May 17th, 2012

Selasa (15 Mei) lepas telah berlangsung Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN Sempena Festival Hari Guru 2012 di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Sebanyak 18,573 unit bahan terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah diedarkan kepada pelbagai institusi pendidikan negara, meliputi 1,609 buah sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan Perpustakaan Agensi Kerajaan.

PhotobucketPhotobucketMajlis yang dimeriahkan hampir 600 orang tetamu itu turut menampilkan persembahan dari One Nation Emcees, Alif Satar dan Asmidar. One Nation Emcees telah menyanyikan beberapa lagu hits mereka antaranya Anak Kampung. Alif Satar sudah pasti menyanyikan lagu Lelaki Seperti Aku  manakala Asmidar dengan suara gemersiknya mendendangkan lagu Laksamana Raja Di Laut dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketFestival Hari Guru ialah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta. Bahan terbitan JKKN disampaikan oleh Ketua Pengarah JKKN, Dato’ Norliza Rofli. Sebanyak 10 buah sekolah di negeri Perak telah diserahkan bahan-bahan terbitan ini sebagai simbolik kepada pengedaran bahan-bahan terbitan JKKN ke seluruh negeri.

Bahan-bahan terbitan JKKN tersebut merangkumi buku, cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) serta makalah seni budaya oleh dibeli di gerai pameran JKKN di pelbagai program, dan juga boleh dibeli secara online melalui laman sesawang POSTme.com.my.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan seperti DVD Senam Seni, DVD Pembelajaran Tari Tradisional, buku-buku kebudayaan dan kesenian dan pelbagai bahan terbitan ilmiah yang lain boleh berbuat demikian melalui pautan ini atau layari http://www.jkkn.gov.my

 


16 responses to “(14 GAMBAR)Asmidar, Alif Satar dan One Nation Emcees Di Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN”

  1. […] Cerita Artis Selebriti hari ini, Selasa (15 Mei) lepas telah berlangsung Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN Sempena Festival Hari Guru 2012 di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Sebanyak 18,573 unit bahan terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah diedarkan kepada pelbagai institusi pendidikan … Continue reading ? […]

  2. […] Selasa (15 Mei) lepas telah berlangsung Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN Sempena Festival Hari Guru 2012 di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Sebanyak 18,573 unit bahan terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah diedarkan kepada pelbagai institusi pendidikan … Continue reading → […]

  3. triple j says:

    sememangnya alif satar dan one nation emcee especially wanita berambut merah tu adalah role model terbaik utk JKKN dan festivak hari guru tu. semoga students dapat meniru benda2 baik daripada mereka contohnya mewarnakan rambut merah menyala, bergambar berpeluk sakan dgn wanita serta main filem buat hubungan terlarang dan rakam dalam 3GP tu (tddmka)

    • keanu reeves says:

      korang ni pandai komen je. utk tarik perhatian anak muda kenalah gunakan artis yang bertenaga dan popular. kalau nak harapkan tradisional je alamat susah le nak tarik perhatian anak muda sebab perkara2 tradisi ni bukan nak menarik orang2 tua saja.

      elemen popular dan komersil tu perlu ada utk menarik pelbagai golongan. tapi yalah, kerja korang pun mengomen kat blog gosip je. kalao korang bagus sgt tak da la menepek kat sini je. mestilah para remaja kita tiada merempit atau melibatkan diri dlm gejala sosial di bawah tunjuk ajar korang pengomen2 hebat kat blog gosip ni.

      lol. adioss.

  4. kuks says:

    mimi ni suara sedap plus boleh menari. tp aku x brapa nk gemar cara dia brpakaian, aku rasa agak seksi..trlalu ketat dr ats smpai bwh.seksa mata aku yg memandang.lepas tu dgn cara dia menari meliuk lintuk tu plus pakaian ketat, rasa cm aku tengok perempuan menari l*cah.minta maaf ssgt..itu pendapat aku. kalau aku compare mimy dgn stacy, aku tak rasa pulak mcm l*cah stacy. tak tau la maybe sbb stacy kecik orgnya. kdg2 aku terpikir no wonder mimy brlakon dlm 3gp.aku rasa mimy sedar dia punya tarikan s*ksual tu. korg rasa mcm mana, ke aku yg trlebih pikir?

  5. saye says:

    alamak.. ade persembahan mcm ni ke dekat adik2 sekolah skrg ni? nak tonjolkan budaya apa sebenarnya? mcm tak elok sgt je nampak

Loading...