Tarikh 19 April 2012, merupakan satu tarikh cukup bermakna apabila filem Uncle Usin, terbitan Seven Sketch, menampilkan dua pelakon komedi utama, Zizan Razak dan Johan, buat pertama kali dalam sejarah filem tempatan yang akan ditayangkan di 70 panggung sekitar Malaysia dan Singapura.
Diarahkan oleh Husri Hj. Husain, filem Uncle Usin yang menelan belanja RM 1.2 juta dan 16 hari penggambaran ini, mengisahkan bagaimana Spy 13 ( Zizan Razak ) seorang penyiasat yang ditugaskan menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris ( Mat Over ) , atas permintaan anaknya Julia ( Shikin Kamal ). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila Spy 13 telah bertemu Spy 11 ( Johan Raja Lawak ) , seterunya ketika menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam masa yang sama juga, Spy 13 telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah angkara Manan ( Ebby Yus ).
Bagi Johan, filem Uncle Usin merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya. Kata Johan,
Inilah kali pertama kami bergandingan ( merujuk kepada Zizan Razak ) dalam sebuah filem, dan ianya satu pengalaman cukup menarik. Tambahan pula, kerjasama dengan pelakon lain, seperti Shikin Kamal, Mat Over, Ebby Yus, menjadikan filem Uncle Usin ini sebuah filem keluarga yang harus ditonton.
Zizan Razak, memegang watak Spy 13 pula berkata, Uncle Usin merupakan sebuah filem penyiasatan dengan unsur komedi yang pastinya mencuit hati:-
Tidak dapat dinafikan, filem komedi masih mendapat perhatian dan mampu menarik penonton ke panggung. Oleh kerana itu, Uncle Usin merupakan sebuah filem komedi yang pastinya mampu memenuhi selera penonton kini.
Buat pengarah juga penulis skrip untuk Uncle Usin, Husri Hj. Husain berkata, peluang mengarah filem ini merupakan satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan. Kata Husri,
Bila kali pertama saya diberitahu untuk mengarah sebuah filem gandingan Zizan Razak dan Johan, saya seperti tidak percaya. Mungkin, ini peluang yang pengarah lain idamkan.
Bekerjasama dengan mereka ( Zizan Razak Dan Johan ) cukup menarik, kerana masing-masing memberikan idea kreatif yang mampu memberikan satu impak berlainan untuk filem ini.
Filem terbitan pertama Sketch Seven, Uncle Usin akan mula ditayangkan di 70 pawagam berhampiran bermula 19 April 2012. Membariskan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Zizan Razak, Johan, Nabil, Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya, Yank Kassim dan ramai lagi, dan diarahkan oleh Husri Hj Husain. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
***
Mari mengenali Kompleks JKKN Sabah:-
















No. 1 kah?
terbaek la lu derrr! ^^
ok. harapnya kelakar dan penuh makna. saya belum tengok lagi filem jidin Selenge so takleh komen panjang2.
Harap2 best la filem ni.
^_____^
perbezaan saiz ketara dulu & sekarang…namun lawak makin SUPERR…..”"wahahahahahahahahaha….alamak teruknyer..”"”
tahniah….:-)
Awek legenda budak setan..??
bkn..awek tu awek syaitonirrojim yg akn jd lgenda..haahihiihihaahaa
tahniah la awak….dpt hadiah melancong ke antartika pergi dan tak balik2…
wahh mulai skrg aku akan start minat zizan sebab dia pakai baju tokio hotel!
Kalau ada diorang berdua ni, kompem gamat cerita ni
beraninye zizan pegang katak…konpem tbelit usus ni nanti tengok derang wat lawak
kalau dia cium katak tu, dia akan jadi putera yang kacak.
Last!
mesti best punyaaaaa…
[...] tempatan yang akan ditayangkan di 70 panggung sekitar Malaysia … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged Bagi, Dalam, Filem, GAMBARGandingan, Johan, Pertama, [...]
[...] Tarikh 19 April 2012, merupakan satu tarikh cukup bermakna apabila filem Uncle Usin, terbitan Seven Sketch, menampilkan dua pelakon komedi utama, Zizan Razak dan Johan, buat pertama kali dalam sejarah filem tempatan yang akan ditayangkan di 70 panggung sekitar Malaysia … Continue reading → [...]
kalau dlm filem ni zizan ckp loghat terengganu ..lg best
mcm best je..sure gempak pnye citer ni..
wah dh boleh book ni…tp promotion x seberapa ler..pihak production,pls promote gempak skit..kasi war2 seantero dunia..baru la box office..
*ntah2 aku je yg baru yg baru taw*..upsssss…
nape johan nampak kurus??ini lame pnye nih..
mesti bertahun2 dorang tunggu filem nih ditayangkan..
aku ingatkan kumpulan meet uncle husin yg berlakon filem ni…
mana datang Meet uncle Husein nye
ye la, dah nama filem pun UNCLE USIN kan? ingatkan citer psl grup diorg.
wow , gandingan yg mantap . . Tp cm meletak harapan pd zizan n johan ja utk box office sbb pelakon lain cm . . . Btw , nara . . Story sikit ttg ex pngacara ranc gosip yg nk bunuh diri minum clorox tu . . Huhuhu , sapa kah ? ?
johan ensem la kurus!
johan hensem kurus!!
aku pun nak tengok jugak cerita ni,. Kalau tengok cerita prof Madya macam kena tipu je,harap ni tak
lau mrk b’dau d’gandingkn mst crita nye best punya….
x kering gusi kta dhentam crtia mrk b’2…..
sya blm tgk crtia nye….x sbr la pla sya nak tonton crita hasil gandingan mrk b’2….
tak sbr tnggu 19hb nanti..
msti bez punye….jozan……..
xder tiket free ke nara??
harusla aku g n0nt0n nih.. hehe..
tajuk Uncle Usin adalah smpena nama abah pengarah iaitu Haji Hussain..eh ye ke,haha..tp tngok promo kt tv cam x bes..
kenape tk ambek fasha sanda ke neelofa yg berlakon? ambek pompan ni pulak ……cite ni kelakar ke seram? kalau cite kelakar kenape tk ambek didi alias ? kalau cite kelakar jangan ambek artis yg tk kelakar punyeeee !!!
awek 2 yg blakon LBS kan???
pasal xamik diana danielle ker juliana evans ker, baru semangat skit org luar negara nak tgk. heroin xcantik cam lofa n fazura kat mesia jer boleh laku sebab org kenal, kat luar mesia, org tgk heroin xcantik, mood tgk turun. cam aku tgk citer korea, indon, filipina dsbnya, aku tau hero or heroin tu femes kat negara diorang, tapi aku bukan follower artis tuh, aku follow drama/sinetron dia jer, so tak kenal xder aura, xcun xensem xder mood
johan kurus
Dah baca sinopsis, meh baca reviewnya pula.
Kami dah buat review
Klik sini :
TQ owner blog =)
filem yg xbest…kualiti gambar xok..sinematografi xmnarik lgsung…
x best langsung..arap nama johan ngan zizan je..bab lawan ketika terbang pun nmpak tali yg gantung pelakon wanita..ugi je g tgk..member siap tido lagi..
cer uncle usin krng best la tpi zizan esem sngt cute
abg zizan hnsem bile blakon dlm cite kl gnster jee……..yg lain x!!!hahaha
abg hensem skit jee,bbandng AARON AZIZ