Written by AbangNara | March 1st, 2011

kru studios

Tinggal seminggu lagi filem Hikayat Merong Mahawangsa akan ditayangkan, kontroversi filem tersebut sudah pun bermula. Hari ini, editor hiburan Harian Metro melahirkan rasa kekecewaannya kerana pihak KRU Studios tidak menjemput pihak media cetak ke tayangan filem tersebut. Senang cakap, pihak Harian Metro sentap sebab tak dapat jemputan tengok preview filem Merong Mahawangsa.

Fikir punya fikir balik, memang ada kewajaran untuk sentap jugak. Tapi secara logiknya, tak mungkin pihak KRU sengaja tak mahu menjemput mana-mana media cetak terutamanya Harian Metro untuk menonton filem ini. Abang Nara rasa ada salah faham yang berlaku. Takkanlah pihak KRU yang sudah lama dalam bidang ini tak mahukan publisiti daripada media cetak. Itu sangat tak logik.

Sedikit sedutan kata-kata SS yang nampak hampa dengan sikap KRU ini.

[note]SS faham, kalau tempat duduk tidak cukup, pihak media cetak sebenarnya boleh menghantar jurugambar untuk membuat liputan kerana sekurang-kurangnya ia sendiri dapat membantu dari sudut publisiti positif macam SS katakan tadi.
Kenapa KRU tiba-tiba menjadi terlalu berkira? Dulu masa filem Magika, boleh pula mereka bawa wartawan ke Perlis untuk tayangan diraja? Nasihat SS, hubungan baik dengan media perlu KRU dikekalkan dan semestinya ia tidak pernah menjadi satu kerugian apabila mana-mana penyanyi, pelakon, produser dan setiap anak seni berbaik dengan pihak media. Masing-masing saling memerlukan. [/note]

Pada pandangan Abang Nara, kemungkinan besar ada salah faham antara pihak KRU dan pihak Harian Metro. Cuba try contact balik dan tanya di mana silapnya. Jangan sebab hal sekecik ini filem Hikayat Merong Mahawangsa tak mendapat promosi yang sepatutnya. Pihak produksi dan pihak media cetak saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Kalau tak bekerjasama, nanti dua-dua yang rugi. Tak gitu?

P.S: Kemungkinan besar 12 Mac (Sabtu), pihak BeautifulNara akan membuat tayangan filem Merong Mahawangsa di Cineleisure The Curve secara percuma untuk pembaca-pembaca BeautifulNara. Anda berminat nak join? Nantikan update dari Abang Nara tentang cara nak pergi menonton filem ini.

Written by AbangNara | March 1st, 2011

Dari dulu lagi Abang Nara dah dengar cerita-cerita hubungan Dewa 19 dengan Yahudi dan gerakan Freemason. Benar atau tidak, Abang Nara tak dapat tentukan. Menariknya minggu lepas ada seorang pembaca telah berkongsi video di atas. Katanya mungkin video ini dapat membuka mata kita semua. Cuba anda tengok dan bagitau pendapat anda.

P.S: Masuk contest Ford Fiesta yang baru dan rebut peluang memenangi tiket ke Hollywood menonton American Idol 10.

Written by AbangNara | March 1st, 2011

maher zain

Selamat sudah konsert 2 hari Maher Zain di Stadium Malawati Shah Alam baru-baru ini. Dengar cerita tiket-tiket konsert Maher Zain habis macam pisang goreng panas. Full house khabarnya. Hebat betul penangan Maher Zain ini. Dan dengar cerita persembahan Maher Zain pun hebat sangat sampai ramai yang teruja dibuatnya.

Tup-tup Abang Nara dapat satu cerita yang kurang enak berkaitan dengan konsert Maher Zain ini. Sumber ini sememangnya sangat boleh dipercayai. Kepada peminat kipas susah mati Maher Zain, jangan risau sebab menurut sumber ini, Maher Zain memang OK. Tak ada masalah apa-apa. Masalahnya ialah manager Maher Zain,

Khabarnya manager Maher Zain ini kekwat orangnya. Semua benda nak ditukar last minute. Dalam latihan dah berlatih nyanyi lagu-lagu tertentu, tup-tup time konsert suruh tukar lagu lain. Habis terpinga-pinga musician dan penyanyi-penyanyi backup. Tahulah anda itu manager tapi janganlah buat sesuka hati anda. Ikut macam latihan sudahlah.

Sampai tahu tahap Maher Zain sendiri mencabut alat perhubungan yang digunakan dengan managernya. Mungkinkah Maher Zain sendiri bengang dengan arahan last minute managernya? Itu tak dapat dipastikan tapi kalau dah sampai tahap macam tue, kemungkinan besar Maher Zain pun stress dengan managernya. Tak gitu?

Yang penting, musician-musician Malaysia semuanya professional belaka. Walaupun terpaksa ikut cekadak manager Maher Zain, mereka masih mampu tersenyum dan rileks je follow apa yang dimahukan. Kalau Abang Naralah, mahu berambus terus daripada pentas konsert tue. Panas jugak hati kalau ada orang yang tukar semua perancangan last-last minute.

Kesimpulannya, dunia hiburan Malaysia terutamanya industri nasyid perlu cipta satu ikon seperti Maher Zain. Tak dinafikan aura Maher Zain memang sangat hebat, tapi takkanlah kita taknak tengok rakyat negara kita sendiri sehebat Maher Zain? Kalau Maher Zain yang bukan orang kita boleh buat konsert sebesar ini dan dihadiri dengan ribuan penonton, kenapa kumpulan nasyid kita tak boleh pulak? Ini satu perkara yang kita perlu fikir-fikirkan.

Apa pun tahniah kepada Maher Zain atas kejayaan konsert ini. Kepada manager Maher Zain, janganlah kekwat sangat. Anda tue bertandang ke negara orang lain. Hormatilah budaya kami. Bukan susah pun. Tak gitu?

P.S: Kalau anda sedih tak dapat tengok konsert Maher Zain, apa kata join pertandingan Milo Fuze Jam Pack ini. Ubati kesedihan anda dengan hadiah yang bernilai lebih RM40,000. Menarik gila!!!

Page 26 of 26« First...10...2223242526