12 Kali Turun Naik Mahkamah: Kes Rumah Tangga Ezany Nizariff Belum Selesai

Hiburan

12 Kali Turun Naik Mahkamah: Kes Rumah Tangga Ezany Nizariff Belum Selesai

Sudah hampir setahun krisis rumah tangga Ezany Nizariff dan isteri Lizda Nuriyanti masih lagi belum bertemu dengan jalan penyelesaiannya.

Advertisement

Sikap isterinya yang membuat keputusan untuk terus lari daripada muka pengadilan membuatkan Ezany bingung kerana beliau sebenarnya sudah 12 kali turun naik mahkamah.

Rasanya sejak kes tersebut heboh diperkatakan saya sudah 12 kali turun naik Mahkamah Syariah. Tapi hanya pihak saya sahaja yang hadir tanpa kehadiran pihak di sana (isteri). Tapi sampai bila nak menyorok? Waran tangkap pun sudah dikeluarkan ke atasnya dan lambat-laun dia perlu hadir juga ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah kami.

Jelas Ezany, beliau juga hampir ditahan oleh pihak polis apabila Lizda telah membuat laporan polis dan menuduh beliau mencuri sebuah kereta.  Malah, isteri beliau memanfaatkan situasi tersebut dan telah merampas serta membawa pergi anak bongsu mereka. Sehingga kini, Ezany tidak pernah lagi bertemu atau mengetahui perkembangan terkini tentang anak bongsunya itu.

Ezany dalam kenyataannya di akhbar Utusan Malaysia meminta Lizda  tidak terus lari daripada masalah . Pada masa yang sama, Ezany menegaskan beliau akan menuntut hak penjagaan anak mereka.

Sebab itu saya nak minta dia (isteri) tampil ke mahkamah dan selesaikan masalah ini. Melarikan diri tidak menyelesaikan apa-apa masalah pun sebenarnya. Saya tetap akan tuntut hak penjagaan anak menggunakan saluran yang betul. Itu sahaja yang saya fikirkan buat masa ini.

Rumah tangga Ezany retak apabila isterinya berlaku curang dengan lelaki lain dan aktor tersebut turut menjumpai bukti isteri beliau sememangnya sedang menjalinkan hubungan sulit.

Ezany dan Lizda bernikah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan  mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Rayyan Harraz, 4, dan Hayden Harraz, 2.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...