Pastinya ramai lelaki-lelaki di luar sana yang sedang meraung kesedihan membaca berita ini. Nampak gayanya hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada seorang menteri kelihatan seperti sedang masuk ke fasa yang lebih serius. Mereka telah pun bercuti di Bali bersama ditemani dengan ahli-ahli keluarga terapat Nora.
Kemesraan mereka berdua jelas terserlah menerusi gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh Nora Danish di akaun Instagramnya. Kalau benar-benar sudah jatuh cinta sesama sendiri, apa salahnya kan? Rayqal pun nampaknya mesra dengan Nedim. Senang cerita, macam sudah terbuka pintu yang luas untuk mereka lebih serius dengan hubungan mereka.
Apa kata anda? Sesuai atau tidak Nora jika bercinta dengan Nedim? Nama kedua-duanya bermula dengan pangkal huruf “N”. Kalau hantar kad kahwin, memang cantik dah tue. Hehehe. Lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.