Written by AbangNara | August 30th, 2010

maizawati miss world

Agak pelik tapi itulah kenyataannya. Maizawati yang baru sahaja berkahwin baru-baru ini rupa-rupanya telah menyertai satu pertandingan kecantikan yang diberi nama Mrs Beauty Malaysia 2010. Mungkin tawaran hadiah wang tunai RM10,000 dan peluang untuk bertanding di Mrs Beauty World 2010 di Las Vegas menyebabkan Maizawati menyertai pertandingan ini.

Sedikit info yang agak menarik tentang pertandingan ini, ianya khas untuk mereka-mereka yang telah berkahwin sahaja. Dan mereka yang join boleh mewakili negeri kelahiran sendiri atau negeri kelahiran suami mereka. Mungkin sebab itu Maizawati mewakili negeri Sabah.

maizawati miss world

Paling bagus pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 bukan seperti pertandingan ratu cantik yang lain. Kesemua peserta dilarang untuk memakai baju renang, pakaian jarang dan yang menjolok mata. Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan.

All the best buat Maizawati. Mana tahu ada rezeki pengantin baru boleh menang.

P.S: Muntah darah tengok video miming lagu Spice Girls nie. Serius lawak.

Written by AbangNara | August 28th, 2010

gambar kahwin marion caunter sm nazarudin

Adui. Antara amoi yang cun di mata kami, Marion Caunter bakal berkahwin dengan bos besar Naza KIA, SM Nasarudin Disember ini. Mereka berdua sudah pun bercinta selama 5 tahun. SM Nasarudin berumur 27 tahun manakala Marion Caunter 30 tahun.

Marion Caunter mengesahkan berita perkahwinannya dengan Nazarudin:-

[note]Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti,” katanya ketika dihubungi semalam. Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah. [/note]

Kami doakan SM Nazarudin dapat membimbing Marion Caunter sebagai seorang isteri yang solehah selepas pernikahan kelak. Tahniah kami ucapkan.

Written by AbangNara | August 27th, 2010

aida aris cerai

Penceraian sememangnya mahu dielakkan oleh mana-mana pasangan suami isteri (mungkin pengecualian jika suami anda bernama Roslin Hashim), tapi akhirnya pasangan Aida dan Joe Razwill telah sah bercerai semalam. Joe telah melafazkan talak satu ke atas Aida di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Penceraian ini terjadi selepas Aida memohon fasakh kepada Joe. Selepas penceraian, Aida telah bersetuju untuk menggugurkan segala nafkah edah dan mutaaah. Bagus lah gitu. Kiranya taknak menyusahkan sesama sendiri la nie. Lagipun Aida pun rasanya mampu untuk hidup sendiri.

Takziah kami ucapkan kepada Aida dan Joe yang terpaksa melupakan hasrat untuk sehidup semati selepas berkahwin selama 10 tahun. Nampaknya jodoh mereka hanya setakat itu. Moga-moga menjumpai pasangan yang lebih baik selepas ini.

All the best untuk Aida dan Joe.

Written by AbangNara | August 27th, 2010

malingsia

Maaf sebab lari topik daripada dunia artis. Niat di hati tak nak cerita pasal nie, tapi perasaan geram ini tak dapat dibendung lagi. Geram betul tengok gambar bendera Malaysia dipijak-dipijak dan dipalit dengan tahi oleh orang Indonesia. Tak ada kerja sangat ke diorang nie?

Bak kata saudara Rohaizad (anda kena baca artikel nie), diorang nie tak ingat ke berapa ramainya sedara mara diorang yang mencari rezeki di sini? Tak habis-habis nak buat “sweeping Malaysia”. Kang balas dengan “Sweeping Indonesia” baru nak insaf. Memang kurang ajar betul diorang nie.

Tapi bukan semua rakyat Indonesia macam nie. Ada jugak yang baik dan memahami. Rasanya mereka-mereka yang buat benda kurang ajar nie confirm jeles dengan kemewahan Malaysia. Itu yang sikit-sikit buat demo. Mungkin diorang dulu pernah apply nak jadi “bibik” kat sini tapi kena tolak. Itu yang kecewa sangat tue.

Kalau ada rakyat Indonesia yang membaca ini, tolong nasihatkan sikit member-member anda yang tak ada kerja tue. Baik suruh gi tanam padi ke daripada gi pijak bendera negara orang. Ada sikit pekdahnya di bulan Ramadhan nie.

Page 2 of 1612345...10...Last »