Written by AbangNara | September 19th, 2017

Abang Nara dan isteri dah mula merancang untuk percutian bersempena cuti sekolah yang panjang hujung tahun ini. Setiap hari lepas anak tidur, kami berdua akan meng”Google” tempat-tempat menarik untuk dilawati. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah Manila dan Cebu. Banyak rupanya tempat-tempat menarik untuk diterokai di sini. Memang terasa nak terbang ke sana hari ini jugak. Manila memang sesuai untuk percutian seisi keluarga bersama anak-anak dan isteri sementara Cebu pula amat sesuai untuk mereka yang sukakan adventure dan bercuti secara solo. Antara yang best di Manila dan Cebu ialah:-

1. Intramuros

manila

Intramuros adalah perkataan daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud “within the walls”. Ia adalah dinding bersejarah sepanjang 0.67 kilometer yang dibina pada abad ke 16 dan terletak di tengah-tengah bandar Manila. Di dalamnya, terdapat Gereja San Augustin yang merupakan salah satu tapak warisan UNESCO. Kalau anda berminat dengan sejarah, memang wajib melawat Intramuros ini.

2. Makati City

manila
Makati City salah sebuah bandar di dalam Philippines’ Metro Manila yang dan merupakan hab kewangan untuk negara ini. Ia dipenuhi dengan bangunan pencakar langit dan juga kompleks membeli-belah. Selain itu, salah satu tarikan utama Makati City ialah Ayala Triangles Garden, satu kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau. Bawak anak jalan-jalan kat sini main petang tentu sangat menyeronokkan.

manila

sedap mata memandang pemandangan di Ayala Triangles Garden ini

3. Manila Ocean Park

manila

Anak-anak Abang Nara memang suka tengok haiwan laut. Jadi bila dapat tahu kewujudan Manila Ocean Park di Manila, memang makin teruja Abang Nara nak bawak diorang bercuti ke sini. Ikan jerung ada, ikan paus ada, penguin ada dan macam-macam lagilah. Abang Nara dah dapat bayangkan keletah anak-anak yang teruja apabila melihat haiwan-haiwan ini di depan mata diorang.

4. Mall of Asia

manila

Kalau bercuti ke Manila dan tak menjejakkan kaki ke Mall Of Asia ini, memang tak lengkaplah percutian anda. Umpama macam datang Kuala Lumpur tapi tak pergi KLCC. Ia adalah syurga membeli-belah dan merupakan kompleks membeli-belah keempat terbesar di Filipina. Kaum Hawa sukalah shopping nie. Macam-macam ada di Mall Of Asia ini. Sekali pergi tak cukup sebab shoppingk kompleks ini memang besar tak ingat. Kedai pun pelbagai. Puas hati shopping kat sini.

5. DreamPlay – City of Dreams Manila

manila

DreamPlay – City of Dreams Manila ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang membawa anak-anak bercuti ke Manila. Anak-anak confirm seronok dapat melihat karakter kegemaran mereka dari filem animasi seperti Kung Fu Panda, Shrek, How To Train Your Dragon dan Madagascar. Hampir kesemua watak kartun terbitan Dreamworks ada di sini. Kena luangkan masa sekurang-kurangnya satu hari di sini. Sekali-sekala gembirakan hati anak apa salahnya kan?

6. Mactan Island, Cebu

manila

Tidak lengkap percutian anda ke Cebu sekiranya tidak menikmati keindahan dan kecantikan pulau serta pantainya. Salah satu pulau yang sangat popular di Cebu ialah Mactan Island. Berdasarkan review yang Abang Nara baca, sekali dah pergi sini, mesti nak pergi buat kali kedua ketiga dan seterunya. Sangat cantik dan sangat sesuai untuk menenangkan diri sambil menikmati desiran angin pantai.

7. Danasan Eco Adventure Park

manila
Kalau anda seorang yang sukakan aktiviti lasak seperti menunggang ATV, skybike, menerokai air terjun dan memanjat batu-bata (rappeling), Danasan Eco Adventure Park di Cebu adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Selain itu, anda pasti akan terpesona dan terkesima dengan kecantikan semulajadi taman ini.

