Written by AbangNara | May 29th, 2011

salma juara johan mentor 5

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Salma dan Erra Fazira yang telah merangkul gelaran Juara Mentor 5. Jumlah markah 85 yang diperolehi oleh Salma ternyata jauh meninggalkan Shiha dan Iqa. Walaupun mendapat rendah daripada juri awam, juri profesional dan juri SMS tidak buta dalam menilai keupayaan Salma.

Tahniah sekali lagi kepada Salma dan kepada Erra Fazira.

Written by AbangNara | May 29th, 2011

salma juara mentor 5

Akhirnya waktu yang ditunggu telah tiba, sekarang ini sedang berlangsung siaran langsung konsert akhir Mentor 5. Final Mentor 5 kali ini menyaksikan pertarungan sengit 3 wanita, Salma, Iqa dan Shiha. Siapakah yang bakal menjadi juara Mentor 5?

Daripada persembahan pusingan pertama, nampak vokal Salma ada kelebihan sedikit berbanding Iqa dan Shiha. Namun begitu perlu diingatkan yang Salma sepatutnya tidak berada di atas pentas malam ini. Namun begitu TV3 membuat sedikit kelainan dengan mewujudkan 3 peserta final malam ini.

Apa pun kita nantikan siapakah yang bakal bergelar Juara Mentor 5 sebentar lagi. Follow Abang Nara di Twitter dan LIKE Facebook BeautifulNara untuk update terkini.

Written by AbangNara | May 28th, 2011

video premayin shah jaszle

Memang memalukan. Tambah memalukan apabila video di bawah diarahkan oleh Gambit Saifullah dan Umair Mohamed. Tengok nama memang nama Islam. Kalau tak tengok dari segi agama pun, video klip ini memang dah nampak macam Amerika sangat. Tak ada budaya negara kita langsung. Apa kejadahnya?

Abang Nara tengok video kat atas tue rasa nak lempang-lempang produser yang terbitkan video nie. Kalau teringin sangat nak buat video macam nie, pergi duduk kat Amerika la. Video Mizz Nina yang mendapat kritikan gila-gila dulu pun tak ada seteruk nie. Ini memang hancur sangat-sangat.

video premayin shah jaszle

Korang tengok dan nilaikan sendirilah. Ini memang bukan budaya kita rakyat Malaysia. Sila dislike beramai-ramai video ini bagi tuan punya pengarah sedar sikit yang dia tinggal di Malaysia bukan di Amerika. Kredit gambar kepada Skymania.

Written by AbangNara | May 27th, 2011

sam dan nora danish

Dulu dah ramai yang emosi melihat gambar penuh mesra Nora Danish dan Shaheizy Sam, kali ini Abang Nara berharap anda tidak berapa emo kerana gambar di atas tidaklah semesra gambar sebelum ini. Sekali pandang Sam memang nampak sesuai dengan Nora Danish. Dua kali pandang, Abang Nara memang sesuai ngan Nora Danish. Hehehe.

Oh ye korang sila LIKE Facebook Nora Danish sebab banyak gambar-gambar comel miliknya di sana. Memang Nora Danish suka camwhore. Comel gila doo ~~~