Abang Nara tak tahu mengapa tetapi Abang Nara rasa pembaca BeautifulNara memang suka sangat dengan Nora Danish. Kalau ada entri mengenai Nora Danish, pasti banyak puji-pujian yang dihamburkan kepadanya. Abang Nara akui Nora Danish memang cantik, muka innocent dan paling penting, sangat gorgeous di dalam gambar.
Dan baru-baru ini, MIG telah pun mengadakan majlis berbuka puasa bersama artis mereka. Sukalah makcik-makcik dan anak-anak kecil yang hadir ke majlis ini kerana dapat beramah mesra dengan Nora Danish. Makcik kat bawah nie excited sangat sampai pegang pipi Nora Danish. Jeles Abang Nara. Hehehe ~~
Lagi 8 gambar Nora Danish dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook David Teo dan RentakArtis.
v