Di kala ramai rakan artis lain mengadakan “baby shower” untuk menyambut kelahiran bakal anak, Liyana Jasmay dan suami pula memilih untuk mengadakan kenduri doa selamat. Satu inisiatif yang lebih baik dan lebih bercirikan Islam. Semoga ada keberkatan sekaligus memudahkan proses kelahiran yang dijangka pada minggu pertama bulan Mei ini.
Sudah pun memasuki 8 bulan kehamilan, Liyana Jasmay tampak lebih ceria, berseri dan semakin comel. Kalau dulu kurus kering, kini badan Liyana Jasmay sudah semakin berisi. Jelas terserlah sinar kebahagiaan dan ketidaksabaran menanti cahaya mata sulung di wajah Liyana Jasmay dan suami. Kata Liyana Jasmay kepada Mstar Online:-
Kalau nak tahu, saya sudah membuat pelbagai persiapan menantikan anak sulung saya ini dengan menyediakan sebuah bilik untuknya. Dan rasanya saya dah banyak beli baju anak, risau pula jika ia tidak sempat nak dipakai. Maklumlah, bayi kan cepat membesar. Apa-apa pun, saya akan menjaga dia seperti seorang puteri. Sama macam ibu saya menjaga saya ketika kecil.
Teringat kenangan Abang Nara ketika wife mengandungkan anak pertama. Memang teruja sangat-sangat. Setiap hujung minggu confirm pergi beli baju, cari stroller, cari baby seat dan macam-macam lagilah. Harap semua persediaan itu sudah pun dilakukan oleh Liyana Jasmay. Takut tiba-tiba terberanak lebih awal dari jadual. Hehehe. Lagi beberapa gambar sekitar kenduri doa selamat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Toyota Alphard dan Toyota Previa berada di pasaran Malaysia secara rasmi