Written by AbangNara | June 14th, 2012

Abang Nara pernah bercerita tentang penyanyi yang bernama Zain ini tidak lama dahulu. Zain telah mendapat hak untuk menyanyikan semula lagu ciptaan JYP yang pernah dinyanyikan oleh 2AM. Untuk makluman, ramai penyanyi yang cuba mendapatkan kebenaran menyanyikan balik lagu 2AM ini, namun nampaknya JYP terpikat dengan kemerduan suara Zain.

Best kan? Abang Nara dapat rasakan kesyahduan dan feeling yang dilontarkan oleh Zain semasa menyanyikan lagu yang bertajuk “Lagu Ini” ini. Bukan senang untuk membawa lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi hebat Korea, namun nampaknya Zain berjaya membuat sesuatu yang sangat mantap.

Nantikan temuramah ekslusif Abang Nara bersama Zain tidak lama lagi. Buat masa ini, layankan video klip di atas dan layari www.zainamri.com sekiranya anda ingin mengenali penyanyi ini dengan lebih lanjut lagi.

Written by AbangNara | June 14th, 2012

Tidak seperti Anzalna, Neelofa atau Tasha Shilla yang sedang hangat dengan kontroversi sekarang ini, Siti Saleha bergerak tanpa cerita panas semenjak dua ini dalam mengorak langkah membesarkan lagi namanya di dalam industri hiburan. Baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Pencinta, Siti Saleha tampil menghiasi muka depan majalah InTrend Jun 2012.

siti saleha

Adik kepada Sam Bunkface ini bercerita tentang sesuatu yang penting di dalam majalah Intrend keluaran terbaru ini. Adakah Siti Saleha bercerita tentang kekasih hati? Kalau anda hendak tahu, jangan lupa dapatkan majalah InTrend di kedai buku berhampiran anda.

Written by AbangNara | June 14th, 2012

Selepas Neelofa mengadakan sidang media semalam untuk memaklumkan tentang notis tuntutan yang telah dihantar terhadap Anzalna, Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Anzalna sedia memohon maaf kepada Neelofa untuk menyelesaikan persengketaan ini. Menurut Anzalna, perkara ini hanya kecil dan boleh diselesaikan dengan berbincang.

anzalna sedia mohon maaf

Abang Nara pun setuju dengan tindakan Anzalna yang mahu memohon maaf dan tidak memanjangkan cerita ini. Bak kata Anzalna, industri hiburan Malaysia ini kecil sahaja. Tak perlu gaduh-gaduh. Alih-alih akan jumpa orang yang sama juga.

Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali? Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita. Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara terbuka.

Abang Nara cadangkan agar Neelofa dan Anzalna buat sidang media bersama-sama dan masing-masing memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Apa kata anda?

Written by serenity | June 14th, 2012

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelma diikuti oleh Syawal. Pasti ramai yang sudah membuat persiapan termasuk menggantikan puasa tahun lepas. Pelakon jelita Nora Danish juga tidak ketinggalan. Beliau telah bergaya dengan baju kurung dan pelbagai busana lain untuk gambar-gambar edisi raya yang telah dimuatnaik ke laman Twitternya.

Photobucket

Model Tamu: Nora Danish (@nor4danish)
Jurufoto: Chuan Looi (yipieyaya.com)
Rambut dan Solekan: Khir Khalid
Aksesori: Ola (@OlaBV2) (Thanks Zaireen)
Kreatif: Bombshelter Studios (@dabombshelter)
Baju: Innai Red (Baju boleh dibeli di sini)

Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Nora Danish.

***

Klik banner ini untuk membeli secara online Tiket Konsert Dikir Ekstravaganza di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 8.30 malam, 1 dan 2 Julai 2012 untuk Festival Muzik KL 2012 yang menampilkan Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza Idris, Lan Typewriter dan ramai lagi. Tiket-tiket berharga RM RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 sahaja. Dapatkan sebelum kehabisan!

 
Page 20 of 34« First...10...1819202122...30...Last »