Written by AbangNara | November 29th, 2010

nora danish

Kalau tak silap tafsiran kami, artis yang dimaksudkan di dalam tulisan CAK di Harian Metro semalam tak lain tak bukan ialah si janda manis, Nora Danish. Menurut CAK, Nora Danish sengaja bercerita kepada rakan-rakan media yang dia akan pergi bercuti bersama bekas suaminya, anak dan keluarga mentuanya.

Tambah hebat Nora Danish siap bercerita lagi tentang destinasi dan aktiviti yang bakal dilakukan bersama di sana. Kalau bahasa sekarang, kiranya sembang lebat la nie. Motif utamanya? Tak lain tak bukan sengaja mahukah Fasha Sandha panas dan jealous. Kira bakar line la nie.

Tapi nampaknya motif ND tidak akan tercapai kerana Jejai khabarnya tidak akan dapat ikut sama bercuti kerana ada urusan perniagaan masa itu. Agaknya bengang kerana bakal gagal bakar line kepada Fasha Sandha, Nora Danish menghantar SMS kepada Jejai dan kata jika tidak mahu ikut, dia dan anak mereka juga tidak mahu meneruskan rancangan itu.

Seriously kami tak tahu sama ada gosip ini benar-benar sahih ataupun tidak. Sekali tengok Nora Danish tak nampak seperti seseorang yang sanggup melakukan hal sebegini. Tapi siapa tahu kan? Mungkin Nora Danish masih sayangkan Jejai. Kalau tak sayang buat apa nak bakar line sampai tahap macam nie kan?

Kita tunggu kenyataan rasmi dari Nora Danish, Fasha Sandha dan Jejai tentang hal ini. Tapi bagi kami cuma ada satu jalan penyelesaian untuk kemelut diorang bertiga nie. Kawin ajerlah Jejai dan FS. Confirm takkan ada dah gosip-gosip macam ini. Tak gitu?

Written by AbangNara | November 29th, 2010

beautifulnara

Semalam, 28 November 2010 genaplah usia 2 tahun untuk BeautifulNara.com. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Selama 2 tahun ini, bermacam-macam peristiwa yang terjadi dan semuanya telah berjaya kami harungi dengan sokongan anda semua. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

beautifulnara

Kini BeautifulNara.com adalah laman web ke 96 paling banyak dilawati di Malaysia. Suatu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk blog berusia 2 tahun ini. Dengan lebih 1.5 juta pelawat setiap bulan, tak salah untuk kami sasarkan untuk berada di kelompok 50 blog paling banyak dilawati untuk tahun ketiga ini. Sekali lagi terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong kami.

beautifulnara

Di tahun ke 2 ini, seramai lebih kurang 14 juta pelawat telah melayari laman blog ini. Semoga tahun ketiga untuk BeautifulNara.com akan ada lebih banyak peningkatan. Jangan lupa jadi fans Facebook BeautifulNara dan follow kami di Twitter. Thanks a lot again.

P.S: Nanti kami buat contest ye untuk anda semua.

Written by AbangNara | November 29th, 2010

siti nurhaliza avita

Rasanya semua orang sudah tahu yang Datuk Siti Nurhaliza tidak menghadiri majlis pernikahan Siti Saerah baru-baru ini. Dan Datuk Siti telah pun mengakui yang dia sememangnya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana ada hal dan kerja yang perlu disiapkan di Singapura. Kata Datuk Siti:-

[note]Memang saya dan suami tak dapat hadir pada majlis pernikahannya itu kerana ada hal dan kerja yang perlu diselesaikan di Singapura. Tetapi pada awalnya lagi jadual untuk ke Singapura telah pun ditetapkan. Saerah serta keluarga juga sudah mengetahuinya. Jadi keluarga pun faham atas perkara itu.[/note]

So selepas ini harap-harap janganlah ada spekulasi yang kononnya Datuk Siti tidak mementingkan keluarganya lagi. Nak buat macam mana, memang Datuk Siti ada kerja yang perlu diselesaikan di luar negara. Bercakap mengenai perkahwinannya dahulu, sebenarnya Datuk Siti pun mengimpikan perkahwinan yang sempoi. Katanya:-

[note]Terus-terang kalau boleh, saya pun mahukan majlis yang sederhana seperti Saerah tetapi oleh kerana mahu menghormati peminat-peminat saya yang selama ini menyokong saya serta status yang saya miliki, saya terpaksa merelakan majlis perkahwinan saya dilakukan secara terbuka dan besar-besaran.[/note]

Oh ya, selepas Simply Siti, kini Datuk Siti telah mengeluarkan produk barunya yang diberi nama Siti Avita. Produk kecantikan Siti Avita ini lebih kurang macam produk anti penuaan lah. Kagum kami dengan otak business Datuk Siti. Kami doakan semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang Datuk Siti ceburi.

Sumber berita dari Murai.

Written by AbangNara | November 28th, 2010

johan raja lawak

Akhirnya Johan Raja Lawak mengakui yang dia sudah berkahwin dengan Ozlyn 5 tahun yang lalu. Mereka berdua sebenarnya dah berkahwin sebelum Johan bergelar artis lagi. Ingat lagi gambar berpeluk Johan dengan Ozlyn? Itu semua sebenarnya adalah halal sebab diorang dah berkahwin dah pun.

Dan untuk pengetahuan anda, gambar seorang kanak-kanak bersama Johan dan Ozlyn yang pernah tersebar suatu ketika dahulu adalah anak mereka berdua. Maka terjawaplah persoalan anak yang dilahirkan tahun ini, yang dikatakan tidak cukup bulan tetapi lahir dengan berat 4kg. Sebenarnya mereka memang sudah bergelar suami isteri sebelum itu lagi. So tiada apa-apa masalah.

Kami faham kadang-kadang sukar untuk artis mengakui yang mereka sudah berkahwin kerana takut populariti jatuh merudum. Dan kami respek dengan Johan sebab akhirnya mengaku jugak. Apa-apa pun, kami doakan agar rumah tangga mereka bahagia sehingga ke akhir hayat. Sumber berita BiPop.