Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Alyah: I Tak Kesah pon…

Sunday, January 31st, 2010

Aiman Alyah tak kesah……

Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’. Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”

Oh…kalau berbikini barulah Alyah rasa dia keterlaluan. Ya ya, mungkin kalau pakai bikini atas pentas memanglah melampau kan. Tak pernah dibuat orang lagi.

Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.

Yaa, memang sekarang kami semua dah kenal Alya, tapi kalau tak pakai leggings hijau tu, lagi cepat Alya  popular.

Eh tapi kan, macam pernah ku tengok gaya Alyah ni…tapi di mana ya??

Tekan untuk tengok gaya sebijik macam gambar Alya kat atas tu… (more…)

(PANAS)Artis Hidup Mewah Jual Ganja

Friday, January 29th, 2010

artis jual ganja

Aduhai artis Malaysia. Kami ingatkan kau kaya sebab banyak show. Sekali sebab jual ganja daaaa. Memang kecewa jiwa raga nie. Kalau teringin nak jadi kaya pun, janganlah sampai jual ganja. Buatlah bisnes ke apa ke. Kan ke haram duit jual ganja tue?

Nie kata-kata dari suratkhabar Harian Metro:-

Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Yang tak tahan ada 3 orang awek lagi kat kondominium artis nie masa polis datang. Then bila dah gelabah kena serbu, kelam kabut buang ganja dalam kotak ikut balkoni. Tapi dia tak tahu polis lagi bijak. Ada polis-polis kat bawah sedang menunggu hasil balingan dia tue.

Sekarang nie artis tue dan 3 orang awek dah pun kena tahan reman. Rasa-rasanya kalau didapati bersalah hukuman dia gantung sampai mati kot. Berani buat berani tanggung la beb.  Tapi siapa artis tue ek?

(GAMBAR)Zizie Ezette Peluk Sapa Tue?

Thursday, January 28th, 2010

zizie ezette

Oh rupa-rupanya ada 2 keping gambar lagi dari koleksi gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bersuka ria. Tapi siapa makhluk yang dipeluk dan dicium oleh Zizie itu tidak dapat dikenalpasti. Mungkinkah anak Bung? Layan ~~~~~~~~

zizie ezette

(GAMBAR)Super Cute Diana Danielle Versi Iban

Thursday, January 28th, 2010

diana danielle

Kami dulu tak ada lah minat sangat kat si Diana Danielle nie. Suka sikit-sikit tue adalah sebab yang dia memang comel, cute dan sedap mata memandang. Tapi time dulu-dulu kontroversi banyak sangat. Tapi semenjak gambar Diana Danielle melawat orang asli Batek keluar, persepsi kami kat dia dah start berubah. Baik jugak budak nie. Ada bakat jadi duta keamanan Malaysia nie.

Dan yang terbaru baru-baru nie Diana Danielle pergi melawat perkampungan orang Iban pulak. Cool kan? Dan yang bestnya, dia pergi nie atas usaha sendiri. Bukan ada orang taja, atau orang suruh pergi. Cuma atas kesedaran diri dia sendiri. Dan kami bertambah yakin dia tak buat nie untuk publisiti murahan sebab mana ada suratkhabar yang keluarkan cerita pasal benda nie.

Tahniah buat DD. Semoga teruskan usaha anda untuk menunjukkan yang artis-artis Malaysia nie pun ada kesedaran untuk  melakukan perkara-perkara kebajikan macam nie. U go girl ~~

Lagi 30 gambar Diana Danielle semasa melawat perkampungan orang Iban dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Raja Lawak 4, Kami Sokong Alex Dan Abang Kasim

Thursday, January 28th, 2010

raja lawak 4

Korang layan tak Raja Lawak 4 ? Memula kami tak tengok la jugak, tapi skang nie dah melekat dah kat TV setiap hari Ahad pukul 9 malam. Dah siap-siap tukar channel jadi channel Astro Prima lagi. Kesian kat mak kitorang nak tengok TV1. Tapi last-last dia pun layan jugak. Sama-sama gelak ngan kitorang.

Bagi kami kali nie punya Raja Lawak ada 3 peserta yang best. Lain semua agak kureng sikit. Yang paling best sudah tentu Alex. Lawak dia memang sempoi. Tapi kami suka gak lawak Idlan ataupun lebih dikenali sebagai Abang Kasim. Siap ada jalan cerita dari episod 1 tue. Memang lawak gile!!! Dan yang paling last team Mamu. Not bad gak la lawak diorang.

Kalau korang tak layan Raja Lawak 4 kami cadangkan kepada anda untuk start tengok minggu nie. Sila jangan miss si Alex nie. Dia memang lawak. Tak percaya tengok video kat bawah nie. Bagi kami nie persembahan terbaik dia setakat nie.