Written by AbangNara | October 28th, 2010

rita rudaini aidil

Semalam kami ada keluarkan berita yang menyatakan Aidil ke mahkamah untuk membuat tuntutan menjaga anak berdasarkan laporan dari Harian Metro. Rupa-rupanya apa yang dilaporkan oleh Harian Metro tidak tepat. Aidil memang ke mahkamah tetapi bukan untuk membuat tuntutan menjaga anak. Dia cuma mahu menangguhkan sulh(perbincangan) yang telah dibuat Aidilfitri lepas.

[note]Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas saya ada buat permohonan ini (sulh) kerana tiada jalan lain untuk saya mendapat nasihat tetapi sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik. Disebabkan itulah saya perlu membuat penangguhan tersebut melalui peguam saya agar tidak menyusahkan pihak mahkamah nanti.[/note]

Perkataan penting di kenyataan di atas ialah “sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik“. Kami harap perkara ini tak berpanjangan memandangkan Rita pun sedang mengandung anak yang kedua. Untuk makluman, Aidil sengaja tidak mahu membatalkan sulh sebab tak mahu susah-susah daftar semula sekiranya wujud masalah semula.

Rita Rudaini pula kini nampaknya mula lembut hati dan mula menurut kehendak suaminya:-

[note]Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia.[/note]

Terharu kami melihat sikap toleransi kedua-dua pihak dalam hal ini. Inilah yang kami doakan selama ini. Gaduh gaduh juga tapi janganlah sampai bercerai berai. Kami akan terus doakan agar kebahagiaan menjadi milik Rita Rudaini dan Aidil. Sumber Mstar.

P.S: Ceriakan hari anda dengan status Facebook yang lawak-lawak.

Written by AbangNara | October 28th, 2010

Salam semua, pada 5-7 November SetelKahwin.com bersama-sama Orangevision Resources akan menganjurkan Karnival Pengantin bertempat di ‘Shah Alam Convention Centre dari 8am-9pm. Anda dijemput hadir untuk memeriahkan lagi dan berpeluang melihat pelbagai kelengkapan perkahwinan yang menarik!

Sebarkan banner ini! Terima Kasih :)

Karnival Pengantin SACC Shah Alam

More info boleh ushar Facebook SetelKahwin.

Written by AbangNara | October 27th, 2010

gambar vanida imran

Ramai rupanya peminat Vanida Imran kat sini. Kami akui Kak Vee memang sangat cantik, pandai berfesyen, dan paling penting hebat berlakon. Terbaru di Festival Filem Malaysia yang ke 23, Vanida Imran telah memenangi Anugerah Best Dress untuk pelakon perempuan. Berdasarkan gambarnya di atas, kami sokong 100% kemenangan Vanida Imran.

Satu lagi perkara yang kami cukup kagumi ialah keutuhan rumah tangga Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Untuk makluman, tahun ini ialah ulangtahun ke 10 perkahwinan mereka berdua. Kami doakan agar perkahwinan mereka berdua berkekalan sehingga akhir hayat. Setakat ini memang kisah rumah tangga mereka berdua tidak dijaja di mana-mana. Kami suka bab itu.

Untuk anda yang meminat Vanida Imran, lagi gambar Vanida Imran di malam FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 27th, 2010

gambar rozita che wan

Sesungguhnya apabila hadirnya Rozita Che Wan ke mana-mana majlis, mata kami akan terus gelap dan tak nampak orang lain dah. Pandangan mata kami hanya memang terjurus kepada RCW sahaja. Keayuannya, keanggunannya dan kecantikannya memang mencairkan walaupun umur RCW sudah agak berusia. RCW seperti ada satu aura yang menyebabkan dia lebih menyerlah dari artis lain.

Apa pun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Peek-A-Boo yang sudi menjemput kami ke majlis pelancaran Peek-A-Boo di Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini. Kalau anda jenis gila berfesyen dengan rambut, kami cadangkan Peek-A-Boo sebab mereka sangat professonial dan sudah berpengalaman lama dalam bab-bab rambut ini.

Kembali kepada Rozita Che Wan, malam tersebut kami hanya memandang RCW dari kejauhan sahaja. Niat di hati ingin bergambar bersama si cantik manis ini, tetapi lidah ini terasa kelu setiap kali menatap wajahnya. Akhirnya kami memahami perasaan mereka-mereka yang jatuh hati dengan RCW. Memang gorgeous gila.

Lagi gambar Rozita Che Wan dan beberapa artis lain dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 3 of 2312345...1020...Last »