(15 GAMBAR)Zul Ariffin Yang Semakin Popular Menerusi Drama Rindu Awak 200%

Hiburan

(15 GAMBAR)Zul Ariffin Yang Semakin Popular Menerusi Drama Rindu Awak 200%

Tajuk drama Rindu Awak 200% pun memang sudah ‘catchy’ untuk menarik perhatian Abang Nara menontonnya. Sempatlah tengok beberapa episod ketika cuti raya baru-baru ini. Menarik juga ceritanya. Beberapa perkara yang Abang Nara sedari ialah Zul Ariffin bukan sahaja kacak orangnya, tetapi badannya boleh tahan ‘tough’. Tengok lengan besar semacam je. Kalau lempang Abang Nara mesti tak bangun 3 hari.

zul ariffin

Advertisement

Agak pelik juga kenapa Zul Ariffin yang mempunyai pakej lengkap agak lambat untuk meniti titian populariti. Apa pun nampak gayanya menerusi drama Rindu Awak 200% ini, nama Zul Ariffin kini semakin menjadi bualan orang ramai. Lakonannya pun mantap, bersahaja dan sangat jelas berbakat orangnya. Tahniah!!!

zul ariffin

Buat anda yang menaruh hati kepada Zul Ariffin, ada berita baik mengenai percintaannya dengan Gayatri Su-Lin Pillai. Zul Ariffin menerusi portal GUA memberi sedikit bayangan mengenai keretakan percintaan mereka. Mungkin ia sudah berakhir. Ada peluanglah untuk awek-awek di luar sana. Kata Zul:-

Sepanjang bergelar pelakon, saya sudah kongsi terlalu banyak kisah mengenai hal peribadi saya. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya saya simpan perkara peribadi saya kerana cukuplah setakat ini sahaja. Sekarang ini saya kena pandang ke hadapan dan fokus terhadap karier seni saya saja.

I’m not married, yet single. No status. Apa yang boleh saya katakan, perjalanan karier sangat bagus tapi kisah peribadi, semuanya tak berapa baik. Kisah peribadi ini mungkin berkaitan keluarga dan bukan hubungan cinta semata-mata. Yang pasti, saya tak boleh lari dan perlu menanganinya

zul ariffin

Dengan saham yang semakin meninggi sejak drama Rindu Awak 200% sejak kebelakangan ini, pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang mengimpikan Zul Ariffin sebagai kekasih mereka. Selamat mengorat Abang Nara ucapkan. Mana tahu ada jodoh anda. Lagi beberapa gambar pelakon kacak ini dengan membaca artikel sepenuhnya.


zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin
zul ariffin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...