10 Alatan Senaman Di Rumah Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Hiburan

10 Alatan Senaman Di Rumah Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Ramadhan sudah hampir tiba. Sebulan berpuasa, lepas itu Hari Raya. Pastinya di pagi Syawal anda mahu kelihatan kacak bergaya dan menarik terutama apabila bergambar untuk dikongsikan di Instagram dan Facebook. Sekarang ini adalah masa yang paling sesuai untuk memulakan senaman demi membuang lemak-lemak yang tidak sepatutnya ada dalam badan anda.

Hari ini Abang Nara nak kongsikan 10 jenis alatan senaman di rumah yang harganya tidak terlalu mahal, menjimatkan ruang dan membolehkan anda bersenam dengan pelbagai cara. Tak kiralah di bilik tidur ke, ruang tamu ke atau pun mana-mana ruang kosong di rumah anda.

Advertisement

1. Chin Up Bar 

Alatan ini sangat mudah untuk digunakan seperti di dalam video di atas. Hanya pada harga RM28.90, anda boleh melatih bahagian bahu, belakang serta membuat “sit up” dan “push up” dengannya. Pemasangan pun sangat mudah. Boleh digunakan di mana-mana pintu rumah anda. Belinya di sini

2. Abs Workout Roller

Nak dapatkan otot perut yang berketul-ketul di pagi Hari Raya? Inilah alatan yang terbaik untuk tujuan tersebut. Gunakannya untuk 10 minit seharu dan anda pasti akan dapat lihat kesannya. Hanya RM15.50 dan ia datang dengan pelindung lutut. Terbaik kan? Belinya di sini.

3. Tikar Yoga Berkualiti Tinggi

tikar yoga

Bukan sahaja untuk yoga, namun tikar ini boleh digunakan sebagai pelapik apabila anda membuat “sit up” dan “push up”. Tak adalah badan berbekas atau luka. Keselamatan harus diutamakan. Cuma RM28.80. Belinya di sini.

4. Adjustable Dumbbells

tikar yoga

Salah satu alat senaman wajib ada untuk orang lelaki. Set dumbbells ini bukan sahaja menjimatkan ruang, ia juga mempunyai pelbagai berat berdasarkan kesesuaian anda. Kalau mula gunakannya hari ini, pasti lengan anda berketul-ketul di pagi raya. Hanya RM155 dan penghantaran adalah PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia. Belinya di sini.

5. Exercise Ball 

Macam-macam jenis senaman yang boleh dilakukan dengan exercise ball ini. Anda cuma perlu kreatif sahaja. Dengan harga serendah RM22.50, ia adalah pembelian WAJIB. Belinya di sini.

6. Multipurpose Workout Bench

tikar yoga

Boleh diselaraskan kepada 45 atau 90 darjah, kerusi ini telah siap dipasang jika anda membelinya. Macam-macam posisi senaman yang boleh dilakukan dengannya. Yang penting, ia mudah untuk disimpan dan tidak memakan ruang yang banyak. Harganya cuma RM239. Belinya di sini.

7. TRX

TRX telah dicipta oleh Navy Seal untuk memastikan kondisi badan mereka sentiasa berada di keadaan optimum ketika dalam perjalanan menjayakan misi. Mudah diangkat dan sangat berkesan. Harganya RM133. Belinya di sini.

8. Hula Hoop

tikar yoga

Cara paling mudah untuk mendapatkan pinggang yang ramping. Gunakanlah Hula Hoop yang berharga RM22.20 ini. Belinya di sini.

9. Chest Expander tikar yoga
Dada anda pasti kelihatan lebih tegap dan bidang dengan chest expander yang memiliki 5 spring ini. Confirm nampak lebih maskulin apabila memakai baju Melayu. Cuma RM15.50 sahaja. Belinya di sini.

10. Protection Glove

tikar yoga

Diperbuat daripada nilon yang berkualiti tinggi, sarung tangan ini pastinya dapat mengelakkan anda daripada sebarang kecederaan ketika membuat senaman. Harganya cuma RM13.50. Belinya di sini.

Marilah mula bersenam hari ini dengan www.nile.com.my yang menawarkan pelbagai alatan senaman untuk kegunaan anda pada harga yang berpatutan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...