Written by AbangNara | April 30th, 2012

Bukan mudah menjadi seorang artis. Jadual kerja yang padat kadang-kadang boleh menyebabkan kepenatan tahap maksima. Mungkin itu yang terjadi kepada Zizan Raja Lawak sehingga dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot. Kesian Zizan sebab overwork sampai begini jadinya. Tapi anda jangan risau kerana keadaan Zizan dilaporkan stabil

zizan masuk hospital
Marina Juki, pengurus Zizan menyatakan yang Zizan dimasukkan ke hospital ketika sedang bersiap sedia untuk ke Karnival Jom Heboh di Ipoh:-

Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil. Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih.

Kepada Zizan, kerja kerja jugak, tapi rehat kena rehat jugak. Abang Nara tahu yang time tengah femes ini lah semua benda kita nak buat, tapi kesihatan harus diutamakan. Nanti kalau sakit semua benda tak boleh buat. Apa pun semoga Zizan cepat sembuh dan kembali beraksi dengan lawak berbisanya. Kredit berita Mstar Online.

Written by AbangNara | April 30th, 2012

Dilahirkan sebagai seorang lelaki, Abang Nara memahami betapa susahnya menjadi seorang wanita. Terutama apabila wanita tersebut bekerja di dalam bidang yang dikuasai oleh lelaki. Abang Nara memang sangat respek dengan wanita-wanita yang berjaya di dalam bidang yang dominannya adalah lelaki. Sesungguhnya itu menunjukkan bahawa keyakinan diri mereka sangat tinggi. Contoh terbaik sudah tentu Dato’ Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai wanita besi.

memberku hawa

Kalau dalam drama-drama Melayu yang ditayangkan di tv pun kita jarang nampak cerita-cerita yang mengisahkan perjuangan seorang wanita bekerjaya. Asyik-asyik cerita cinta di galangan anak-anak korporat. Tak menarik langsung. Namun drama Memberku Hawa yang sedang ditayangkan sekarang di TV3 membuatkan Abang Nara sedikit teruja.

memberku hawa

Abang Nara pasti ramai yang tengok drama ini tapi Abang Nara nak bagitau jugak jalan ceritanya. Drama Memberku Hawa mengisahkan bagaimana 2 orang wanita bernama Hawa (Faezah Elai) berlakon sebagai seorang Network Engineer dan Kay (Nad Zainal) berlakon sebagai seorang model manager membina keyakinan diri dan menyahut cabaran di dalam kerjaya yang dikuasai oleh lelaki. Yang menariknya blogger popular iaitu Hanis Zalikha turut sama berlakon di dalam drama Memberku Hawa ini.

memberku hawa

Abang Nara dah tengok drama Memberku Hawa dan Abang Nara terkagum sebentar dengan kisah di episod 3 . Di dalam episod ini, Hawa dipandang rendah oleh Dato’ Fakhrul yang tidak percaya keupayaan seorang wanita untuk bekerja sebagai Network Engineer sementara Kay pula berjaya mengawal salah seorang model yang bermasalah. Namun Hawa tidak mengaku kalah untuk mendapat kepercayaan Dato’ Fakhrul manakala Kay pula menunjukkan yang dia merupakan seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Paling penting, Hawa dan Kay berani mengeluarkan pendapat masing-masing walaupun berhadapan dengan lelaki-lelaki yang kurang mempercayai keupayaan mereka.

memberku hawa

Memang bukan senang untuk seorang wanita melahirkan pendapat, menegaskan pendirian dan tak dikuasai secara sesuka hati oleh kaum lelaki. Wanita selalunya dikaitkan dengan lemah lembut, takut meluahkan pendapat dan mudah dikawal. Namun dalam drama Memberku Hawa ini menunjukkan yang wanita sebenarnya juga perlu fight for their right dengan penuh keyakinan. Sebab itulah drama ini ditaja oleh Kotex, yang digunakan untuk memastikan wanita sentiasa penuh keyakinan walaupun semasa that time of the month.

memberku hawa

Tahukah anda yang 7 daripada 10 wanita merasakan Kotex adalah lebih selesa untuk mereka? Dan paling penting, daripada 3 wanita, 2 mendapati yang Kotex menyediakan back leakage protection yang lebih bagus berbanding produk lain. Ini semua adalah kerana Pro Active Technology yang ada di dalam Kotex. Ianya akan memberikan perlindungan yang terunggul kepada wanita sekaligus memastikan keselesaan walaupun kerjaya anda memerlukan anda bergerak aktif. Abang Nara dah pun suggest kepada wife yang tersayang untuk mencuba Kotex ini supaya dia tak perlu risau tentang kebocoran yang boleh berlaku dengan jenama lain.

memberku hawa

Dan bersempena dengan tayangan drama Memberku Hawa yang ditaja oleh Kotex ini, ada photo contest End Your Compromises yang menawarkan hadiah makeover bernilai USD1000 sedang dijalankan di Facebook Kotex.  Selain itu kalau anda terasa dah jatuh cinta dengan drama Memberku Hawa, boleh download wallpaper, ushar gambar behind the scenes dan dapatkan sample percuma Kotex di www.kotex.com.my.  Macam-macam lah boleh dibuat di Facebook (www.facebook.com/iknowmovement) dan laman web Kotex (www.kotex.com.my) ini.

memberku hawa

Apa pun jangan lupa untuk saksikan drama Memberku Hawa yang dibawakan oleh Kotex ini pada setiap hari Ahad jam 10.30 malam di TV3. Wife Abang Nara memang suka tengok drama nie sebab katanya dia rasa bangga apabila melihat Hawa dan Kay begitu tegas, tenang dan penuh dengan keyakinan dalam menangani isu di tempat kerja.

Written by AbangNara | April 29th, 2012

Perkahwinan sememangnya melengkapkan kehidupan seorang manusia. Seorang lelaki sememangnya memerlukan seorang isteri dan seorang wanita juga memerlukan seorang suami untuk melengkapi hidup masing-masing. Dan setelah bergelar isteri kepada Jejai, Fasha Sandha mengakui yang dia lebih bahagia dan tenang. Gembira Abang Nara mendengarnya.
fasha sandha
Paling comel apabila Fasha Sandha sempat memberikan sedikit nasihat kepada pasangan yang sedang bercinta supaya cepat-cepat kahwin. Mengikut pengalaman Abang Nara sendiri, sememangnya perkahwinan itu membawa kita ke alam baru yang lebih sempurna. Aceh ~~~

Lagi 29 keping gambar sekitar pernikahan Fasha Sandha dan Jejai dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook We Love Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | April 28th, 2012

Ramai yang tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang agak rendah untuk majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai di dalam entri sebelum ini. Akhirnya Abang Nara berjaya meminjam gambar daripada rakan media BeautifulNara iaitu OhBulan untuk tatapan anda semua.

gambar nikah jejai fasha

Semoga peminat Fasha Sandha, peminat Jejai dan anda semua bergembira melihat pasangan pengantin baru ini. Lagi 28 keping gambar dengan membaca entri sepenuhnya. Terima kasih sekali lagi kepada OhBulan atas kesudian meminjamkan gambar yang sangat awesome ini.

 
Page 2 of 3212345...102030...Last »