Written by AbangNara | April 1st, 2012

Nampaknya masih ramai yang tidak berpuas hati dengan lamaran secara live yang telah dilakukan oleh Awal Ashaari terhadap Scha menerusi rancangan Propaganza. Sebelum ini Abang Nara sudah kongsikan penerangan Awal tentang perkara tersebut menerusi video, namun mungkin ada yang malas menonton kerana durasinya yang agak lama.

awal dan scha

Jadi hari ini Abang Nara ingin kongsikan penjelasan Awal Ashaari tentang perkara tersebut yang telah dikeluarkan menerusi Pancaindera. Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak akan berpuas hati. Kata Awal:-

“Apa yang saya buat itu untuk kepuasan diri sendiri. Pada yang tak suka, saya minta maaf banyak-banyak. Perbuatan itu bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak tiru budaya barat. Saya rasa setiap individu yang nak berkahwin mesti bertanya pada pasangannya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak. Itu cara saya bertanya pada Scha tapi saya ambil simbolik saja tak ada kena mengena dengan budaya barat. Niat saya cuma nak buat satu lamaran rasmi walaupun masing-masing dah faham.

awal scha

Untuk pengetahuan anda, Awal sudah banyak kali mencuba untuk membuat lamaran sebegitu terhadap Scha namun ada sahaja halangannya. Kata Awal:-

Saya nak letak cincin dalam kek, tapi takut Scha tak perasan. Jadi masa Scha mengacara Propaganza, saya nak bagi kejutan guna kek puff lova sebab Scha suka, tapi lepas fikir takut kejutan tak menjadi, saya masuk set masa dia tengah mengacara, itu yang jadi melutut itu. Agenda nak lamar Scha secara terbuka ni dah lama, sejak AIM 18 (Anugerah Industri Muzik Ke-18), FFM 24 (Festival Filem Malaysia Ke-14) tapi tak dapat sebab jadual Scha terlalu ketat.

awal scha
Yang penting bagi Awal, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Yang penting Awal tidak membelakangi adat apabila sebenarnya sudah pun masuk merisik Scha sebelum membuat lamaran secara live.

Sukar nak puaskan hati orang lain terutama bila kita selebriti sebab apa yang kita buat jadi perhatian yang penting ia tidak bertentangan dengan agama atau menghina sesiapa, selagi itu saya rasa tak ada perkara yang perlu diperbesarkan.Majlis merisik dah pun dibuat pada 30 Mei 2011, bersamaan tarikh hari jadi Scha ke-28 tahun. Cuma kami tak buat majlis bertunang, terus menikah pada 4 Mei nanti.

Diharap dengan penjelasan panjang lebar ini, anda semua akan dapat menerima apa yang telah Awal lakukan. Apa pun perkara tersebut sudah pun berlalu, apa kata kita sama-sama doakan agar persiapan perkahwinan Awal dan Scha berjalan dengan lancar.

Written by AbangNara | April 1st, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Azza Elite,34 tahun yang sudah pun bergelar isteri kepada Azlan Zulaily,25 tahun dengan 3 kali lafaz selepas solat Asar. Majlis pernikahan telah dijalankan di Masjid Bukit Antarabangsa dengan Azza menerima wang hantaran sebanyak RM10,000.

gambar pernikahan azza elite

Pada majlis itu pihak pengantin lelaki menghantar 9 dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300. Pihak pengantin perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan.

gambar pernikahan azza elite

Antara rakan artis yang turut menghadirkan diri ialah Rozita Che Wan, Roslan Shah dan anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi, Sasha dan Watie. Lagi 7 keping gambar sekitar majlis pernikahan Azza Elite dan Azlan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 1st, 2012

Berusaha tangga kejayaan. Pepatah ini sememangnya sangat sesuai dengan Aaron Aziz yang menghiasi muka depan B*pop minggu ini. Pengorbanan yang dilakukan sebelum menempah nama di Malaysia sememangnya sangat berbaloi dengan kepopularitian yang dikecapi saat ini.

aaron aziz rc

Menurut Aaron Aziz, dia pernah menumpang mandi di stesyen minyak dan menukar baju di dalam kereta ketika mula-mula berlakon:-

Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan. Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai-pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit. Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta.

aaron aziz rc
Memang agak pilu mendengar kata-kata Aaron Aziz. Bukan Aaron Aziz sahaja yang terpaksa berkorban, anak dan isterinya turut sama mengambil langkah berjimat cermat:-

Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam Ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit. Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini. Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian.

aaron aziz rc

Kepada pelakon yang baru hendak naik, contohilah ketabahan Aaron Aziz dan keluarga. Kata orang, bukan senang nak senang. Susah payah itu asam garam kehidupan. Abang Nara semakin respek kepada Aaron Aziz selepas mendengar kisahnya ini. Semoga kerjaya Aaron Aziz akan terus maju jaya.

Page 32 of 32« First...1020...2829303132