Written by AbangNara | April 2nd, 2013

Sudah agak berumur rupanya Fahrin Ahmad ini. Kalau tengok muka memang nampak muda lagi. Rupa-rupanya sudah mencecah usia 34 tahun. Pastinya soalan yang sering ditanya ketika umur ini ialah “kau bila lagi nak kahwin, umur pun dah makin lanjut“.

fahrin ahmad

Sedang popular menerusi drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Fahrin Ahmad memberitahu Berita Harian hari ini yang setiap kali menjalin hubungan, dia tidak akan menggunakan pendekatan yang serupa. Kata Fahrin:-

Setiap kali menjalinkan hubungan yang baru, saya sentiasa memastikan tidak akan mengulangi pendekatan sama. Sebaliknya saya akan mencari kelainan yang boleh membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Nampaknya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya menganggap semua ini sebagai ketentuan takdir. Jodoh saya nampaknya bukan bersama mereka.

fahrin ahmad

Fahrin Ahmad juga turut memberitahu yang dia kini berasa selesa dengan kehidupan solo sehingga tidak begitu risau untuk mencari pasangan hidup. Kata Fahrin:-

Sebab itu saya menyarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin. Jangan tunggu sehingga usia 30-an baru hendak memikirkan soal berumah tangga. Apabila usia sudah semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita sekarang, jadi keinginan untuk berkahwin pun terhakis. Bagaimanapun ia bukan bermaksud saya tidak mahu berkahwin. Hasrat memang ada, cuma belum bertemu pasangan serasi. Mungkin saya lebih sesuai dengan orang biasa, bukan dengan golongan selebriti.

fahrin ahmad

Tak sangka lelaki sekacak Fahrin Ahmad pun ada masalah mencari pasangan hidup. Susah jugak jadi kacak sangat nie kan? Hehehe. Apa pun Fahrin cubalah berkenalan dengan wanita biasa. Mana tahu ada jodoh di situ. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | April 2nd, 2013

Nampaknya hampir kesemua yang telah melihat video “deleted scene” filem Sembunyi Amukan Azazil yang memaparkan aksi malam pertama Remy Ishak dan Diana Danielle melahirkan rasa kecewa, malu dan sedih dengan adegan tersebut.

azazil

Menerusi Harian Metro hari ini, pengarah filem tersebut, Khabir Bhatia memaklumkan yang dia tidak tahu bagaimana adegan tersebut boleh dimuat naik ke dalam YouTube. Kata Khabir:-

Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini. Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai “trailer” adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit.

khabir bhatia

Menurut Khabir lagi, dia merakam adegan panas itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat filem tempatan yang menyelit adegan sebegitu dan diluluskan untuk tayangan. Kata Khabir lagi:-

Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik.

Abang Nara tak berapa tahu sangat konsep artistik itu yang bagaimana. Orang kata, orang seni ini cara melihat sesuatu benda itu lain. Bagi Abang Nara, nak buat filem boleh tetapi kenalah hormat adat dan agama sesuatu tempat itu. Lebih-lebih lagi kalau pelakon itu sendiri beragama Islam. Tak gitu?

P.S: Nasihat daripada Matluthfi untuk lepasan SPM dan STPM

Written by AbangNara | April 1st, 2013

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pasangan suami isteri Azad Jasmin dan Eira Syazira akhirnya telah berkongsi gambar puteri sulung kesayangan mereka. Gambar-gambar ini telah dimuatnaik ke Instagram Eira Syazira bersempena dengan majlis cukur jambul anak mereka.

anak eira syazira

Diberi nama Amarra Sofea Rose, si kecil ini nampak sangat comel dengan rambutnya yang sudah tumbuh lebat. Sekali imbas seolah-olah mirip muka Azad. Anak perempuan katanya kalau ikut muka ayah memang confirm cun. Pasti cantik menawan apabila besar kelak.

anak eira syazira

4 lagi gambar si comel Amarra Sofea Rose dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: AktressHollywood tanpa gigi.

 
Written by AbangNara | April 1st, 2013

Filem Sembunyi Amukan Azazil sedang hangat ditayangkan di pawagam sekarang ini. Ini adalah filem pertama arahan Khabir Bhatia. Dengar ceritanya, filem ini memang menarik dan penuh dengan kejutan. Itu daripada apa yang dibaca oleh Abang Nara di Twitter dan Facebook.

azazil

Namun hari ini, telah timbul satu kontroversi apabila pihak Grand Brilliance sendiri memuatnaik salah satu adegan “deleted scenes” filem ini di laman YouTube. Adegan ini merupakan adegan malam pertama di antara Remy Ishak dan Diana Danielle. Kalau dah namanya malam pertama, mestilah adegannya pun agak hebat kan?

Rata-rata komentar yang diterima memohon pihak Grand Brilliance untuk membuang video ini. Banyak penonton yang tidak memahami tujuan “deleted scene” ini dimuatnaik. Kalau dah tidak lepas di pawagam, mengapa perlu ditayangkan menerusi Youtube?
azazil
Kalau Farid Kamil tengok nie mesti panas hati dibuatnye. Hehehe ~~~ Apa kata anda?

Page 30 of 31« First...1020...2728293031