Yeah~~~ Seronoknya kecik-kecik dah dapat berjalan-jalan bersama ibu bapa tercinta. Teringat pengalaman Abang Nara bawa Aariz jalan-jalan satu ketika dahulu. Cuak jugak. Iyerlah, nak naik kapal terbang sampai 3,4 jam. Kalau menangis tak berhenti mahu kelam-kabut dibuatnya. Nasib baiklah masa itu Aariz kecil lagi dan tak banyak buat perangai. Kalau tak mahu stress sepanjang percutian.
Melihat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya membawa anak mereka Lara Alana ke Perth, Australia membuatkan Abang Nara turut teringat kenangan dulu.  Seronok sangat-sangat berjalan sambil bawak anak. Walaupun penat mendukung, kebanyakan gambar mesti ada si anak turut sama ber’posing’ walaupun dia masih kecil dan tak faham apa-apa. Hehehe. Inilah perasaan seorang ibu bapa yang hanya akan dirasai apabila anda turut sama memegang gelaran tersebut.
Selamat bercuti Abang Nara ucapkan kepada Awal, Scha dan Lara Alana. Jalan elok-elok terutamanya kesihatan si Lara itu. Kalau nampak tak sihat mungkin boleh berehat seketika. Apa pun, Lara Alana memang comel sangat-sangat. Geram dibuatnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.