Written by AbangNara | April 25th, 2013

Abang Nara perhatikan, gelombang penghijrahan memakai tudung di kalangan selebriti wanita Malaysia lebih menjurus kepada artis-artis muda. Ini satu petanda yang sangat baik sebenarnya kerana ia bermakna golongan muda sekarang lebih peka terhadap tuntutan agama.

memey suhaiza bertudung

Terbaru, Memey Suhaiza telah pun mengambil keputusan untuk terus kekal bertudung. Memey berkata kepada portal GUA:-

Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung. Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga

memey suhaiza bertudung
Sudah tentu orang yang paling gembira dengan berita ini ialah suaminya sendiri, Norman. Kata Memey:-

Abang (Norman) sangat gembira dengan perubahan ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa

Tahniah buat Memey atas perubahan ini. Semoga selepas ini lebih dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan dalam hidup. Tahniah juga buat Norman atas kejayaan membimbing isteri anda. Secara jujur, memang Memey lebih comel bertudung daripada tidak bertudung. Tak gitu?

Written by AbangNara | April 25th, 2013

Fuh ~~ Confirm ramai jejaka di luar sana yang akan menangis mendengar berita ini. Fouziah Gous sudah pun berpunya dan bakal berkahwin tahun ini. Lapkan air mata yang jatuh berlinangan itu. Jangan kecewa. Doakan yang terbaik buat Fouziah Gous dan si jejaka yang berjaya mencuri hatinya ini.

kekasih fouziah gous

Gambar di atas telah dikongsikan di Instagram FouziahGous dengan caption “Our journey start here 20042013 bismillahirrahmanirrahim #deepdeepdeep“. Nampak gaya macam pergi kursus kahwin je kan? Kalau betul, Alhamdulillah. Itu satu langkah yang sangat penting untuk mendirikan masjid.

kekasih fouziah gous

Buat Fouziah dan si jejaka, semoga perancangan anda untuk bergelar suami isteri pada tahun ini akan menjadi kenyataan. Sama-samalah kita doakan. 4 lagi gambar Fouziah Gous dan teman lelakinya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Lorong motosikal yang sangat merbahaya di Federal Highway

 
Written by AbangNara | April 25th, 2013

Ramai yang jatuh cinta dengan kekacakan Zarul Umbrella selepas menonton persembahannya di ABPBH2012. Tidak dinafikan walaupun sudah berusia 40 tahun, Zarul sangat awet muda. Malah ada peminat yang secara bergurau menyatakan Zarul lebih kacak daripada Aaron Aziz.
zarul umbrellaPernah menjual apam balik selepas tidak aktif menyanyi, Zarul Umbrella kini sedang berkhidmat sebagai pramugara di MAS. Walaupun kini namanya telah kembali popular, Zarul menyatakan yang dia akan terus bekerja di langit biru sambil memenuhi undangan nyanyian.

Selepas persembahannya yang memukau di ABPBH2012, Zarul telah kembali sibuk memenuhi undangan nyanyian, photoshoot dan tetamu rancangan televisyen. Untuk makluman, sebelum ini Zarul juga aktif berblogging dan dikenali dengan nama “The Singing Blogger”. Blog Zarul Umbrella boleh dilawati di www.zarulumbrella.com dan di dalamnya ada tips untuk kelihatan awet muda seperti dirinya.
zarul umbrella

Kalau ada awek di luar sana yang ingin mengorat Zarul, lupakanlah sahaja hasrat tersebut. Zarul sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isterinya turut sama bekerja sebagai seorang pramugari. Kepada Zarul, teruskan usaha anda dan semoga berjaya di dalam dunia seni tanah air.

zarul umbrella

Jika anda peminat Zarul, anda boleh LIKE Facebook ZarulUmbrella, follow Twitter ZarulUmbrella dan follow Instagram ZarulUmbrella.

Written by AbangNara | April 25th, 2013

Program Jalan-Jalan Cari Makan di TV3 sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Boleh dikatakan mereka ini agak fanatik juga. Iyerlah, bab makanan siapa yang tak suka kan? Terbaru para peminat ini telah meluahkan kehendak mereka yang mahukan Iqram Dinzly kembali.

iqram jjcm

Untuk anda yang tidak tahu, musim sebelum ini, Iqram Dinzly telah mengendalikan program JJCM dengan jayanya. Malah Iqram mengakui merajuk apabila tugas tersebut digantikan kembali oleh Qi untuk musim terbaru. Yang terbaru, menerusi Facebook JJCMTV3, banyak peminat yang mahukan Iqram kembali mengacarakan program ini.

iqram jjcm

Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh peminat JJCM ialah:-

iqram jjcm

Sejujurnya, tindakan pihak JJCM yang sering menukar ganti pengacara menyebabkan para peminat membandingkan antara satu sama lain. Sepatutnya sebelum sebarang penukaran dilakukan, haruslah dilakukan sedikit kajian terlebih dahulu. Jangan ikut kehendak hati sendiri. Kehendak peminat haruslah diutamakan. Tak gitu?

P.S: Video peragut ditangkap di Seremban 2