Written by AbangNara | August 27th, 2013

Muflis adalah satu perkara yang sangat ditakuti oleh manusia. Namun sejak kebelakangan ini, memang ramai yang diistiharkan muflis kerana gagal mengawal belanja dan tidak membayar pinjaman. Salah seorang daripada mereka ialah penyanyi kumpulan Mojo, Aweera.
aweera muflisMemang kesian sebenarnya tetapi Aweera sekarang dalam proses perbincangan dengan pihak bank untuk menyelesaikan isu ini. Kata Aweera kepada MalaysianDigest.

Saya tak mahu libatkan peribadi dalam karier saya. Perkara itu (muflis) masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi saya tak boleh nak komen lebih sebab saya sedang cuba berbincang dengan pihak bank. Saya buat pinjaman tersebut sewaktu umur saya 19 tahun dan ketika itu saya bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Sains Malaysia Perlis (UniMAP). Untuk apa pinjaman tu? Saya tak boleh beritahu sebab ia terlalu peribadi.

Semoga perbincangan Aweera dengan pihak terbabit akan membuahkan hasil. Lagi cepat keluar daripada senarai muflis, lebih bagus. Semoga perkara ini akan menjadi pengajaran kepada Aweera dan kepada kita semua. Jangan buat main-main hal sebegini.

P.S: Volvo sasar jualan 400 unit V40 setahun

Written by AbangNara | August 27th, 2013

Untunglah bakal isteri Syamsul Yusof. Sudahlah mendapat lelaki kacak, kaya pula tue. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah identiti si wanita yang berjaya mencuri hati pengarah hebat ini. Yang penting, Syamsul sudah menyatakan kesediaannya untuk berkahwin selepas tayangan filem KL Gangster 2.

syamsul yusof

Kata Syamsul Yusof kepada Mstar Online:-

Saya sudah bersedia untuk berumah tangga kerana usia pun semakin meningkat. Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya dan ia hanya satu perancangan.

Tentang calon biar saya simpan untuk diri sendiri dahulu dan saya sendiri akan umumkan kepada semua sekiranya ia benar-benar terjadi.

Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya

puteri sarah

Syamsul Yusof sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelajar jurusan kedoktoran. Namun begitu, baru-baru ini dirinya dikaitkan pula dengan bekas kekasih Ammar Alfian, Puteri Sarah Liyana. Tak kisahlah mana satu asalkan bakal isteri Syamsul dapat membahagiakan hidupnya. Itu sudah cukup. Tak gitu?

P.S: Jualan kereta di Malaysia meningkat untuk bulan Julai

Written by AbangNara | August 27th, 2013

Fuh ~ Dalam banyak-banyak kontroversi, kontroversi yang berkaitan dengan agama memang paling bahaya. Terbaru, di dalam sebuah gambar yang dikongsinya, peminat Jehan Miskin mendakwa pelakon itu memakai loket berbentuk salib. Hmmm…

jehan miskin loket salib

Menerusi Berita Harian hari ini, Jehan Miskin menerangkan mengenai kontroversi yang melanda dirinya. Kata Jehan:-

Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.

Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas

jehan miskinKalau tak silap Abang Nara, Jehan Miskin pernah memberitahu bahawa rantai yang dipakainya itu adalah lambang pengakap. Abang Nara masa sekolah dulu tak masuk pengakap jadi tak tahulah pulak. Tapi daripada apa yang Abang Nara Google, loket tersebut memang ada iras-iras logo pengakap. Kata Jehan lagi:-

Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. Saya pula hanya menjawab komen untuk membetulkan salah faham.

Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya.

Biasalah tue Jehan. Kadang-kala kalau dah bagi penerangan pun, orang memang taknak ambil peduli. Asalkan kita tahu kebenarannya, sudah cukup dah kot. Tak perlu nak bertelagah dengan orang lain. Buat hilang tenaga sahaja. Tak ke gitu?

P.S: 10 kereta termewah dan termahal dunia

Written by AbangNara | August 26th, 2013

Berita sedih untuk peminat-peminat rancangan Running Man. Kehadiran Seok Jin, Haha, Gary dan Kim Jong Kook ke Malaysia pada 7 September 2013 telah pun dibatalkan. Pastinya berita ini sangat mengecewakan lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah membeli tiket.

running man batal ke malaysiaTambah menyedihkan apabila kehadiran Running Man ke negara-negara lain akan diteruskan seperti biasa. Alasan yang diberikan untuk pembatalan ini ialah kerana penganjur tempatan. Pengumuman rasmi ini telah dilakukan menerusi laman Facebook.

running man batal ke malaysia

Diharap proses pengembalian wang untuk mereka yang membeli tiket akan berjalan dengan mudah. Kepada anda yang kecewa, mana tahu suatu hari nanti Running Man akan datang ke Malaysia bukan untuk sekadar fanmeet tetapi penggambarannya. Tak gitu?

P.S: Kia Soul 2014 di Pameran Motor Frankfurt