‘Bah Tilot’ bakal menemui penonton pada 28 dan 29 September 2013 (Sabtu dan Ahad) di Auditorium D’sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan. Tiket hanya berharga RM 10. Untuk maklumat lanjut, hubungi Rosmawati di 012-688 5537 atau Noreddy di 017- 302 1984. Layari http://www.jkkn.gov.my

Written by AbangNara | September 25th, 2013

Berkahwin dengan ibu tunggal anak dua sedikit sebanyak akan mengundang persepsi negatif daripada orang ramai. Namun buat Adam AF yang bakal bernikah dengan Fiza Elite esok, status bakal isterinya itu tidak langsung menggugat perancangannya. Lebih menarik, Adam telah melamar Fiza pada pertemuan mereka yang kedua. Macho kan?

adam af

Agak menarik juga membaca kisah percintaan Adam AF dan Fiza Elite yang ditulis menerusi Berita Harian ini. Memang inilah yang dikatakan kalau jodoh tidak ke mana. Kata Adam:-

Sebelum berjumpa secara rasmi buat julung kali, kami kerap berbalas mesej. Kami juga pernah bertemu di beberapa majlis, tetapi setakat menyapa begitu sahaja.

Satu hari, apabila ternampak gambar profil Fiza bertudung, saya terdetik bertanya sama ada dia berhijah kerana lakonan atau memang sudah berhijrah? Apabila mengetahui itulah imej terbarunya, saya terus mengajaknya keluar. Manalah tahu, jika kami boleh berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah.

Tak sangka pula undangan saya disambut Fiza. Kami bertemu kali pertama di sebuah restoran di Kota Damansara selepas solat Tarawih. Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi saya menganggap itu petunjuk dari Allah.

fiza elite

Tak dinafikan wajah Fiza Elite tampak lebih manis, ayu dan sedap mata memandang apabila bertudung. Memang boleh bikin hati lelaki cair. Keputusan untuk berkahwin cepat adalah untuk mengelakkan maksiat. Kata Adam lagi:-

Tak sedaplah asyik berjumpa tetapi tiada sebarang ikatan sah. Daripada menjadi bahan cacian orang, lebih baik kami bernikah dan ia akan lebih memudahkan pergerakan.

Saya mengaku keputusan untuk berkahwin diambil terlalu cepat. Keluarga, terutama ibu pada mulanya terkejut juga dengan keputusan yang dibuat dan agak keberatan untuk menerimanya.

Namun selepas membawa Fiza bertemu ibu pada Syawal lalu, hati ibu berubah. Kelembutan dan sikap Fiza yang pandai mengambil hati keluarga mengubah pendiriannya.

Malah mereka juga tidak kisah dengan statusnya sebagai ibu tunggal. Bagi saya sendiri, yang penting adalah hati budinya.

Semoga segala yang dirancangkan akan berjalan lancar buat Adam AF dan Fiza Elite. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Semoga perkahwinan yang bakal dijalankan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tahniah buat anda berdua.

P.S: Nissan GT-R baru mungkin akan dihibridkan

Page 5 of 31« First...34567...102030...Last »