Written by AbangNara | January 11th, 2011

watie.6

Ingat lagi entri kami yang bertajuk Angelina anak siapa? Rasanya semua orang tahu yang artikel tersebut ditujukan kepada Watie Elite. Gagal mencari Watie Elite untuk penerangan, akhirnya abang ipar Watie Elite berjaya ditemui untuk merungkai rahsia ini. Jawapannya ialah, Angelina adalah anak halal Watie Elite bersama bekas suaminya 15 tahun dahulu.

[note]

Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.

Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.

Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya (kakak Watie), dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya di halang oleh mereka. [/note]

Kata abang ipar Watie Elite lagi, ibu angkat kepada Angelina ini bermotifkan duit apabila mendedahkan hal ini. Kata abang ipar Watie Elite, ibu angkat Angelina kini adalah seorang ibu tunggal dan kesempitan wang. Jadi mereka menggunakan Angelina untuk mengugut Watie. Tetapi Watie Elite tidak mahu memberikan wang kepada ibu Angkat Angelina. Padahnya, ibu angkat Angelina keluar berjumpa media untuk menjatuhkan nama Watie Elite.

Untuk makluman, Watie telah pun berjumpa dengan anaknya 2 bulan yang lepas. Dan Watie telah berjanji untuk membawa anaknya untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur selepas segala urusan kerjanya selesai. Namun entah mengapa tiba-tiba si ibu angkat Angelina ini keluar di Melodi walaupun telah bersetuju ketika berjumpa dengan Watie Elite.

Kami taknak cakap banyak-banyak. Yang penting anak halal ataupun anak haram, Watie kenalah menjaga si Angelina. Lagi-lagi kalau anak halal. Darah daging sendiri tue. Semoga hal ini dipermudahkan untuk Watie. Info sebenar dari ManggaOnline.

P.S: Comel gila baby girl nie main dengan monyet.

Written by AbangNara | January 10th, 2011

elyanamengandung

Untuk anda-anda yang selalu menghantar email bertanyakan betul ke tidak Elyana sudah mengandung, inilah jawapannya. Elyana sudah pun mengandung 4 minggu. Confirmation ini dibuat melalui blog rasmi Elyana. Tahniah kami ucapkan dan kami doakan agar Elyana dan kandungan akan sihat sejahtera.

P.S: Kadang-kadang Abang Nara terima email yang berkongsi gosip dan info terkini tentang dunia hiburan Malaysia. Terima kasih kami ucapkan atas perkongsian. Kalau Abang Nara tak ceritakan di sini, maknanya Abang Nara tengah buat kajian lagi pasal cerita tersebut. Tak boleh main hentam letak je tanpa buktikan? Tak gitu?

Written by AbangNara | January 10th, 2011

twitterdatuksiti2

Menarik sungguh apabila Datuk Siti Nurhaliza sudah pun mempunyai Twitter yang rasmi. Dan tepat jam 12 malam ini, Datuk Siti bakal menyambut hari jadinya yang ke 32. Doa kami dan jutaan peminat anda sudah pastinya agar Datuk Siti cepat-cepat dapat menimang cahaya mata.

Untuk anda semua, sila follow Twitter Datuk Siti Nurhaliza di @siti_nur11. Setakat ini baru 130 orang yang follow Datuk Siti. Ini sungguh memalukan untuk sesorang yang bertaraf Diva. Paling minimum Datuk Siti kena ada 50,000 follower. Baru diva da vas gitu.

Cepat pergi follow dia sebab Datuk Siti suka tweet gambar-gambar dia yang comel. Tak percaya sila baca entri ini sepenuhnya untuk melihat gambar-gambar yang telah ditweet oleh Datuk Siti.

 
Written by AbangNara | January 10th, 2011

anaraffali3

Abang Nara tahu yang Abang Nara confirm akan kena maki hamun kerana tulis benda ini. Abang Nara bukan nak menidakkan kemenangan Ana Rafali dalam AJL25. Sememangnya lirik dan melodi Tolong Ingatkan Aku memang layak digelar juara. Tak cukup dengan Facebook Kami Tak Bersetuju Ana Rafali Jadi Juara AJL25, pagi tadi Abang Nara terima satu email yang menunjukkan sesuatu di Facebook Ana Rafali.

anaraffali

Anda ada nampak kan nama Andy Flop Poppy di situ? Untuk makluman, Andy Flop Poppy adalah salah seorang juri AJl25. Tetapi seperti biasa Abang Nara tak nak terima bulat-bulat info yang dihantar. Abang Nara kena buat siasatan macam Detektif Conan. Maka Abang Nara pun terus ke Facebook Ana Rafali untuk mengesahkan info ini.

anaraffali2

Seperti yang anda lihat, memang tiada nama Andy Flop Poppy di dalam Facebook Ana Rafali. Persoalannya ialah, adakah gerakan untuk menjatuhkan nama baik pihak penganjur AJL25 dan kredibiliti kemenangan Ana Rafali sudah bermula? Kalau betul, apa motif diorang nie? Dah tak ada kerja nak buat sangat ke? Atau sememangnya nama Andy Flop Poppy pernah ada di situ? Hanya admin Facebook Ana Rafali yang tahu jawapannya.

Abang Nara taknak cakap banyak nanti kena saman pulak. Apa pun Abang Nara harapkan sudah-sudah la tue pertikaikan keputusan AJL25. Bak kata ramai orang, tahun ini rezeki Ana Rafali. Mungkin tahun depan rezeki penyanyi kegemaran anda pulak.

Update: Abang Nara baru dapat info yang sememangnya Andy Flop Poppy adalah salah seorang daripada ahli kumpulan The Marhaens. Memang dari dulu lagi dah. Lagipun bak kata anda semua, juri ada ramai. Takkanlah Andy boleh pengaruhi keputusan kot? Lagipun sifu M. Nasir tue ketua juri. Mesti ada seni yang sifu M. Nasir ketahui tapi kita tak tahu sebab kita tak belajar seni macam dia. Tak gitu?

Page 20 of 30« First...10...1819202122...30...Last »