
Panas, panas dan panas lagi. Awie bengang dengan Akhil Hayy dalam Harian Metro semalam. Ingat lagi tak tiba-tiba je Akhil Hayy bagitau Metro yang ada artis Malaysia yang mengamalkan ajaran sesat? Kalau tak silap minggu lepas rasanya dia buat kenyataan tue. Tiba-tiba semalam Awie dengan gagahnya membantai balik Akhil Hayy. Antara key-key point Awie ialah:-
- Akhil patut cermin diri sendiri dulu sebelum try nak tarbiah orang lain.
- Gelaran Ustaz untuk Akhil tak sesuai sebab Akhil tak ada kredibiliti tue. Rumah tangga sendiri pun tunggang langgang.
- Kenapa tetiba je Akhil nak kondem golongan artis terlibat ngan ajaran sesat? Macam nak cari populariti murahan je.
- Jangan ingat golongan artis nie buta agama. Diorang pun tau pasal akhirat gak.
Cuba baca sikit statement Abang Awie kita:-
[note]Saya meminta penceramah muda ini supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan melalui ‘kulit’ saja, kerana ada ketikanya ada individu mempunyai ‘kulit’ yang baik, tetapi sebenarnya busuk di dalam. Dia baru setahun jagung dalam dunia artis dan terlalu mudah serta sewenang-wenangnya mahu menilai kehidupan artis sekarang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.[/note]
Tapi mana mungkin “Ustaz” Akhil Hayy kita berdiam diri. Ada jawapan balik dari dia kepada Abang Awie:-
[note]Apa yang saya luahkan (amalan ajaran sesat di kalangan artis) atas dasar dakwah dan saling mengingati sesama golongan artis dan tiada niat untuk menunjukkan saya ini ‘suci’ berbanding orang lain. Saya juga manusia dan tidak menafikan ada melakukan kesilapan, tetapi saya mahu melihat kehidupan golongan artis diperbaiki agar berada di landasan sepatutnya. [/note]
Hmmmmmmmmmm (sambil menggaru-garu kepala berfikir). Susah kami nak cakap nak sokong sapa. Niat Akhil Hayy nak menegur tue memang dah baik dah. Tapi apa yang Abang Awie cakap pasal cerminkan diri tue pun betul jugak. Mungkin dua-dua ada kebenaran masing-masing kot? Secara peribadi memang kami rasa Akhil Hayy nie cuba mencari populariti murahan dan agak poyo dengan statementnya yang tiba-tiba tue.
Apa pendapat korang? Kalau nak tau citer penuh Akhil dan Awie nie, sila baca artikel ini selengkapnya.





