Written by AbangNara | March 25th, 2013

Meriah sungguh majlis baby shower untuk anak hasil perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai ini. Serba biru kesemuanya. Kalau tak silap Abang Nara, warna biru melambangkan bayi lelaki. Warna pink pula baby girl. Kalau salah tolong betulkan ye.
baby shower fasha sandha
Antara yang hadir ke majlis ini ialah ibu mertua Fasha Sandha, Zizan Raja Lawan, Ahmad Idham dan isteri serta rakan-rakan rapat Fasha Sandha. Beruntung sungguh Fasha kerana mempunyai rakan-rakan yang sporting, memahami dan sanggup menganjurkan majlis sebegini.

fasha baru

Semoga segalanya akan berjalan lancar sehingga hari kelahiran putera sulung Fasha Sandha. Lagi 18 keping gambar sekitar baby shower Fasha dan Jejai dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | March 25th, 2013

Sebenarnya Abang Nara dah keliru dengan Abby Abadi ini. Adakah Abby masih tergolong di kalangan artis atau sudah bertukar menjadi ahli politik sepenuh masa? Abang Nara memang dah confuse sangat-sangat nie. Rasa macam taknak tulis dah pasal si Abby ini.

abby abadi

Yang menariknya, semalam menerusi BiPop, telah dikongsikan sebuah artikel daripada laman blog politik yang bertajuk “Skandal RM50 ribu Abby Abadi di London didedahkan“. Abang Nara dah terbaca mengenai ini minggu lalu. Entah benar entah tidak. Sedikit petikan artikel ini untuk anda.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

abby abadiNamun Abby Abadi menerusi laman Twitternya menyatakan pertuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata. Malah Abby sanggup memjawab tuduhan itu tetapi dengan syarat-syarat yang tertentu.

abby abadiNampaknya boleh diterima akal yang sebenarnya Abby Abadi ini sudah pun bertukar status daripada seorang artis kepada ahli politik sepenuh masa. Mungkin Abang Nara perlu berhenti bercerita mengenai dirinya. Apa pendapat anda? Kalau anda nak Abang Nara berhenti, Abang Nara akan tidak ambil pusing lagi mengenai Abby Abadi ini. Sila bagi pendapat di ruangan komen.

P.S: Mari belajar make up bersama si cilik

Written by AbangNara | March 25th, 2013

Sepanjang 6 tahun Abang Nara belajar di Korea, seorang awek Korea gagal dingorat oleh diri ini. Kemungkinan besar puncanya ialah wajah Abang Nara tidak sekacak Jehan Miskin. Semalam menerusi BiPop, dilaporkan bahawa Jehan Miskin bakal bernikah dengan seorang gadis Korea tidak lama lagi.

jehan miskin

Jehan sebelum ini pernah bercinta dengan Jue Aziz namun putus di pertengahan jalan pada tahun 2008. Jehan baru-baru ini memberitahu yang dia akan berkongsi berita mengenai perkahwinannya kerana ia masih di peringkat perbincangan. Namun menurut Raja Nurfatimah Mawar yang menulis artikel tersebut, perkahwinan Jehan bakal diadakan secara tertutup.

jehan miskin

Kalau benarlah Jehan akan menyunting gadis Korea untuk dijadikan suri rumahnya, jutaan tahniah diucapkan. Nampaknya Jehan kena belajar makan kimchilah selepas ini. Semoga segala usaha Jehan ke arah perkahwinan akan dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

jehan miskinP.S: Produk terbaru yang kini boleh didapati di Facebook CantikNara. Zarra Beauty Skin Solution merupakan gabungan pure collagen, vitamin c, gluthatione dan gluta-C yang akan memberikan kesan maksima kepada kecantikan kulit anda. Tempah sekarang dengan menghantar email ke [email protected] atau SMS/Whatsapp ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | March 25th, 2013

Abang Nara suka sangat dengan program Oh My English ini. Sambil berhibur, sambil dapat belajar penggunaan Bahasa Inggeris yang betul. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, orang tua besar panjang macam Abang Nara pun wajar menonton program ini.

oh my english

Untuk musim kedua, Oh My English menampilkan wajah baru seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Tiz Zaqyah. Pasti makin meriah murid-murid belajar bahasa Inggeris dengan kehadiran guru-guru baru ini. Namun begitu kepada peminat Zain Saidin dan Adibah Noor, jangan risau kerana mereka masih dikekalkan.

oh my english

Lagi 21 keping gambar sekitar pelancaran program Oh My English musim kedua dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

P.S: Fakta tentang kopi

 
Page 7 of 27« First...56789...20...Last »