Written by AbangNara | April 19th, 2012

Memang menarik gila pertandingan Samsung Global Blogger ini. Mana taknya, dengan hanya mengupload video selama 30 saat, Abang Nara dah berpeluang untuk pergi ke London semasa Olimpik. Confirm best gila sebab time tue London akan meriah semeriah-meriahnya.

samsung global blogger

Mari kita lihat contoh video Samsung Global Blogger yang sangat awesome daripada Jamie Oliver.

Abang Nara suka sangat video si Jamie Oliver ini sebab dia nampak super yakin, percakapan lancar, dan kualiti video yang sangat bagus. Jadi kalau korang pun nak join contest Samsung Global Blogger ini, pastikan video yang dibuat mempunyai kualiti yang bagus, kreatif dan lancar. Abang Nara tengah berusaha keras buat video yang hebat menceritakan apa yang Abang Nara nak buat sekiranya terpilih menjadi Samsung Global Blogger di Olimpik London nanti.

samsung global blogger

Tarikh tutup pertandingan Samsung Global Blogger ini ialah pada 29 April ini. Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. Adakah anda tak teruja untuk ke London untuk membuat coverage berkenaan Olimpik? Kalau anda tak teruja, Abang Nara tak tahu nak cakap apa. Nantikan video Abang Nara tidak lama lagi. Buat masa ini, untuk maklumat lanjut, sila ke laman web Samsung Global Blogger.

18 responses to Buat Video 30 Saat, Dapat Pergi Ke Olimpik London 2012

  1. embok ketum says:

    Konpom ke dpt?

    0

    0
  2. […] Confirm best gila sebab time tue London akan meriah semeriah-meriahnya. Mari kita lihat … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged 2012, Buat, Dapat, London, Olimpik, Pergi, Saat, Video […]

    0

    0
  3. Ikebana says:

    tak semudah itu….

    0

    0
  4. opah rock says:

    bkn ko je nara…aku pun suka tengok si jamie nie masak kat AFC..cute je..:P

    0

    0
  5. Kipas Susah Mati Neelofa says:

    Dapat ke tak, cuba la dulu… InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana..

    0

    0
  6. apa hadiah saguhati? tak harap sangat hadiah utama.

    0

    0
  7. Pondan Sepi says:

    KO JGN BAJET SANGAT NARA OI KO BOLEH DPT! DH LA 1 DONIA!

    0

    0
  8. montana says:

    pergh..hadiah dari samsung semua menarik..staill ;-)

    0

    0
  9. mat gajet says:

    ada orang nak tgk ke video tu nanti..hahaha

    0

    0
  10. Wah! Bagus nih. Nak kena cari idea apa nak buat jika terpilih ke Olimpik London nanti.
    apa lagi nak tengok olimpik la, tengok london dan jalan2 di sekitarnya dan tangkap gambar puas2. Dan rasa makanan dan tengok apa barang2 yang dijual dan dipamirkan di sana. Kalau ada cukup duit bolehlah beli kan?

    0

    0
  11. faizfakhirin says:

    syok tahap komfiden

    0

    0
  12. Atiqah says:

    Bole tak aku nak letak video assingment aku yang cakap perancis,,alang dah siap hantar je,,ahahaha

    0

    0
  13. […] Memang menarik gila pertandingan Samsung Global Blogger ini. Mana taknya, dengan hanya mengupload video selama 30 saat, Abang Nara dah berpeluang untuk pergi ke London semasa Olimpik. Confirm best gila sebab time tue London akan meriah semeriah-meriahnya. Mari kita lihat … Continue reading → […]

    0

    0