Written by AbangNara | August 25th, 2011

Satu benda yang Abang Nara kagumi tentang Lisa Surihani ialah interaksinya dengan peminat di Facebook Lisa Surihani. Banyak video-video, gambar-gambar dan cerita yang sering dikongsikan dengan Lisa. Tak hairanlah Facebook Lisa Surihani sudah di”like” lebih daripada 1.6 juta orang. Satu angka yang sangat mengkagumkan.

lisa

Dan bersempena Hari Raya, Lisa telah mengupload satu kad ucapan yang disertakan sedikit ucapan peribadi untuk semua peminatnya. Seharusnya lebih ramai artis meniru langkah dan sikap Lisa yang pandai membuat peminat terasa dihargai. Kepada Lisa, Abang Nara juga ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Kalau ada duit raya lebih, hulur-hulurlah ke sini.

Written by AbangNara | August 25th, 2011

Ok serius comel sangat gambar Marion Caunter mengandung. Perut dia dah membulat sikit. Berseri-seri di situ.

marion caunter mengandung

Dan cerita Marion apabila dia cuba mengesahkan kehamilannya tersangatlah cute:-

Saya berada di Singapura ketika itu bagi menjalani rakaman program E! News. Saya rasa aneh sebab lewat datang bulan lalu ke farmasi membeli alat ujian kehamilan. Ujian pertama positif mengandung bagaimanapun saya sengaja membuat ujian itu sebanyak empat kali untuk memastikan keputusan itu benar-benar tepat. Keempat-empatnya menunjukkan tanda positif. Saya kemudian menghubungi Nasa dan dia menyambut perkhabaran itu dengan rasa cukup gembira. Sebelah malam dia menghubungi saya semula dan meluahkan lagi rasa gembira yang tidak terkata.

Abang Nara doakan kesihatan Marion dan bayi agar sempurna sehingga hari kelahiran nanti. Tak sabar nak tengok kecomelan anak mereka. Mesti cute macam mak dan ayahnya. Kredit berita Harian Metro.

Written by AbangNara | August 24th, 2011

Untuk anda yang belum tahu, Raja Azmi sudah pun didapati TIDAK BERSALAH atas tuduhan khalwat bersama Roslin Hashim semalam.  Sebelum ini punca penceraian Roslin Hashim dan bekas isterinya, Norhayati dikatakan berpunca daripada isu khalwat Roslin Hashim dan Raja Azmi. Namun setelah didapati tidak bersalah, Raja Azmi pada petang ini akan membongkarkan segala-galanya yang berkaitan hal ini.

raja azmi

Kata Raja Azmi:-

Saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan tentang tuduhan khalwat melibatkan saya dan Roslin. Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Buat masa ini saya tidak mahu memberi komen lanjut. Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar.

Apakah yang bakal didedahkan oleh Raja Azmi? Adakah pendedahan ini akan membongkar apa yang tersembunyi di sebalik isu khalwatnya sebelum ini? Adakah nama Norhayati, bekas isteri Roslin Hashim akan terlibat sama dalam pendedahan ini? Sama-sama kita nantikan jam 4.30 petang nanti untuk info selanjutnya.

Written by AbangNara | August 24th, 2011

Cantik kan baju perkahwinan Memey Suhaiza rekaan Hatta Dolmat nie? Awesome gila. Nampak tulus dan suci sungguh Memey di dalam baju di bawah. Makin terserlah kecantikan Memey yang sudah memang sedia cantik. Good job Hatta.

baju kahwin memey

Sempena bulan Ramadhan ini, Abang Nara nak mengajak kita semua agar sama-sama mendoakan kebahagiaan Memey dan Norman. Apa yang dah berlaku tue biarkanlah berlaku. Buang yang keruh amik yang jernih. Sama-sama kita doakan agar Memey dan Norman dapat mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri selepas ini.

baju kahwin memey

Apa pun baju rekaan Hatta Dolmat nie memang cantik gila. Sila LIKE Facebook Hatta Dolmat untuk info tentang diri pereka berbakat ini.

Page 2 of 2112345...1020...Last »