Secara peribadi, Abang Nara menggemari perhiasan yang digunakan di dalam majlis pernikahan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri ini. Simple, warna yang menenangkan mata dan nampak sangat elegan. Memang sesuai dengan Jovian yang merupakan seorang pereka fesyen tersohor Malaysia dengan rekaan-rekaannya yang sering mencuri perhatian orang ramai.
Menerusi akaun Instagramnya, Jovian Mandagie turut sama berkongsi detik-detik dirinya melafazkan akad nikah untuk menjadikan Nina sebagai isterinya yang sah. Penuh ketenangan, kemachoan dan kecoolan. Sekali lafaz sahaja semuanya sudah setel.