Written by AbangNara | February 2nd, 2012

Akhirnya tuan punya badan bersuara untuk mengesahkan berita pernikahannya dengan Joey. Selama ini merahsiakan atas sebab-sebab tertentu, menerusi Harian Metro hari ini, Watie berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat-peminatnya. Watie dan Joey telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.

watie elite nikah

Kata Watie:-

Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu.

Jikalau anda kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka, jangan risau kerana menurut kata Watie, mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini:-

Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin.

Watie Elite juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan suami barunya ini secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Watie dan Joey. Perkara yang lepas tak perlulah dikenang. Biarlah ia disimpan dalam-dalam. Sekali lagi, semoga Watie, suami dan keluarga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Written by serenity | February 2nd, 2012

Sejak kebelakangan ini penyanyi Hattan tidak lekang dengan kontroversi. Baru-baru ini dia telah bercerai selepas dua bulan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Farah Asyikin Othman, dan yang terbaru, dia didakwa memperdayakan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30  hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang RM 1 juta.
Berkenaan berita itu, Hattan telah memberitahu Harian Metro:-

Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia lakukan:

Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.

Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan  membuat banyak kebajikan pada tahun ini:

Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.

Untuk makluman anda sepasang suami isteri tersebut beberapa hari lepas mendakwa mereka menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis akibat diperdaya Hattan disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.

Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat.

Tambah beliau, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan menjadikan mereka sebagai penjamin pinjaman.

Tak tahulah siapa yang salah atau betul, tetapi kami berharap satu keputusan yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak akan dicapai selepas ini.

Written by serenity | February 2nd, 2012

Empat anak muda dari drama ‘The Moon That Embraces The Sun‘ telah bertukar menjadi ‘lelaki budiman musim bunga’ untuk satu sesi fotografi bagi majalah High Cut.

Seperti yang dilaporkan oleh allkpop, Yeo Jin Goo, Lee Min Ho, Im Siwan, dan Lee Won Geun kesemuanya berposing untuk majalah fesyen tersebut bagi edisi 2 Februari. Dalam wawancara selepas sesi tersebut, Yeo Jin Goo bercakap tentang Kim Soo Hyun yang membawakan wataknya dalam drama itu bagi versi dewasa, ‘Lee Hwon’.

Saya merasakan begini sejak melakonkan drama untuk SBS iaitu Giant, yang tenungan matanya ada kuasa dan memberikan impresi yang berpanjangan pada orang sekeliling. Apabila saya memulakan penggambaran untuk The Moon That Embraces The Sun, dia datang ke set untuk melawat dan dia rasa agak gementar kerana ia pertama kali dia berlakon menjadi orang dewasa. Dia juga meminta saya memberikan ekspresi yang lebih ceria untuk Lee Hwon yang muda.

Apabila Im Siwan ditanya tentang sahabatnya dalam kumpulan ZE:A iaitu Kwanghee yang berkemungkinan cemburu dengan wataknya, dia membalas:

Mungkin dia cemburu jika kami masih orang baru, tetapi sekarang Kwanghee telah matang dan melalui banyak pengalaman. Dia memberi semangat pada saya dan menyatakan dia gembira untuk diri saya.

Lagi 2 gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 2nd, 2012

Pelakon Yana Samsudin berkata dia berharap yang bekas teman lelakinya, pengarah filem Pierre Andre tidak menganggap masalah cinta yang dihadapi dengan seorang kerabat diraja Terengganu sebagai satu pembalasan Tuhan, sebaliknya Pierre harus menganggapnya sebagai ujian dari Allah.

Kita bukan Tuhan untuk menilai nasib manusia tetapi tidak wajar untuk Pierre menyalahkan dirinya dengan masalah cinta yang melanda dia buat masa ini. Apa yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya.

Pierre baru-baru ini mendakwa hubungannya dengan seorang kerabat diraja Terengganu mungkin balasan Tuhan kerana dia memutuskan hubungan cintanya dengan Yana satu masa dahulu. Kerabat tersebut dikatakan tidak membalas SMS mahupun menjawab panggilan telefon dari Pierre selama hampir setahun.

Yana memberitahu Mstar Online, dia dan Pierre mungkin tiada jodoh tetapi dia sering mendoakan pelakon itu. Yana juga memberitahu hubungannya dengan ibu Pierre, pelakon Khatijah Tan, masih baik. Keretakan hubungan dengan Pierre juga menurut Yana, memberikan perubahan positif pada dirinya:

Saya tidak mempunyai sesiapa selain Pierre dan dia adalah lelaki paling rapat dengan saya. Malah saya terlalu bergantung kepadanya tetapi keputusan untuk membawa haluan masing-masing telah mengajar saya erti berdikari.

Yana juga menambah yang dia dan Pierre tidak mungkin akan bersama semula kerana dia ingin menumpukan perhatian pada kerjayanya sahaja. Kredit gambar, blog Yana Samsudin

***.

Page 30 of 31« First...1020...2728293031