Kedua-duanya tampak sepadan, seorang kacak bergaya berbaju Melayu putih dan seorang lagi sangat cantik ibarat patung. Hehe..
Majlis mereka berlangsung dengan cukup sederhana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dan dipancarkan secara langsung menerusi Live di laman Facebook rasmi Saharul.
Sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat Saharul Ridzwan dan Deena Emir atas pernikahan mereka berdua. Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin..
Jom layan beberapa lagi foto sekitar pernikahan Saharul Ridzwan dengan membaca entri ini sepenuhnya.