Written by AbangNara | September 20th, 2013

Semalam Abang Nara telah kongsikan gambar-gambar mesra Ashraf Muslim dan Dayana bercuti di Sabah, hari ini ada seorang pembaca yang telah menghantar gambar mereka berdua yang menghabiskan masa bersama di Genting Highland sekitar penghujung Ogos.
ashraf dan dayanaNampaknya selepas berkahwin dua, makin mesra ikatan yang telah terjalin di antara Dayana dan suaminya. Bagus betul Ashraf Muslim ini. Sepatutnya apa yang dilakukan oleh Ashraf dijadikan contoh untuk mereka yang telah berkahwin lebih daripada satu atau berniat untuk tambah cawangan. Jangan dapat yang muda yang tua terus dilupakan.

ashraf dan dayana

Semoga Ashraf akan terus berlaku adil kepada kedua-dua isterinya. Benarlah setiap kejadian ada hikmahnya. Marilah kita doakan agar kebahagiaan mereka terus berkekalan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

aircond murah

P.S: Seronok Asyraf Muslim ni bercuti tempat sejuk pulak kan? Anda nak sejuk dirumah pon boleh dengan memasang aircond dari AMM ni. Memang harga terbaik dan termurah di Malaysia. Tukang pasang pun pakar dan profesional. LIKE Facebook Aircond Murah Malaysia untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan.

 
Written by AbangNara | September 20th, 2013

Sebenarnya, jadi Diana Danielle ini memang sukar. Apa sahaja yang dilakukan, menjadi bualan ramai. Tunjuk gambar mengandung pun orang pertikai, beranak pun kena selidik, kahwin dengan Farid Kamil pun orang persoalkan. Malah ketika Diana Danielle menyambung pengajian di Australia, ramai yang menganggap sebenarnya Diana Danielle pergi untuk menyembunyikan diri dan bukannya belajar di sana.

diana danielle

Sepupu Abang Nara merupakan salah seorang pelajar di sana dan dia sendiri memaklumkan yang memang Diana Danielle ini pergi untuk belajar. Malah kemesraan dan kebaikan hati Diana Danielle menjadi topik perbualan antara pelajar-pelajar di sana. Semuanya kagum dengan Diana Danielle yang begitu merendah diri. Malah kalau Farid Kamil datang melawat, dia pun turut sama bergaul dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

diana danielle

Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Diana Danielle telah berkongsi gambar kad pelajarnya ketika berada di Australia. Sekali pandang nampak macam budak form 4 pulak. Hehehe.

diana danielle

Bagi Abang Nara, bukan semua orang suka berkongsi gambar-gambar, status-status aktiviti seharian yang dijalani mereka. Diana Danielle ini masuk dalam kategori tersebut. Jadi bila jarang berkongsi gambar-gambar terkini, orang mula serkap jarang dan buat andaian sendiri. Bukannya salah Diana Danielle kerana memang dah sifatnya sebegitu. Jadi semoga dengan perkongsian gambar kad pelajar di atas, segala persoalan anda telah terjawab.

Written by AbangNara | September 20th, 2013

Menghilangkan diri selama satu tahun nampaknya telah menimbulkan beberapa persoalan orang ramai terhadap Jue Aziz. Tambahan pula apabila Jue Aziz muncul dengan seorang bayi. Ramai yang menganggap Jue menghilangkan diri kerana mengandung. Namun sebenarnya, bayi yang sering dilihat bersama Jue itu adalah anak angkatnya, bukan anak kandung.
jue aziz dan anak
Malah Jue Aziz turut mengakui yang dia menyusukan bayi tersebut. Senanglah bila anak angkatnya dah besar nanti. Keputusan untuk mengambil anak angkat ini kerana Jue masih belum menemui jodohnya. Kata Jue kepada Berita Harian:-

Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?

Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat

jue aziz dan anak
Hmmm. Mana tahu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Jue Aziz ini, akan ada hati lelaki yang terbuka untuk masuk meminang dirinya. Memang terserlah sisi penyayang Jue ketika bersama anak angkatnya ini. Jue juga turut kecewa apabila keikhlasannya untuk membesarkan anak angkat dipertikai orang ramai.

Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat, macam-macam cerita orang buat. Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan.

Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran

jue aziz dan anak

Pedulikanlah kata-kata orang. Bukan semua orang faham dengan pengorbanan yang kita lakukan. Yang penting, Jue bahagia dengan anak angkat tercinta. Mulut manusia memang tidak boleh ditutup. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Jue cepat-cepat bertemu jodoh. Jaga anak berdua dengan suami tentu lebih seronok. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ferdinand Porshe, Tony Start di alam nyata

 
Written by serenity | September 19th, 2013

Di saat peminat dunia hiburan tanah air memberi reaksi kepada Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang memuat naik ubat di Instagram yang memberi bayangan beliau sudah mengandung setelah melangsungkan perkahwinan di Thailand dengan Asyraf Muslim, selebriti itu dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman, 26, sedang seronok-seronok berbulan madu di Pom Pom Island, Sabah.



Walaupun ramai yang bersimpati dengan Dayana, mungkin sebenarnya dia telah pun reda dengan pilihan yang dibuat oleh suaminya untuk berkahwin dengan Wan Sakinah. Ceria nampaknya wajah Dayana yang menggambarkan kegembiraannya bercuti dengan suami tersayang.

Menurut status Dayana di Facebook:-

Alhamdulillah..tq Allah for the rezeki n time given for us spending our time together..
Subhanallah..d underwater live is so amazing..learning new experiences throughout d journey..

Back to reality..face every dugaan dgn tabah n sabar..Allah is alwaiz there..He knows the best..insyaAllah.

Our never ending honeymoon trip.

Diharap situasi ini akan berkekalan buat Dayana yang sebelum ini dikatakan pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan setelah mengetahui suaminya ingin berkahwin dua. Oleh sebab bulan madu berkekalan, manalah tahu lepas ni rezeki Dayana pula untuk mendapat cahaya mata kan?

Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Tarian Zapin tradisional yang disuntik elemen Wayang Kulit Kelantan telah dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk program Inspitari tahun lepas.

Apakah bentuk tari yang akan dipersembahkan oleh mereka untuk Inspitari 2013? Inspitari 2013 bakal berlangsung di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Like Facebook kami untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan pas masuk terhad percuma!

 
Page 10 of 31« First...89101112...2030...Last »