Written by AbangNara | December 31st, 2012

Ramai betul yang tak sabar untuk melihat kekacakan dan kecantikan pasangan pengantin baru ini di majlis resepsi mereka. Bukan sengaja mahu lewatkan perkongsian, cuma di hujung minggu tak ramai orang online jadi lebih baik Abang Nara sharekan di hari Isnin yang mulia ini.

gambar majlis resepsi apek dan leuniey

Apa pun, Apek dan Leuniey memang nampak meletup gila-gila dalam baju persalinan perkahwinan mereka. Memang super duper grand. Terserlah kejelitaan Leuniey. Senang cerita, kedua-duanya sama cantik sama padan. Orang putih kata, made for each other.

gambar majlis resepsi apek dan leuniey

Lagi 19 keping gambar sekitar majlis resepsi Apek dan Leuniey di Hotel Renaissance, Kota Bharu dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar laman web THR Gegar.

 
Written by AbangNara | December 31st, 2012

Agak pelik juga bagaimana gambar bukan orang sebenar boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk melariskan produk masing-masing. Sekitar November 2012, Serina Chef Wan telah meng”upload” gambar sebelum dan selepas seorang lelaki yang dikatakan telah menggunakan sebuah produk menguruskan badan.

serina kantoi

Agak memalukan apabila tuan punya badan di dalam gambar telah muncul dan memberikan komen yang menyatakan yang dirinya tidak pernah mengambil mana-mana produk. Jadi ini bermakna gambar yang digunapakai oleh Serina untuk mempromosikan produk kesihatannya adalah palsu.

serina kantoi

Mengikut info di Forum Cari, laporan polis telah pun dibuat oleh tuan punya gambar untuk melindungi haknya. Pada pendapat Abang Nara, kebanyakan gambar untuk promosi disediakan oleh syarikat terbabit. Serina Chef Wan hanya meng”upload” gambar yang diberi untuk tujuan promosi. Apa pun kita tunggu penjelasan daripada mereka yang terbabit dalam hal ini.

Written by AbangNara | December 31st, 2012

Tiada yang lebih indah daripada menatap saat-saat bahagia Apek dan Leuniey dengan melihat sendiri bidikan gambar yang cantik menawan oleh The Photolicious. Abang Nara pasti ramai yang tak puas melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan pengantin baru kita ini.

gambar kahwin apek dan leuniey

Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan kepada Apek dan Leuniey atas perkahwinan mereka. Untuk anda yang tidak tahu, Apek dan Leuniey mula berkenalan selepas masing-masing membintangi iklan minyak wangi SimplySiti. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

gambar kahwin apek dan leuniey

33 lagi gambar sekitar majlis pernikahan Apek dan Leuniey dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada The Photolicious yang sudi berkongsi gambar-gambar awesome ini. Sila LIKE Facebook The Photolicous sebagai tanda terima kasih anda.

 
Written by AbangNara | December 31st, 2012

Marilah kita memulakan kisah hari terakhir tahun 2012 dengan cerita tentang percintaan Zzati dan bintang Harimau Malaya, Wan Zack Haikal. Ramai gadis yang kecewa apabila mengetahui hati Wan Zack telah dicuri oleh gadis 19 tahun yang bernama Zzati ini. Namun tahukah anda yang perkenalan mereka bermula di Twitter?

zzati wan zack

Menurut Wan Zack, selepas berkenalan menerusi Twitter, dia meminta nombor telefon Zzati. Selepas 3 hari bergayut di telefon, Wan Zack mula jatuh hati dan terus sejak itu, mereka berdua sepakat untuk menjadi kekasih. Lebih romantik apabila Wan Zack menyahut cabaran kekasihnya itu dengan pergi ke rumah keluarga Zzati untuk bertemu muka. Jiwang kan?

wan zack

Selain sedang belajar di UiTM dalam bidang muzik, Zzati juga merupakan seorang penyanyi. Antara lagu nyanyiannya yang sedang popular sekarang ini ialah Bukan Sombong dan Cintaku Hanya Padamu. Malah sebuah lagu yang bertajuk Malu-Malu Tapi Mahu adalah ciptaan Zzati khas untuk Wan Zack. Memang romantik betul pasangan kekasih ini.

zzati wan zack

Apa pun Abang Nara kagum dengan cara pemikiran Zzati yang baru berusia 19 tahun apabila ditanya tentang persepsi liar orang ramai terhadap hubungannya dengan Wan Zack.

Seboleh-bolehnya Zzati tak mahu terlalu memikirkan hubungan cinta dengan dengan dia. Masih terlalu awal. Lagi pun tak sampai setahun kami berkawan rapat. Zzati cuma ikut arus di depan mata. Dah namanya pun kekasih, bukan ada ikatan rasmi apa pun. Tapi apa pun Zzati tetap berhati-hati dengan tingkah laku Zzati. Takut kalau ada orang terasa hati atau boleh jadi bahan cerita, mana tahu kan.

Matang juga pemikiran si Zzati ini kan? Apa pun kalau dah jodoh, memang takkan ke mana. Zzati dan Wan Zack pun kedua-duanya masih muda. Bercinta tue bercinta, tapi mesti mahu lebihkan fokus kepada karier dan pelajaran masing-masing untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Tak gitu?

Page 2 of 2912345...1020...Last »