Written by AbangNara | September 12th, 2009

haliza misbun

Menarik jugak tawaran daripada Haliza Misbun nie. Bayar RM10, masuk wayang, tengok cerita dia berlakon dan dapat pakej tengok lurah dendam dia dari view yang paling baik punya. Dari tajuk filemnya “Andartu Terlampau,,, 21 Hari Mencari Cinta” pun kami dah boleh agak betapa dalamnya lurah Haliza Misbun akan ditayangkan. Menunjukkan kemantapan aset 2 bijik itu adalah teknik desperate untuk andartu-andartue sekarang mencari pakwe.

“Apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama. Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton.

Yeah kami sokong Haliza Misbun. Memang pemikiran dia menitik beratkan kepuasan penonton. Tapi dapatkan penonton dipuaskan dengan aset dia yang agak sudah sezen dan tua? Itu kalau nak tau kena la pergi tengok cerita Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Cinta nie. Tapi kami tak rekemen pergi tengok kalau nak layan filem, kalau nak gi layan lurah dendam Haliza Misbun kami galakkan.

Sekian, satu lagi statement bodoh daripada seorang pelakon Malaysia di bulan puasa ini.

Written by AbangNara | September 11th, 2009

zahida rafik

Kagum. Sesungguhnya kami memang kagum, terkagum, mengkagumi dan berkagum dengan usaha Zahida Rafik. Tiada ucapan lain selain tahniah yang patut kami berikan kepada Zahida Rafik. Sememangnya dia deserved untuk diberikan ucapan tahniah. Tiada kompromi lagi.

Kenapa kami beria sangat nak memuji Zahida Rafik nie? Untuk anda yang tak tahu, Zahida dalam senyap-senyap dah pun menubuhkan satu persatuan amal yang diberi nama Friends Ukhuwah. Nama pun dah sedap didengar kan? Apa kejadahnya Friends Ukhuwah nie pulak? Haaaa (baca dengan nada kagum). Meh sini kami cerita.

Friends Ukhuwah ini adalah satu pasukan amal yang ditubuhkan oleh Zahida Rafik ngan bantuan kawan-kawan dia. Diorang dah aktif bergerak membuat kerja-kerja amal dari awal tahun 2009 lagi dah. Antara aktiviti diorang ialah meraikan anak-anak yatim, membantu mangsa HIV dan AIDS, menganjurkan majlis berbuka puasa dan macam-macam lagi lah. Memang terbaiklah Zahida Rafik nie.

Yang tambah terbaik dan mengkagumkan ialah selepas 9 bulan barulah Zahida berjaya dikantoikan buat persatuan amal nie. Memang zuhud tahap tinggi nie. Senyap jer dia buat kerja amal. Tak kecoh-kecoh. Tak ada nak masuk TV ke majalah ke. Orang kata sampai tangan kiri pun tak tau lah dia buat kerja macam nie. Memang wajar dijadikan artis contoh.

Buat Zahida Rafik, tahniah daripada kami atas usaha anda. Teruskan niat murni anda untuk membantu mereka-mereka yang tak berupaya dan kurang bernasib baik. Kalau ada masa nanti, jemputlah kitorang sekali. Kami pun nak join jugak buat amal kebajikan nie.

Written by AbangNara | September 11th, 2009

siti nordiana

Ciannya kami kat Siti Nordiana nie. Memang dah confirm kena cerai talak dua dengan bekas suami dia guna telefon jer. Muda-muda lagi dah jadi janda. Nasib baik masih hot gitu. Rasa-rasa nanti ramai ke Dato’-Dato’ nak try masuk line ngorat si Nana nie?

Bila baca-baca balik penjelasan Nana nie, nampak macam dah kena cerai sampai talak tiga. Confuse sekejap kami dibuatnya. Mungkin korang boleh cuba baca pengakuan Nana nie dan memahami berapa banyak talak sebenarnya si Nana nie diceraikan.

Untuk membaca dengan lebih jelas kronologi penceraian Nana dengan suaminya Faizal, sila baca artikel ini selengkapnya.

 
Written by AbangNara | September 11th, 2009

Wah, seronok betul kalau kahwin atau dapat anak pada tarikh special cam ni. Senang aja nak diingat. Macam anak no4 Sharifah Shahirah ni lah, baby Auddra . Baby Auddra lahir pada 090909 (senangnya nak taip) kat Hospital Gleneagles Ampang , pada pukul 9 pagi pulak tu!

ish ish timing  bagus betul la baby ni. Pandai sungguh pilih hari dan waktu nak keluar. Patutnya baby dijangkakan lahir pada 1109, tapi deorang cepatkan kelahiran. Takpelah kan asalkan baby & maknya sihat….lagipon berapa hari je beza pon kan, doktor kata OK, ON je lah kan.

apa-apapon tahniah dari BeautifulNara untuk Sharifah Shahirah & Ijoy dapat baby ke 4. Kami rasa salute dengan deorang ni sebab biasanya kalau dah 2 atau 3 tu, biasanya dah taknak dah lagi-lagilah sebab deorang ni artis. Tapi inilah contoh rumahtangga artis yang bahagia dan penuh dengan gelak ketawa anak-anak. Chewah.

Page 10 of 18« First...89101112...Last »