8. Osmena Peak

manila
Buat mereka yang gemar mendaki gunung, di Cebu ada satu tempat yang cukup popular di kalangan para pendaki iaitu Osmena Peak. Ia adalah puncak paling tinggi di Cebu dengan ketinggian 1,013 meter dari paras laut. Pastikan anda mempunyai stamina yang cukup dan melakukan persediaan yang secukupnya sebelum mendaki. Yang pasti, pemandangan daripada punca Osmena Peak adalah sangat mengujakan.

9. Fort San Pedro

manila
Apabila pergi bercuti ke negara orang, satu perkara wajib yang Abang Nara lakukan ialah pergi melawat tempat tinggalan sejarah mereka. Seronok dapat ilmu baru tentang apa yang terjadi di negara tersebut. Di Cebu, ada Fort San Pedro yang merupakan struktur pertahanan tentera yang telah dibina oleh pemerintah Sepanyol sekitar abad ke 17. Memang besar dah gah Fort San Pedro ini. Tak sabar nak tengok depan-depan dengan mata ini nanti.

10. Bandar Cebu

manila

Walaupun dikenali dengan keindahan alam semulajadi dan juga kecantikan pantai serta pulaunya, Cebu juga cukup terkenal dengan bandarnya yang mempunyai banyak tempat bersejarah dan kebudayaan sebagai tarikan pelancong. Kebanyakkan adalah direka dan dibangunkan ketika zaman penjajahan Sepanyol,. Jadi semuanya memang penuh dengan sejarah yang cukup menarik untuk dipelajari. Antaranya seperti Magellan’s Cross, Sto Nino Shrine, Sky Adventure Park dan juga Taoist Temple. Apa yang membuatkan Cebu lebih menarik ialah gabungan budaya Portugal dan Spanish yang pernah menjajah bandar ini. Ia dapat dilihat pada ukiran dan juga seni bina bangunan-bangunan di Cebu.

manila

Magellan’s Cross

manila

Sky Adventure Park, ,boleh tengok bandar Cebu dari atas kalau anda berani

manila

Sto Nino Shrine

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Manila dan Cebu. Kalau nak tulis satu-satu memang tak akan habis punya. Nak tahu lebih lanjut, kenalah pergi sendiri ke kedua-dua bandar yang amat popular di Filipina ini. Sekarang ini, AirAsia tengah mengadakan promosi besar-besaran ke Manila dan Cebu dengan harga bermula dari RM199. Murah sangat-sangat. Memang inilah peluang keemasan anda untuk bercuti ke sana. Anda boleh membuat tempahan bermula sekarang sehingga 24 September 2017 untuk penerbangan hari ini sehingga 28 Februari 2018.

manila

Selamat terbang dan selamat bercuti Abang Nara ucapkan. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.

BONUS: Berenang dengan ikan jerung gergasi di Cebu
manila

Jika anda menjejakkan kaki ke Cebu, jangan lepaskan peluang untuk berenang dengan ikan jerung gergasi. Jangan risau ia adalah satu aktiviti selamat dan merupakan satu tarikan pelancong yang amat popular di Cebu. Inilah peluang anda untuk melihat ikan jerung gergasi secara ‘live’ depan mata. Boleh Google “Oslob Whale Shark Watching” sekiranya anda berminat. Jangan lupa tempah dulu sebab ramai pelancong yang melakukan aktiviti ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to 10 Tempat Ini Buat Abang Nara Nak Terbang Ke Manila & Cebu Hari Ini Jugak

  1. MommyLuv says:

    Bestnyaaaa…menarik untuk pergi. Plan bercuti akan datang!

    1

    0
  2. cccxxx says:

    sy dah pergi dah nara..jgn termakan dek iklan ni..bahaya weh kat situ..
    org di sana dah mcm pirate aje tgk kita…
    kalau nak pergi jugak, kalau ada kawan2 org sana tak pe laa..setakat tourist guide dia, dah la kaki kenmcing, membahayakan plk tu

    tapi tak tahu la kalau lain org pergi pengalaman ok..sy mmg tak ok pergi sana..taknak pergi lagi..tobat!

    2

    0

Leave a Comment

Optional