Written by AbangNara | July 11th, 2012

Pasangan pengantin baru ini khabarnya sedang berbulan madu di Australia. Abang Nara doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang nanti. Abang Nara tertarik dengan muka depan majalah Media Hiburan di mana Irma dan Redza rupa-rupanya mahukan anak kembar. Pasti comel macam mak dan ayahkan?

media hiburan

Semoga impian serta harapan Irma dan Redza untuk mendapat anak kembar akan tercapai. Abang Nara doakan agar rumah tangga mereka akan cepat-cepat diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Umur mereka berdua pun memang dah sesuai sangat untuk menjadi ayah dan ibu. Tak gitu? Apa pun jangan lupa dapatkan Media Hiburan edisi terbaru untuk membaca kisah pengantin baru kita ini.

herbalife

P.S: Tahukah anda yang herbalife digunakan oleh ramai atlet seperti pelumba basikal negara, pasangan kembar permain bola sepak negara dan juga Lionel Messi!!! Ingin berpuasa secara sihat di Bulan Puasa dan kelihatan sihat, cantik + langsing di Hari Raya? Sila layari www.betterlife.my & Jangan lupa LIKE FB page juga ok! [:)]

Written by AbangNara | July 11th, 2012

Ziana Zain memang sentiasa jelita di mana-mana event yang dihadirinya. Terbaru, Abang Nara kagum dengan wajah Ziana Zain yang tampak makin muda di pertunjukan fesyen 5 Stars di Muzium Tekstil Negara hari Isnin yang lepas. Makin berumur makin cantik kata orang.

ziana zain

Perkembangan terbaru Ziana Zain yang Abang Nara dengar ialah khabarnya dia akan bergabung dengan Lan The Typewrite untuk menerbitkan satu album duet. Ini kemungkinan besar akibat respon positif yang diterima selepas mereka bergabung tenaga membuat persembahan di ABPBH2011 baru-baru ini. Confirm meletup punya album ini nanti.

ziana zain

Lagi 6 keping gambar Ziana Zain di pertunjukan fesyen 5 Stars dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto kepada Facebook Media Semasa.

 
Written by AbangNara | July 11th, 2012

Nampaknya penantian peminat-peminat Big Bang Malaysia yang dikenali dengan nama VIP telah pun berakhir. Tiket konsert Big Bang sempena BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 akan mula dijual pada 28 Julai 2012 tepat jam 10.30 pagi. Bersiap-sedialah anda semua di depan komputer pada saat dan ketika itu.

ticket big bang konsert

Kalau tak silap Abang Nara, tiket konsert Big Bang di Singapura telah habis dijual dalam masa 10 minit sahaja. Kemungkinan besar perkara yang sama akan turut berlaku di Malaysia ini. Tiket dijual bermula dengan harga RM98 sehingga RM688. So silalah kumpul duit kalau anda memang VIP yang sejati.

ticket big bang konsert

Tiket konsert Big Bang yang akan diadakan pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka ini boleh dibeli secara online di AirAsia RedTix dan Ticketcharge. Sila bookmark kedua-kedua website itu hari ini jugak dan letak reminder di smartphone anda.

Written by AbangNara | July 11th, 2012

Sebenarnya banyak nama-nama besar yang turut terlibat menjayakan fashion show busana hari raya oleh 5 Stars designer ini. Selain Fazura, Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura turut terlibat. Namun tepukan paling gemuruh diterima sewaktu kemunculan Fazura memperagakan rekaan Rizman Ruzaini.

fazura

5 keping gambar Fazura dengan busana Hari Raya daripada Rizman Ruzaini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.