Written by AbangNara | June 4th, 2012

Sudah agak lama rasanya tersebar gambar yang kononnya milik Nora Danish sedang mabuk di sebuah kelab sehingga menampakkan seluar dalamnya. Namun sehingga hari ini, Nora Danish tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, sama ada mengiyakan atau menafikan wanita di dalam gambar itu adalah dirinya.

gambar nora danish

Dan semalam, menerusi BiPop, Nora Danish mengeluarkan beberapa persoalan tentang kesahihan gambar tersebut. Sekali baca, memang ada betul juga kata Nora Danish seperti di bawah:-

Saya nak tanya, adakah gambar yang tersebar di internet itu ada menunjukkan botol arak berselerak? Adakah gambar tersebut menunjukkan gadis berkenaan berada dalam keadaan mabuk, tak ada! Gambar itu juga tidak menunjukkan sebarang tarikh, kononnya dilakukan sekembalinya saya dari umrah. Kebenarannya memang tak ada langsung. Lepas itu kata nampak seluar dalam, kemudian dikaburkan. Saya malas nak komen, lagipun pengurusan MIG Productions, bos saya, David Teo tidak membenarkan saya membuat sebarang ulasan berhubung gambar berkenaan. Cerita di dalam blog itu pun tidak menyebut sebarang nama, lainlah kalau ada nama saya, pasti saya ambil tindakan.

Abang Nara dah tengok gambar tersebut dan segala persoalan yang dikeluarkan oleh Nora Danish di atas memang ada kebenarannya. Memang tak ada gambar botol arak, atau tarikh pada gambar tersebut. Malah gambar tersebut memang samar-samar dan sukar untuk membuat pengesahan siapakah gadis di dalam gambar tersebut. Kata Nora Danish lagi:-

Sekiranya benar itu gambar saya, ramai peminat yang bertanya, apa bukti yang mengatakan saya mabu, mana tarikh yang dikatakan insiden itu berlaku selepas saya balik umrah? Sekembalinya saya daripada umrah, saya tidak terbabit dengan sebarang penggambaran, saya hanya bercuti dengan anak, jadi benda ni memang tak logik.

Dan Nora Danish enggan memberi sebarang pengesahan sama ada gadis di dalam gambar itu adalah dirinya atau pun tidak. Abang Nara itu satu tindakan yang patut dibuat oleh Nora Danish. Lebih baik tumpukan perhatian kepada kerjaya daripada menghabiskan masa melayan cerita sebegini. Tak gitu?

Written by AbangNara | June 4th, 2012

Bukan senang untuk berlari lebih-lebih lagi sekiranya anda sudah berumur dan berisi seperti Abang Nara. Abang Nara rasa paling last Abang Nara berlari atau berjogging ialah 3 tahun dahulu. Namun kali ini semangat berlari itu tiba semula dengan adanya acara “Fun Run For Charity” pada 16 Jun ini.

fun run

Dengan bayaran hanya RM10 sahaja (sebahagian daripadanya akan didermakan kepada tabung kebajikan), Abang Nara nak mengajak anda semua untuk join aktiviti ini. Jaraknya tak jauh pun. Sekadar 2 kilometer sahaja. Orang kata lari sekejap pun dah sampai. Kepada sesiapa yang berminat, sila emailkan butir peribadi anda kepada funrun4charity@yahoo.com. Maklumat lanjut sila layari Facebook Fun Run For Charity.

Written by AbangNara | June 4th, 2012

Cantik sangat!!! Itu yang terpacul daripada mulut Abang Nara melihat pasangan pengantin baru Jejai dan Fasha Sandha yang telah selamat bersanding di Perlis semalam. Kedua-dua mempelai nampak sama cantik sama padan dengan persalinan serba keemasan. Awesome!!!

gambar bersanding fasha

Lagi 14 keping gambar sekitar majlis resepsi Fasha Sandha dan Jejai di Perlis dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook We Love Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | June 3rd, 2012

Seriously Abang Nara teruja ingin menonton filem Jiwa Taiko selepas membaca ulasan Syamsul Yusof yang filem ini memang hebat. Abang Nara percaya dengan kata-kata Syamsul Yusof dan tidak melepaskan peluang untuk hadir apabila mendapat jemputan menonton filem ini. Melihat senarai pelakon-pelakon yang ada pun sudah mampu membuatkan Abang Nara excited tak ingat.

filem jiwa taiko

Namun sayangnya oleh kerana anak kecil Abang Nara tidak berapa sihat, Abang Nara hanya sempat menonton 20 minit yang terawal filem Jiwa Taiko ini. Ketika itu, masih tiada aksi-aksi yang mendebarkan berlaku. Babak-babak awal lebih menumpukan perhatian kepada percintaan dan persahabatan yang terjalin antara pelakon-pelakon.

Namun ada rakan Abang Nara yang habis menonton filem ini menyatakan babak aksi di hujung filem ini memang awesome. Jadi jangan lupa untuk menonton filem Jiwa Taiko di pawagam berhampiran anda kelak. Lagi 15 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.