Di kala kebanyakan selebriti tempatan terbang ke negara seperti Amerika Syarikat dan UK untuk bercuti, Alyah telah pun diterbangkan oleh AirAsia untuk mengenali dan mendekati sendiri Aceh, Indonesia. Seperti yang kita tahu, Aceh pernah ditenggelamkan oleh tsunami kira-kira 10 tahun yang lalu. Sedikit sebanyak hati Alyah tersentuh melihat kesan-kesan peninggalan bencana tersebut terhadap bumi Aceh.
Pengembaraan yang bermula dari 30 Januari sehingga 2 Februari ini membawa Alyah ke beberapa tempat menarik sekitar Aceh seperti Muzium Tsunami, Muzium Putroe Phang, Pulau Weh, Masjid Baiturrahman dan Masjid Baiturrahim (dua masjid yang terselamat dari tsunami), Manggal Siron (lokasi pengebumian 46,718 ribu mangsa tsunami). Kalau Abang Nara berada di situ, pasti sedikit sebanyak sebak mengenang nasib mereka yang terlibat dengan tragedi ini.
Satu hari nanti, Insya Allah Abang Nara ingin terbang ke bumi Aceh untuk melihat sendiri dengan mata ini kesan tsunami terhadapnya. Harap-harap AirAsia dapat bawa Abang Nara. Hehehe. Boleh buat dokumentari sikit. Lagi beberapa gambar Alyah di Aceh dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Keluaran terbaru di www.EDZ.com.my. Dapatkan online atau kunjungi butik EDZ di Bangi, Wangsa Melawati, dan akan datang di Shah Alam. 03-89123410.