Agak unik nama pelakon baru yang sedang meningkat naik ini. Nelydia Senrose kini semakin popular menerusi watak Ersalina di dalam drama Setia Hujung Nyawa. Dilahirkan pada tahun 1994, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan Kelantan dan Siam.
Selain memiliki wajah yang comel dan mata yang bulat, mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Nelydia Senrose juga boleh dibanggakan. Senang cerita, Nelydia ada pakej yang tersendiri. Bukan sekadar terjun ke bidang lakonan kerana mempunyai wajah yang boleh dijual.
Semoga bintang Nelydia Senrose akan lebih bersinar pada tahun 2013. Kekalkan prestasi dan jangan popular kerana kontroversi. Lagi 13 keping gambar si comel Nelydia Senrose dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Instagram Nelydia Senrose.
P.S: Maxi dress bercorak sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai anak kecil. Corak penuh pada dress dapat menyembunyikan sebarang kekotoran. Butang di bahagian depan boleh dibuka sepenuhnya, sesuai untuk ibu menyusu. Tali (sash) di pinggang memberi efek langsing dan lebih tinggi. Kain berkualiti tahan lasak, namun tetap beralun cantik menepati citarasa wanita Melayu. Layari www.edz.com.my atau LIKE Facebook EDZ untuk info lanjut.