Dalam diam rupa-rupanya sudah 7 bulan Liyana Jasmay hamil. Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi sebelum penyanyi dan pelakon cilik ini bergelar ibu. Paling penting, Liyana Jasmay memang makin comel dengan “baby bump”nya semakin jelas kelihatan. Sekali pandang nampak macam anak lelaki sebab perutnya ke hadapan.
Comel kan? Kalau dulu tak leh bayangkan macam mana dengan tubuh kecilnya Liyana Jasmay nak mengandung, kini semua nampak cantik dan molek je. Apa pun Liyana akan mengumumkan jantina anaknya pada satu majlis khas 5 April ini. Buat masa ini, Liyana memanggil anak di dalam kandungannya dengan nama “Sofi”. Kata Liyana kepada Utusan Malaysia:-
Pada majlis itu juga akan diadakan doa selamat. Saya akan umumkan jantina anak saya selepas majlis itu nanti. Cuma buat masa ini, saya sudah ada nama panggilan untuk bayi saya itu yang diberi nama Sofi sahaja sebagai panggilan manja.
Kami sekeluarga memang macam itu, sebelum melahirkan anak kakak saya juga pernah memberi nama manja sebelum bayinya dilahirkan
Rasa-rasa memang macam lelaki kan? Sama-samalah kita nantikan 5 April ini. Lagi beberapa gambar Liyana Jasmay dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar RotiKaya dan MalaysianDigest.
P.S: Gambar entiti di sebuah chalet